Topeng Jerebu Yang Betul, Cara Pakai, dan Tips Menghadapi Bahaya Jerebu

Topeng Jerebu Yang Betul Dan Cara Pakai
Topeng Jerebu Yang Betul Dan Cara Pakai

Assalamualaikum semua.

Sekolah tutup sebab jerebu teruk. Anak-anak tak pergi sekolah. Duduk di rumah je. Alhamdulillah Ummi Abi kerja dari rumah je.

By the way, Nad perhatikan, ramai yang masih confuse topeng apa yang sesuai digunakan ketika jerebu.

Surgical Mask Tidak Sesuai Untuk Menghindari Bahaya Jerebu

Kalau anda belum tahu lagi, SURGICAL MASK TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGHINDARI BAHAYA JEREBU!

Surgical Mask yang TIDAK sesuai untuk jerebu!

Surgical Mask (Topeng Pembedahan) tidak sesuai digunakan untuk jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak, atau hingus si pemakai dari tersebar ke udara ketika batuk ataupun bersin. Bukannya melindungi si pemakai dari pencemaran udara :)

Ia tidak mampu menapis partikel halus jerebu yang berukuran 2.5 mikrometer! Ia juga tidak melekap pada muka, jadi udara tak bertapis akan melalui celah-celah antara topeng dan muka.

Topeng N95 Ialah Topeng Yang Sesuai Untuk Menghindari Bahaya Jerebu

Topeng yang betul untuk jerebu sebenarnya ialah seperti di bawah:

Topeng N95 ialah topeng yang sesuai untuk jerebu

Topeng pernafasan N95 (respirator) ini telah mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer.

Ia melekap pada muka, lalu menghalang udara tercemar masuk ke dalam sistem pernafasan kita. Ia akan ditapis oleh topeng N95 ini dahulu!

Ingat ya, topeng jerebu yang sesuai ialah N95, bukan surgical mask

6 Langkah Cara Pemakaian Topeng Jerebu N95

6 langkah cara pemakaian topeng jerebu N95. Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Langkah 1:Basuh tangan sebelum memakai topeng jerebu
Langkah 2: Pilih topeng jerebu N95 dengan saiz yang bersesuaian dengan anda
Langkah 3: Bentukkan tangan seperti mangkuk, dan pegang topeng jerebu lalu dilekapkan kepada hidung, mulut, dan dagu seperti di dalam gambar
Langkah 4: Tarik tali ke belakang kepala dan letakkan satu di bahagian atas, satu lagi di bawah telinga seperti di dalam gambar
Langkah 5: Tekan besi nipis pada topeng jerebu yang terletak di bahagian hidung supaya ia kemas terletak di atas kulit seperti di dalam gambar
Langkah 6: Tarik dan hembus nafas dan cuba periksa jika ada udara terkeluar dari tepi topeng jerebu

Sumber: Ministry of Health Singapore

Harap semua alert ya!

Tips Menghadapi Bahaya Jerebu


Jerebu mengganggu hidung, tekak, salur pernafasan, kulit, dan mata. Particle kecil dalam udara ketika jerebu boleh masuk ke dalam badan dan membahayakan organ dalaman. Dah ada kematian pun baru-baru ni, apatah lagi yang jatuh sakit.

Jadi, bagaimana kita nak mengelakkan bahaya jerebu ni?
  1. Elakkan berada di luar
  2. Tutup pintu dan tingkap rumah
  3. Tutup tingkap kereta ketika memandu
  4. Pasangkan penapis udara
  5. Banyakkan minum air untuk mengeluarkan toksin yang diserap melalui kulit dan paru-paru
  6. Pakai topeng jerebu jika perlu berada di luar
  7. Kurangkan pengambilan kopi, arak, dan rokok 
  8. Ambil nutrisi yang membantu tingkatkan imun dan detoksifikasi seperti Polyphenols (seperti Vivix), Milk Tistle (seperti DTX Complex), Alfalfa, Senna Leaf (seperti Herblax), Vitamin C, Vitamin E, Carotenoids (seperti Carotomax), Garlic, dan Asid Lemak Omega-3 (seperti Omega Guard)

Klik untuk paparan lebih jelas

Kongsikan kepada kawan-kawan yang masih belum tahu lagi ya!



Salam sayang,


012 229 5680
Nadiah Suhaidi
Your Certified Shaklee Product Trainer

Post a Comment

4 Comments

  1. Tengok ada anak murid pakai, comel je, sebab topeng tu jadi terlalu besar dengan dia, hihi. Comel!

    ReplyDelete
  2. oooo Kak Pia pun baru tahu.

    Jom join giveaway kat blog kak pia :D

    ReplyDelete
  3. Ramai yg pakai topeng surgical tu....

    ReplyDelete
  4. Ada step rupanya, ingat pakai terus je. Hehe. Thanks Nad.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)