Today Nad nak share tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan. Kadang-kadang bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.
Berasa lebih teruk selepas mengambil supplement? |
Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca
Tanda Krisis Penyembuhan | Kemungkinan Punca |
Keletihan, berasa mengantuk | Tubuh berasid, fu |
Sakit kepala, kepala terasa berat | Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi |
Demam, demam sedikit, keresahan | Metabolisma meningkat, |
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk | Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon |
Kembung, perut bergas | Sistem penghadaman yang lemah |
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur | Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah |
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair | Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi |
Hidung berdarah | Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah) |
Sakit di bahagian otot dan sendi | Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit |
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas | Proses penyembuhan semakin cepat |
Insomnia or atau hiperaktif | Sistem saraf yang lemah |
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir | Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon |
Pendarahan ketika membuang air besar | Mungkin buasir |
Pening, lapar | Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah) |
Loya, sembelit, sedu | Sistem penghadaman lemah, masalah hati |
Slight Edema (bengkak) | Masalah buah pinggang |
Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah.
2 Comments
sy ad amek vitamin c...tp skrg da dekat 2 buln byk kua jrawat nanah...adkah ni healing crisis?
ReplyDeletesy ad amek vitamin c...tp skrg da dekat 2 buln byk kua jrawat nanah...adkah ni healing crisis?
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)