Review Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia

Review Xiaomi Vacuum Cleaner Malaysia
Review Xiaomi Vacuum Cleaner Malaysia

Okes gais! Hari ni dah masuk hari ke 4 kami ada bibik vacuum ni. Nak buat review sikit sebab ramai yang dah bertanya mengenainya. Model yang kami guna ni ialah Xiaomi Smart Robot Vacuum Cleaner model 1C. Ada 1 lagi model, iaitu G1 (Harga RM500). Kira spec dia bawah sikit dari 1C. 

Spesifikasi Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia

Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
  • Colour: White
  • Battery : 2400mAh Battery 
  • Power : 40W 
  • Function : Suction, Sweep, Vacuum 
  • Dust Box Capacity : 600ml 
  • Water Tank Capacity : 200ml 
  • Charging Time : 3 - 4 hours 
  • Working Time : 80 - 90 minutes 
  • Voltage (V) : 110-240V 
  • Size : 353mm X 350mm X 82mm
  • Weight : 3.6kg

Xiaomi Vacuum Cleaner 1C
Bahagian bawah Xiaomi Vacuum Cleaner 1C

Kelebihan Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
  1.  Harga dia mid range. RM799(official price) beli di Shopee. Ada seller jual RM699, tapi stok dah habis. Kena tunggu bulan Julai. Ada model premium nama dia Roborock, harga lebih RM1,300- RM2,000. Yang ni, jiran Amir dah 3 orang pakai dan puas hati. Fungsi sama dengan 1C ni juga. Maybe kualiti dia up lagi. 
  2. Vacuum 1C mudah nak digunakan. Cuma ada beberapa part kena tengok youtube cara nak bersihkan dan cara menggunakan mopnya sebab buku manual macam takde terang dengan jelas (Atau Amir yang tak reti baca. Haha) 
  3. AI vacuum ni kira smart (pandai). Boleh detect halangan dan cerun tak rata. Jadi, takde la terjatuh tangga gitu. Kalau tersangkut pun, dia boleh minta tolong kita. Best kan? 
  4. Kita boleh control manually bila perlu. Remote guna kat apps Mi Home. Korang kena install dulu yang ini. Cara nak install, ada dalam youtube. Mudah jer. 
  5. Boleh set schedule untuk vacuum rumah. Dia pun boleh mop juga, cuma tak 100% kualiti macam mop tangan, tapi still ok. Jimat masa kita dan boleh buat kerja lain seperti layan customer atau coaching downline. 
  6. Dari segi kuasa sedutan vacuum, boleh tahan juga kalau nak dibandingkan dengan vacuum biasa. Bunyi tak bising sangat dan hasil pembersihan Amir bagi 90% compare dengan buat manual. Not bad la kan? 
Xiaomi Vacuum Cleaner 1C
Mop Xiaomi Vacuum Cleaner 1C

Cara nak buka bekas habuk Xiaomi Vacuum Cleaner 1C


Kelemahan Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
  1. Perlu pemantauan juga, sekali sekala bila dia sangkut kat kerusi atau celah-celah rak. Dia akan bunyi minta tolong dan notification kat handphone. 
  2. Waktu operasi dia sekitar 45-50 minit untuk sekali caj (mode turbo). Nak caj perlu masa sekitar 1.5 jam untuk full. Jangan risau, bila capai 15% vacuum automatic akan cari port charger dia sendiri. Kalau dia sesat, kita perlu angkat dan letak kat charger dia. 
  3. Jika guna mode mengemop, disarankan korang alih karpet untuk elak dia tersangkut. Kami biasa gulung karpet dan letak kat tempat lain. 
  4. Sebenarnya, dalam manual ada sebut kena alihkan halangan jika perlu supaya vacuum ni boleh bersihkan tempat-tempat sempit seperti bawah meja makan. Tu yang kerusi Amir letak atas meja macam kat kantin sekolah. 
  5. Berus roller dia boleh tersangkut jika dia sedut benang, rambut panjang atau tali. Kita kena cabut roller tu dan bersihkan sendiri sebelum pasang balik. 
  6. Vacuum ni hanya boleh vacuum habuk dan mop sahaja. Ia tidak mampu mengemas mainan anak-anak, susun barang, buang sampah dan sebagainya. Dan ia tak boleh naik tangga sendiri. Haha. Amir terpaksa terangkan (pada Ziyad & Ziyani) yang vacuum ni takde tangan dan kaki. Kalau dah siap main, please kemas sendiri. 
Ini lah rupa  Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia bekerja


Akhir kata, kalau orang tanya perlu atau tidak beli vacuum ni. Amir boleh reply bergantung kepada keperluan masing-masing. Jika anda rasa rumah tu kena vacuum sehari 2 kali. Sesuai sangat la pakai bibik ni. Jimat masa dan anda boleh buat kerja lain kan? Sejak ada bibik ni, 4/5 kali la dia vacuum rumah kami ni. Sampai habuk pun tak singgah lama.

Review Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
Amir beli di Shopee. Link ada dibawah ni kalau berminat.


Gitu la review Amir. 

Kalau berminat nak beli, boleh klik link ini yer. 
Ini bukan paid review, review seikhlas hati sahaja. Hehe

Post a Comment

0 Comments