Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia

Kenali jenis-jenis vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia. 

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Apa itu Vaksin?

Kita selalu dengar pasal Vaksin ni kan? Anda tahu apa itu Vaksin?
Vaksin ini dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemakan atau dari protein subunit pada virus. Bagi vaksin Covid 19, ia sebenarnya berasal dari virus Covid 19 itu sendiri cuma dalam bentuk yang lemah.

Bila vaksin ini dicucuk ke dalam badan kita, antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh badan kita. 

Ertikata lain, Vaksin Covid 19 ini membantu sistem imun mengenal pasti kuman atau virus tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila diserang oleh virus sebenar.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Apa itu Covax?

Covax ini ialah fasiliti Covid 19 Vaccine Global Access (COVAX) dimana ia merupakah salah satu tempat yang menjadi tumpuan World Health Organization membantu mempercepatkan proses vaksin Covid 19 ini. Pelbagai jenis Vaksin Covid 19 akan dikaji dan direkodkan disini sebelum diproses di tempat pengeluarannya.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Ada 5 Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia setakat ini.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
  1. Pfizer - Vaksin mRNA (2 dos) dari negara Amerika
  2. AstraZeneca - Vaksin berasaskan Adenoviral (2 dos) dari negara Britain
  3. Sinovac - Vaksin virus tidak teraktif (2 dos) dari negara China
  4. SputnikV  - Vaksin berasaskan Adenoviral (2 dos) dari negara Rusia
  5. CanSinoBio -  - Vaksin berasaskan Adenoviral (1 dos) dari negara China

Vaksin dibahagikan kepada 6 jenis;
    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Kenali 6 Jenis Vaksin

    1. Live-attenuated - Mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan melalui teknologi makmal.
    2. Inactivated virus Mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan melalui teknologi makmal. 
    3. Viral Vector Vaccine Mengandungi virus yang telah diubah suai (viral vector). 
    4. Protein Subunit Vaccine Mengandungi sebahagian protein virus atau bakteria. 
    5. Nucleic Acid Vaccine Mengandungi DNA atau RNA daripada protein virus atau bakteria. 
    6. Toxoid Vaccine Mengandungi toxoid (toksin yang diubah suai) yang telah dinyahaktif.
    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Maklumat Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia

    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Setiap vaksin adalah selamat, berkesan dan stabil

    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Bilakah antibodi badan kita bertindak?

    Kajian menunjukkan vaksin memerlukan 1 hingga 2 minggu untuk memberi tindak balas imun.

    Kesan sampingan dari Vaksin Covid 19

    Di dalam bidang perubatan, setiap rawatan atau ubat mempunyai kesan sampingan tetapi tidak bermakna rawatan tersebut tidak selamat, sama seperti vaksin COVID-19 ini. Walaupun vaksin COVID-19 telah dilaporkan mempunyai beberapa kesan sampingan, ia selamat digunakan kerana kesan sampingan yang boleh berlaku tidak membahayakan nyawa seseorang. Vaksin ini telah diluluskan oleh FDA atau Food & Drug Administration yang bertanggungjawab dalam mengawal proses dan keselamatan penciptaan vaksin ini untuk kegunaan manusia di seluruh dunia. 

    Vaksin ini juga melalui proses saringan keselamatan oleh organisasi di negara kita sendiri iaitu NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency). Vaksin ini didapati hanya mempunyai kesan sampingan yang bersifat ringan dan sementara. 

    Menurut CDC, kesan sampingan vaksin COVID-19 biasanya berlaku dalam tempoh 7 hari selepas suntikan. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti kemerahan atau kesakitan di tempat disuntik semakin teruk dalam masa 24 jam, anda disarankan untuk menghubungi petugas kesihatan anda. 

    Pihak CDC juga amat menyarankan untuk mendapatkan dos kedua vaksin walaupun anda mengalami kesan sampingan sewaktu dos pertama melainkan doktor atau petugas kesihatan menyatakan anda tidak layak untuk menerima dos kedua atas sebab-sebab tertentu.


    Post a Comment

    0 Comments