Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022

Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022
Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022

Alhamdulillah, semalam selesai register Ziyani (Anak no 3) kami untuk Permohonan Murid Darjah Untuk 2021 dan 2021. Sejak adanya sistem online ini, mudah sikit nak register anak-anak. Yang penting adalah kena register dulu, nanti bila sampai masa boleh la fikir semula nak masukkan anak ke sekolah swasta atau tahfiz.

Sebab akhir tahun lepas, ada jiran kami yang tak register anak dia dalam sistem online ni sebab dia ingat nak masukkan anak ke sekolah swasta. Sekali, anak dia tak lepas ujian penilaian untuk kemasukan. Mula la gelabah si bapa ni nak cari sekolah swasta yang lain. Tapi permohonan sukar dilakukan sebab di Bangi ni, kalau nak masuk sekolah swasta, semua kena hadiri ujian. Bukan main masuk jer walaupun memang berduit.

Pesan Amir pada ibu bapa, register jer dulu anak-anak ini supaya pihak Kementerian Pendidikan ada rekod anak kita. Permohonan sudah pun dibuka pada 1 Mac sehingga 30 April ini. Semua permohonan perlu dilakukan melalui online sahaja. Kalau dah siap register, jangan lupa untuk submit borang hardcopy bersama beberapa dokumen penting untuk pengesahan. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Maklumat Yang Diperlukan Untuk Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022 seperti berikut;


  1. Nama Penuh dan No. kad pengenalan anak yang ingin di daftarkan
  2. Rekod imunisasi anak (boleh dapat pada buku kesihatan anak)
  3. Maklumat penjaga seperti
    • Nama ibu/bapa/penjaga
    • No Kad Pengenalan
    • Butiran pekerjaan (Alamat tempat kerja/Majikan/Gaji)
  4. Nama sekolah yang dipohon & jarak sekolah dengan rumah

Untuk makluman ibu bapa, permohonan boleh dibuat melalui: https://public.moe.gov.my

Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022


Setelah siap isi maklumat yang dikehendaki, permohonan tersebut perlulah dicetak & dibawa ke sekolah yang di pohon untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari mendaftar. Tidak lupa juga untuk bawa beberapa dokumen yang diperlukan ketika menghantar borang permohonan seperti:

  • Sijil Kelahiran Anak (Asal & salinan)
  • Bil utiliti terkini (Bil Air/Elektrik/Telefon Rumah/Astro) (Asal & Salinan)
  • Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
  • Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
  • Surat hak penjagaan (Asal)
  • Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
  • Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)

Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022
Contoh borang yang dah siap diisi.

Sekiranya kawan-kawan ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, rayuan atau apa sahaja permasalahan berkaitan permohonan, boleh terus bertanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan atau sekolah yang berhampiran.

Boleh rujuk garis panduan permohonan, boleh klik disini; Garis Panduan SPATKPM

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Selamat membuat Permohonan Murid Darjah 1 Untuk 2021 dan 2022 bagi anak-anak yer.


Post a Comment

0 Comments