Hari isnin lepas, Encik Gajah hadir ke kelas Seni Balairong Seri di Menara Kuala Lumpur. Nad dengar tajuk pun rasa macam kelas adat istiadat diraja jer. Hehe.
Datuk Roslan |
Rupanya, baru tau kelas ini dianjurkan oleh Datuk Roslan Abd Hamid (Merupakan Sifu Public Speaker di Malaysia). Dari apa yang Encik Gajah kongsikan dengan Nad ialah kelas ini lebih kepada macam mana kita perlu beradab dalam pelbagai situasi samada bersama staff, orang besar mahupun orang2 tua. Sebab sekarang ni, adab dan tatasusila orang kita dah makin dilupakan.
Nad kongsikan aturcara program bersama gambar-gambar semasa event.
ATURCARA PROGRAM SENI BALAIRONG SERI DI MENARA KUALA LUMPUR
9.00: Pendaftaran
9.30: Strategic Leadership.
Tata Budaya Berkomunikasi Seni Balairong Seri di Balai Penghadapan sebagai Leader dan Manager.
10.30: Minum Pagi
11.00 Strategic Conversations.
Tata Tertib Bina Network yang Aktif
12.00 : Strategic Negotiations.
Tata Susila Cari Kesepakatan Bersama.
1.00: Rehat, Makan dan Soat.
2.00 : Strategic Speaking.
Tata Santun Tambat Minda dan Tawan Hati.
3.00 : Strategic Writing.
Tata Urutan Menulis Tepat dan Padat.
4.00: Minum Petang
4.30 : Strategic Meetings.
Tata Acara Dapatkan Real Result.
5.30 :Program di tangguhkan.
Ada beberapa student Datuk Roslan yang dipanggil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam sektor korporat. Salah seorang daripadanya ialah orang kuat D'saji yang serve makanan untuk PM (Tun Mahathir, Pak Lah Dan Dato Seri Najib dan termasuk juga Agong Baru semasa pertabalan baru2 ini).
Beliau ialah Azliza Noh, anak Felda yang berkelulusan dari Sekolah Vokasional. Tapi experience beliau untuk handle orang2 besar sangatlah hebat. Sehingga diberi tanggungjawab besar dari pihak Istana mahupun dari Jabatan Perdana Menteri.
Encik Gajah juga berpeluang berkenalan dengan ramai lagi usahawan yang hebat2 kerana zaman sekarang ini. Kita tidak boleh duduk selesa di satu tempat sahaja. Kita perlu keluar dari zon selesa kerana banyak lagi sebenarnya peluang yang terbuka luas untuk kita ambil.
Dengan ilmu ini jugalah, kami boleh praktikan bagi mengembangkan lagi bisnes Shaklee kami sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Insyaallah, setiap kelas yang kami hadir akan dapat sesuatu ilmu yang baru.
Jadi, jangan rasa rugi untuk melabur duit untuk ilmu. Kerana dengan ilmu, kita akan dapat pergi lebih jauh. Insyaallah
MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)