Berapa Income Shaklee Paling Banyak |
Amir pernah dapat soalan dari customer. Berapa income paling banyak pernah kami dapat dalam Shaklee ni?
Amir jawab hampir 6 angka dalam 1 bulan. Dia macam terkejut, betul ke 6 angka dalam 1 bulan?
Bukan 1 tahun?
Ya, cuma kami tak suka share sebab income ni kira privacy. Kami selesa dengan kehidupan cara sederhana. Kalau check total pendapatan kami bersama dengan Shaklee. Memang nampak banyak tapi kami dah gunakan sebaik-baiknya.
Ada orang suka berkongsi income mereka sebagai salah satu cara marketing mereka.
Ada yang hanya sebut sebut 4, 5, 6 figures sahaja, bila ditanya.
Terpulang atas masing-masing yer.
Cuma apa yang Amir nak sampaikan ialah syarikat Shaklee telah membayar lebih 8 billion dollar (32 billion ringgit) sehingga tahun 2018.
Pada tahun 2019, lebih 58 juta ringgit telah dibayar kepada semua agen Shaklee Malaysia dan sasaran Shaklee pada tahun 2020 ialah 131 juta ringgit akan dibayar hanya untuk agen di Malaysia sahaja. Kalau campur Shaklee Global, rasanya dah cecah total 9 billion dollars sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 1956.
Bila ditanya berbaloi ke tidak kami tinggalkan kerjaya dahulu?
Jawapannya ialah berbaloi dengan hasil yang kami dapat yang baru 8 tahun dalam bisnes ini. Sudah pasti, bisnes ini akan jadi legasi kami hingga pencen nanti.
Mudah-mudahan anak syurga kami dapat menerusikannya. Bak kata pepatah "Melentur buluh, biarlah dari rebung"
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)