Amir sendiri pernah ditanya oleh beberapa orang prospek,
"Ada tak cara yang paling cepat untuk dapat kesan positif?" Atau "Bila boleh saya rasa kesan positif bila makan Vitamin ni?"
Secara jujurnya, makan supplemen ini memerlukan masa untuk mendapatkan kesannya sebab ia adalah makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. So, kesannya bukan seperti ubat panadol yer.
Tetapi, ada pengusaha kecantikan yang mengambil peluang dengan menawarkan "rawatan" kepada pengguna tanpa memandang soal kandungan bahan yang digunakan. Apa yang penting adalah hasil yang pantas terhadap kulit wajah pengguna mereka. Tu jer. Tanpa fikir kesan jangka masa panjang kalau tersalah pilih produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri.
Ikut trend sekarang, ramai wanita yang taasub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, malah mengharapkan produk yang dipakai memberi kesan pantas seawal tiga hari penggunaan.
Nak lagi, masih ramai yang mencuba suntikan vitamin C walaupun Kementerian Kesihatan sudah memberi amaran mengenai kesan negatifnya.
Namun, mereka ini disogok dengan banyak testimoni yang mudah mempengaruhi minda wanita khususnya yang nak cantik dengan cepat. Ada yang overclaim sehingga menyatakan bahawa suntikan Vitamin C ini menyihatkan badan dan lebih cepat berbanding makan buah-buahan.
Menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktikan suntikan vitamin C dapat mencerahkan kulit. Yang merisaukan ialah suntikan Vitamin C kini boleh didapati dengan begitu mudah di pasaran.
Kebanyakan orang membeli suntikan ini daripada ejen dan secara online menyebabkan urusan jual beli ini tidak dapat dipantau pihak berkuasa.
“Malah ada yang berani menyuntik sendiri cecair yang didakwa vitamin C ke dalam badan tanpa memikirkan kesan sampingannya. Kaedah ini (mencerahkan kulit) mungkin menjadi untuk sesetengah orang hingga ramai terpedaya melihat kesan selepas suntikan dibuat. Bagaimanapun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudarat untuk kesihatan bagi jangka masa panjang."
“Lebih-lebih lagi jika suntikan dilakukan tanpa pengawasan. Bagaimana jika suntikan tidak masuk ke saluran darah, tentu ia menimbulkan kesakitan dan mudarat pada badan,” kata Dr Harith Amirizal.
Vitamin C juga mudah rosak, maka suntikan vitamin C yang dilakukan individu tidak bertauliah amat tidak digalakkan. Ini dikhuatiri kemungkinan berlaku jangkitan kuman pada tempat suntikan. Kita juga tidak pasti sama ada bahan yang disuntik benar-benar vitamin C tulen dan kebersihan jarum suntikan.
Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakkan mudarat.
Sebaik-baiknya dapatkan dulu nasihat pakar sekiranya berdepan masalah kulit apatah lagi membabitkan prosedur invasif. Jangan sesekali mudah percaya dengan kata-kata orang kerana keadaan kulit, tahap kesihatan dan daya ketahanan badan setiap orang tidak sama.
Kesimpulannya, cara paling selamat untuk mendapatkan Vitamin C ini adalah dengan memperbanyakkan menu buah-buahan dalam diet harian atau ambil supplement yang dihasilkan dari sumber yang diyakini selamat dan berkesan.
#MAM
-----
Sumber : https://www.hmetro.com.my/hati/2018/08/363848/bahaya-suntikan-vitamin-c
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)