Apakah hukumnya mengorek hidung ketika berpuasa?

Rasanya soalan ini setiap kali puasa, mesti ada yang bertanya walaupun nampak soalan ni macam "bodo" jer kata Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz cakap, "Tak mengapa nak tanya soalan "bodo" ni sebab dia tak tahu. Lepas ni dia cerdik la bila dah tahu. Itu lagi bahaya kalau dia tak tahu dan tak bertanya, sampai mati nanti dia tak tahu apa hukumnya korek hidung ni"

Jadi, apakah hukumnya korek hidung ni?

Ustaz : "Hukumnya haram kalau kita pergi korek hidung orang lain. Kalau korek hidung sendiri, hukumnya makruh kalau dengan sengaja tanpa ada sebab. Jika gatal hidung, tak mengapa nak korek kerana ia bersebab"

So, tiada istilah batal atau buka puasa dengan korek hidung yer kawan-kawan.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=kt9TtEje2ng

Post a Comment

0 Comments