Pengalaman Saya Menyusukan Anak Ketika Hamil

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Nad nak share pengalaman Nad 2 kali hamil, dan at the same time menyusu anak juga :)



Masa pregnantkan Ziyad iaitu kehamilan kali kedua, masa tu Nad tinggal di Miri.

Masa start pregnant tu, Zahin dah pun 2 tahun. Ingat senang lah nak wean off anak ni. Sekali, humpph! Lagi susah dari menyusu! Haha. Dah cuba wean off tapi tak berjaya. Akhirnya Nad menyusu Zahin sepanjang pregnant dan even after Ziyad lahir! Masa Ziyad umur 6 bulan barulah Zahin wean off pada usia 3 tahun 4 bulan. Alhamdulillah doktor pun cakap ok je nak teruskan menyusu masa pregnant, as long as Nad sihat, tak ada bleeding etc.

Masa pregnant Ziyad jugak, setiap bulan naik flight balik semenanjung. Ingat lagi, setiap kali balik confirm borong roti Gardenia banyak-banyak. Sebab kat Miri takde roti Gardenia. Sekarang Ziyad dah 2 tahun lebih, roti Gardenia ialah feveret dia. Hihi.

Last naik flight ke KL masa 33 weeks. Masa tu pergi ambil award kat National Conference Shaklee. Masa naik tangga stage nak ambil award, staffs yang jaga tepi tu semua cam pesan hati-hati, hati-hati, kata diorang. Hehe. Naik turun stage banyak kali pulak tu. Hihi. 9 awards semuanya. Masa tu, lagi 1 rank nak ke Master. Lepas balik Miri, duk diam-diam kat Miri tunggu time beranak. Hehe.

Dah pesan kat Ziyad dalam perut, jangan keluar lagi selagi Ummi belum naik Master. Hehe. Then masa 30 Jun 2013, tepat jam 12 tengah malam, settle closing Jun, Alhamdulillah confirm naik Master.

Lepas closing, macam biasa lah, tidur. Then terjaga jam 4 pagi, dah ada ketuban darah. Baguih sungguh anak Ummi ni. Elok Ummi naik Master teruih dia nak keluar dah.

Contraction tak berapa kuat, then jam 2 petang 1 Julai baru ke hospital. Tunggu punya tunggu, last-last ZIyad keluar ikut 'tingkap' pada 2 Julai jam 2 pagi. Alkisahnya cord prolapse. First time Ummi kena cser. Tapi takpe asalkan anak Ummi selamat.

Risau jugak tak dapat menyusu lepas cser, tapi Alhamdulillah boleh je bangun menyusu macam biasa. Susu pun banyak dan lancar sebab Abang Zahin masih menyusu. Bermulalah tandem nursing dua boboi yang kuat menyusu. Haha.

Lepas Ziyad dah berusia 1 tahun, Alhamdulillah pregnant kali ketiga pulak. Dalam hati, rasa Allah nak bagi perempuan pulak kot kalini. Hehe. Tapi tak cakap kat sapa-sapa sebab takut kuciwa pulak.

Sampailah masa 20 weeks rasanya, doktor dah cakap siap-siap, nampak 'beger'. Hihi. Cepat pulak doktor detect. Haha. Tak sangka sebenarnya. Masa ni dah pindah ke Bangi dah sebab Encik Gajah dah resign dari Petronas and work at home sama-sama :)

And sepanjang pregnant ketiga ni juga, Nad masih menyusukan Ziyad. Sebabnya Ziyad belum lagi 2 tahun. Kesian kat Ziyad sebab itu memang hak dia. Mula-mula tu memang ada keluar spotting skit beberapa kali tapi lepas berurut Alhamdulillah dah takde terus. Dan Nad terus menyusu Ziyad sampailah Ziyani dah lahir usia 6 bulan jugak. Doktor kali ni pun ok je Nad menyusu dan pregnant at the same time :)

Sepanjang pregnant Ziyani, kerap jugak travel. Masa 6 bulan pregnant, kami sekeluarga pergi Gold Coast, Australia. Ada adik sepupu yang ikut trip tu tanya, Kak Nad tu tak penat ke jalan? Dari pagi sampai malam. Kita yang single dan takde anak dan tak pregnant ni pun penat. Hahah. Nad senyum ja :)

Masa 7 bulan pulak, travel pergi Bandung. Pun Alhamdulillah cergas. Siap masa mula-mula nak naik flight ke Bandung tu, kena halau keluar dari flight walaupun dah siap duduk kat seat. So kenalah keluar dengan Ziyad berdua sahaja tanpa Encik Gajah, Zahin, dan kawan-kawan satu trip yang lain. Dukunglah Ziyad sendiri sepanjang kat airport KLIA2 tu. Haha. Kenangan masa tu pahit, sekarang senyum je kalau teringat balik.

Then Ziyani pulak 39 weeks baru lahir. Dalam nak dekat due tu pun Nad masih aktif buat booth, kelas offline, online, etc. Kawan-kawan ada yang kata jeles tengok Nad sebab cergas je. Haha. Nad senyum jugak :)

And yang kelakarnya, everytime Nad pregnant, mesti ada orang tanya, twins ke? Sebab perut besar. Hehe. Masa pregnant Ziyani, last naik sampai 70kg. Haha! Alhamdulillah dapat turun ke BMI yang healthy semula walaupun 3 kali pregnant, dan usia pun dah masuk 3 series. Hihi.

Bayangkan lagi besar perut, lagi mencabar nak kempis balik kan hihi.

So until now Ziyani dah 10 bulan, Nad masih non stop menyusu sejak Zahin lahir (Sept 2010). MasyaAllah, tak terasa masa berjalan. Zahin pun dah 6 tahun pada tahun ni.

Apa yang Nad amalkan, cuma supplement Shaklee. Set Hamil Shaklee, Set Menyusu Shaklee, dan Set Bersalin Shaklee. Memang beza sebab masa pregnant Zahin, tak kenal Shaklee lagi. Memang kerap sangat kena cramp. 6 bulan tu dah sakit pinggang dah. Masalah keputihan especially masa dah nak bersalin tu. Dan last sebelum nak bersalin tu, kaki bengkak sangat! Bila berpijak, rasa macam nak pecah kaki! Rupanya esoknya Zahin dah nak lahir. Hehe.

Masa 2nd pregnancy ada 2 kali ja cramp. 3rd pregnancy takde cramp langsung! Both pregnancies sangat cergas tak rupa orang pregnant, Keputihan tak ada, Sakit pinggang kalau ada pun very minimal. Cuma lenguh sikit sebab menyusu mengiring malam-malam bila perut dah mula besar. Actually Nad memang menyusu duduk sejak Zahin sampai sekarang. Kesian pinggang, nasib baik ada Ostematrix hihi. Tak ada bengkak kaki :)

Dann, nak cergas masa pregnant tanpa sakit kaki, kasut pun sangat membantu selain supplement. Nad sangat recommend pakai kasut Sketchers. Sangat lembut, ringan, dan mudah cuci. Even masa kaki dah gemuk masa sebelum bersalin tu pun, kaki masih selesa walaupun ketat sikit. Hehe.

Ok, sekian sharing Nad kali ni. Tahniah kalau anda berjaya baca dari awal sampai akhir! Hihi. Moga bermanfaat ya :)

If nak tips menyusu ke, or apa-apa nak tanya tentang pregnancy or berpantang, boleh tanya je k. Jangan malu-malu.
.
Nadiah Suhaidi
Ibu anak 3
Suami 1 :)


012 229 5680
Nadiah Suhaidi
Your Certified Shaklee Product Trainer :)
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. hai master nad, alhamfulillah. terbaik.

    ReplyDelete
  2. cabaran nak wean off tu anak setuju sgt.sama kes lah kita nad.sudahnya, layankan aje lah.anak sulong dah 4 tahun menyusu lagi brebut dengan adiknya yang 7 bulan. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)