Masuk cara Baik, Keluar cara Baik

Masuk cara Baik, Keluar cara Baik

Ada orang komen, "Bagusnya mir, orang buat macam tu pun. Boleh tinggal dengan cara baik yer" 

Amir tersenyum jer baca sebab dulu pernah ada orang pesan waktu kecil dulu. 
"Jangan balas kejahatan jika ada orang aniaya kita". Kan Rasul dah pesan, doa orang teraniya ni mudah mustajab. Jadi, gunakan peluang ini untuk doa apa sahaja yang kita mahukan. Doa yang baik-baik, pasti Allah balas" 

Lagipun, company Amir tu tak salah pun. Orang yang tak suka kita tu jer yang bermasalah. Hehe. 

Teringat masa belajar dulu pun dah dapat sponsorship dari Petronas. Lepas tu dapat kerja pula dalam bidang Oil & Gas umpama mimpi buat orang lain. Kiranya, Amir masuk cara baik. Dan keluar pun cara baik juga. 

Kenapa Amir sebut benda ni? Sebab masa kerja dulu, ada jer sesetengah pekerja yang "hilang" atau tender 24 jam sehingga membuatkan majikan pening sebab semua file yang dia uruskan tak tahu simpan mana. 

Kesian pada rakan-rakan yang terpaksa mencari balik dan trace balik semua kes-kes yang diuruskan. Pendapat Amir, kalau nak keluar sekali pun. Keluar lah cara baik, tinggalkan pesanan dan file dengan elok jika boleh. Bila kita mudahkan kerja orang, insyaallah kerja kita selepas itu akan jadi mudah juga. 

Betul kan?

Post a Comment

0 Comments