Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan
Sekarang, ramai orang mudah jatuh sakit kerana sistem imun badan mereka lemah. Sebenarnya kita boleh memilih makanan berkahsiat bagi menguatkan imun badan kita supaya badan kita sentiasa bersedia menangkis sebarang serangan virus biasa seperti selesema.

Antara makanan yang disyorkan dalam menu seharian perlulah terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna-warni dan amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Dengan cara ini, imuniti tubuh badan kita akan menjadi lebih kuat.

Kami nak kongsikan beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan ketahanan badan sekali gus mengelak diri daripada mudah jatuh sakit.

1. Buah Citrus
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Buah Citrus ini ramai orang tahu tentang kadnungan Vitamin C didalamnya. Apabila mereka terkena selsema, buah ini yang diambil bagi membina semula sistem imun badan. Vitamin C berfungsi dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih bagi melawan jangkitan.

Buah Citrus yang popular termasuklah;

  • Limau gedang
  • Oren
  • Tangerines
  • Lemon
  • Limau

Tahukah anda yang badan kita tidak mampu menghasilkan atau menyimpan Vitamin C, jadi kita perlu vitamin C setiap hari bagi memastikan kesihatan kita di tahap optimum. Hampir semua buah-buahan Citrus ini mengandungi Vitamin C yang tinggi kandungannya.

2. Brokoli
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Sayur brokoli adalah "supercharge" vitamin dan mineral. Ia mengandungi vitamin A, C, dan E, serta banyak antioksidan dan serat lain. Brokoli adalah salah satu sayuran yang wajib diletakkan di atas meja kita sebenarnya. Cara penyediaanya mudah sahaja, hanya perlu memasak sedikit sahaja bagi mengelakkan kandungan vitaminnya terhilang akibat suhu panas.


3. Bawang Putih
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Kajian saintifik menunjukkan bawang putih mengandungi kandungan "allicin", sejenis kompaun yang sangat unik berfungsi melawan jangkitan penyakit. Maka tak hairanlah ia telah digunakan sejak berabad lamanya untuk tujuan kesihatan. Malah, ada di sesetengah negara seperti korea dan jepun, meraka makan bawang putih sebagai hidangan harian ataupun kudapan diwaktu lapang.

Kalau diingat kembali, kalau kita demam pun. Mesti mak kita masakkan sup atau bubur kan? Sebenarnya bawang putih dalam masakkan itu yang membantu meningkatkan imun badan kita. Jadi, jangan lupa lebihkan sikit bawang putih tu ya!

4. Halia
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Halia mengandungi bahan yang bersifat antioksidan dan ia mampu mengurangkan keradangan. Malah ia juga amat berkesan untuk melegakan sakit tekak, rasa loya dan mual bila badan rasa tak sihat.
Selain dalam sup, kita boleh tambah halia dalam masakan atau untuk buat teh. Rasa teh halia ada sedikit pahit dan pedas, jadi kurang sesuai untuk kanak-kanak.


5. Bayam
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Pernah tak tengok cerita Popeye? Kartun masa zaman 90 an yang awalnya dia ni tak kuat. Selepas makan bayam, terus badan dia kuat seperti Superman.

Dari cerita itulah, sebenarnya sayur bayam ini mempunyai banyak nutrien penting seperti;

  • Flavonoid
  • Carotenoid
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Antioksidan

Sayur bayam ini hanya perlu dimasak sedikit (light cooking) ataupun dibuat sup bagi mengekalkan kandungan vitamin A dan membenarkan pembebasan nutrien penting daripada asid oxalic yang mampu melawan pelbagai penyakit.

6. Kunyit
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Ramai yang tidak tahu kunyit yang selalu digunakan didalam kari sebenarnya mempunyai manfaat selain membuatkan masakan menjadi sedap. Rempah-rempah berwarna kuning terang ini telah digunakan selama ribuan sebagai anti-radang dalam merawat kedua-dua osteoartritis dan rheumatoid arthritis. Selain itu, kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kepekatan curcumin yang tinggi (memberikan warna khas kuning itu) boleh membantu mengurangkan kerosakan otot akibat senaman.


7. Ubi Keledek
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Ubi Keledek kaya dengan beta karoten, sejenis antioksidan yang memberikan kulit kentang warna orennya.
Beta karotena adalah sumber vitamin A yang membantu menjadikan kulit kita sihat dan bahkan dapat memberikan perlindungan terhadap kerosakan kulit dari sinar ultraviolet (UV).

8. Ikan
Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Ikan Salmon, Tuna, dan ikan berminyak lain mengandungi banyak sumber asid lemak omega-3.

Mengikut laporan tahun 2014, pengambilan jangka panjang asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko arthritis rheumatoid (RA). RA adalah keadaan autoimun kronik yang berlaku apabila sistem imun secara "salah" menyerang bahagian tubuh yang sihat.

Lebihkan makan ikan sebagai salah satu sumber protein dalam menu harian kita.

Pentingya Pengambilan Makanan Seimbang

Bagi yang selalu sakit atau mudah jatuh sakit, cubalah amalkan makanan ini dan lihat hasilnya. Kebanyakan makanan ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur tak kira tua dan muda.

Walau apa pun, jangan lupa amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagaikan diet anda setiap hari. Selain itu, usahakanlah untuk kekal aktif dengan bersenam, tidak merokok, mengelakkan stres serta mendapatkan tidur yang cukup.

Bila minda sihat, barulah tubuh pun terasa segar!


Post a Comment

0 Comments