Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama

Assalamualaikum semua!

Thanks for your positive responds towards my new journey, BRACES WORLD. InshaAllah I'll keep sharing supaya jika anda sedang berfikir-fikir tentang nak pakai braces, ia dapat bantu anda buat keputusan :)

Dalam entry ni, Nad akan share:

1. Total harga dan Nama klinik yang Nad buat braces
2. Proses yang dilalui untuk pemasangan braces
3. Tips pemasangan braces kali pertama :)

Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
So, let's get started!

Di Mana Nad Buat Braces & Berapa Harganya?


Setelah buat survey, Nad decide untuk buat braces di Klinik Pergigian Kajang Prima. Klinik ni klinik yang sama dengan tempat adik ipar Nad buat braces.

Harga pasang braces kat situ ialah RM 4.9K all in.
Termasuk X-Ray.
Deposit: RM 1K
Bulanan: RM 200

Alamat: No. 3, Jalan KP 1/3, Taman Kajang Prima, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor
Nombor telefon: 03-87391411 / 016-3235800

Klik link Google Maps di SINI

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Klinik Pergigian Kajang Prima - Alamat dan Nombor Telefon

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Di hadapan Klinik Pergigian Kajang Prima

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Klinik Pergigian Kajang Prima - Waktu Operasi


Nad pilih Klinik Pergigian Kajang Prima sebab:
  1. Murah
  2. Tak perlu X-Ray tempat lain
  3. Tak jauh kalau nak pergi appointment bulanan. 15-20 mins dari rumah Nad
  4. Adik ipar dah buat kat sini dan dah cabut dah pun braces. So proven inshaAllah :)

Proses Pemasangan Braces di Klinik Pergigian Kajang Prima


First Nad call mereka untuk buat appointment. Nad call pada 2 Januari 2018 untuk set appointment pada 3 Januari 2018. (I thought first appointment ni untuk ambil impression dan X-Ray je ke..hehe. Sekali.... sila baca lagi. Haha)

So 10 pagi kami sampai. Tunggu sat, dan nama Nad dipanggil. Doctor comel namanya Dr. Izzati. Macam kawan Nad nama Siera. Hihi.

Beliau tanya datang untuk apa? Nad cakap nak pasang braces. Doktor tanya kenapa nak pasang braces? Nad terangkan tentang gigi geraham Nad yang tumbuh ke arah lidah, so sometimes luka lidah tu. Dan gigi taring atas Nad yang jauh dari tempat yang sepatutnya, yang selalu kena tanduk dengan Ziyad. Haha.

So, dia ok. Belah bawah ok sebab ada 2 geraham dah takde. Haha. Belah atas pulak doktor cakap kita cuba tak buang apa-apa gigi dulu, and we'll see how later. Paling-paling pun mungkin akan kuruskan satu gigi untuk beri laluan.

Patutnya kena buat scaling (cuci gigi) masa ni tapi Nad baru je buat scaling beberapa bulan lepas so tak perlu buat dah.


STEP 1: IMPRESSION

Mula-mula doktor akan ambil arca gigi (impression), bawah dan atas, one at a time.

Ada satu tray yang boleh muat masuk mulut, then doktor letak cecair yang likat letak atas tray tu, dan masukkan dalam mulut dan tekan-tekan sikit dekat gigi kita. Dalam tak sampai satu minit benda tu dah keras dan jadilah bentuk gigi kita :)

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Inilah yang dimasukkan dalam mulut kita tu, maka terbentuklah gigi macam gambar ni.


Tips: Sebelum doktor masukkan dalam mulut tu, tarik nafas dulu sebab ada orang rasa nak muntah sebab rasa macam nak sampai ke tekak. Tapi Nad rasa ok je mungkin sebab dah bersedia dan bagitahu minda bahawa tak akan muntah, semua akan ok. Hehe.


Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Doktor sedang ambil Impression Nad untuk gigi belah atas
Dan inilah hasilnya. Teruk kan gigi Nad? Haha.

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Proses Pemasangan Braces - Impression

Bila dah selesai buat impression tu, kita boleh keluar jap ke toilet untuk bersihkan sisa-sisa yang terlebih kat mulut atau muka kita.


STEP 2: X-RAY

Then Nad dipanggil masuk untuk X-Ray pula.

Dalam bilik X-Ray, kena buka tudung, rantai, gelang. Nad tak pakai anting-anting so Nad kurang pasti. Rasanya kena bukak jugak.

Tips: Pakai tudung yang mudah buka dan pakai balik. So proses tu lancar je :)

Ada 2 kali kena X-Ray berturut-turut. Satu untuk muka, satu untuk gigi. Kat sini boleh nampak struktur gigi, dan kalau ada gigi geraham bongsu pun boleh nampak. Dari sini baru Nad sedar yang sebenarnya Nad ada 2 gigi geraham bongsu belah bawah. Ingatkan satu ja. Hihi.

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Proses Pemasangan Braces -X-Ray

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Proses Pemasangan Braces -X-Ray

Sekejap je buat X-Ray ni. Kena tutup mata masa dia tengah scan. Macam kat klinik ni canggih siap machine tu kasi arahan dan ada music hehe. Nad rasa servis ni la yang mahal. Sebab tu tak semua Klinik Gigi ada.


STEP 3: PASANG BRACES!

Lepas siap X-Ray, tunggu kat luar jap. Tak lama lepas tu staff dia tanya nak pasang harini ke?

Nad macam, boleh ke? Dia kata boleh. Cuma ready kan deposit RM 1K jelah. Nad kata, ha ok lah, proceed je. Hihi.

Gambar husband tak sempat ambik masa Nad sedang dipasang braces. Boleh tengok video ni untuk tahu apa steps yang dilakukan:


Tips: Sebelum proses ni, sila pakai lip balm banyak-banyak sebab proses ni lama. Boleh kering bibir dan lenguh rahang ;)

Kita diminta pilih warna getah untuk braces kita. As for Nad, Nad pilih warna Silver sebab taknak nampak colourful sangat. Maybe next time kot cuba kaler lain pulak. Hihi. After dah siap, kita diberi cermin untuk kita tengok gigi kita yang baru :)

Then kita diberitahu nama-nama komponen di braces tu seperti bracket, wire, dan O ring (getah kaler-kaler tu).

Doktor brief juga makanan apa yang boleh dimakan, apa yang tak boleh dimakan. Basically macam kacang memang tak boleh. As for permulaan ni pilih yang lembut-lembut je sebab memang literally kita 'tak dapat guna' gigi buat sementara waktu ni sebab sakit bila gigit. Nanti Nad share di entry lain makanan apa yang sesuai dan yang tak sesuai k.

Doktor ajar cara gosok gigi with braces juga macam dalam video tu :) Nad diberi juga wax untuk letak kat tempat yang rasa tajam. Dan gel untuk letak kat ulcers jika ada.

Tips: Terus bagitahu doktor if ada rasa tajam kat hujung wire so that dia boleh tolong snip-snip kan :)

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama
Baru lepas pasang braces kali pertama :) 3 Januari 2018

Dan inilah hasilnya :)

Then di kaunter, kita juga akan diberi painkiller. Boleh ambil masa rasa sakit. Sebelum tidur juga recommended ambil sebab gigi akan bergerak masa kita tidur :)

Baca : First Time Pakai Elastic atau Rubber Band pada Braces 

Kalau nak tanya apa-apa boleh komen je ye. Thanks for reading!

Hukum, Jenis dan Harga Braces
Hukum, Jenis dan Harga Braces

Boleh juga baca tentang hukum, jenis, dan harga-harga braces di sini.

Baca : Anniversary Nad Pakai Braces

Love,
Nadxoxo

www.wasap.my/60122295680

Post a Comment

27 Comments

  1. Salam kak nad,nak tanya so akk mmg xcabut gigi ke? Kalau de gigi yg kena cabut pun 4.9k jgk ke? 4.9k over all? Murah tu include xray semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sori sangat tak perasan kot komen ni. Haha. Yup harga tu all in :)

      Delete
  2. salam kak lepas call set appointment tu berapa lama masa sampai pasang braces tu..

    ReplyDelete
  3. salam.. kalau gigi tak teruk sgt, still 4.9k ke? and nak tahu kena chrge berapa (mcm 4.9k tu) lepas dah x ray etc or mmg fixed rm4.9 for any services ye kak nad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Afiqah. Sori lambat respon. Tak perasan komen. Harga tu mmg fixed untuk pakai braces atas bawah sekali ngan x-ray dan cabut semua lah kiranya.

      Tak pasti kalau pakai atas atau bawah je harga macam mana.

      Delete
  4. yeayyy.. alhamdulillah kita geng nad jugak.. org gigi besi..hehe

    ReplyDelete
  5. Berapa tahun kene pakai braces? Dh bukak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 2 tahun. Sedang pakai lagi sampai hujung tahun ni

      Delete
  6. Salam kak, sy baru dua hari pakai braces..saya nak tya apa pemakanan yg akak amalkan sepanjang pakai braces?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Faz. Kalau masa baru pasang / tukar getah baru (bulanan), akak makan benda2 lembut or pendek kata x yah kunyah. Yg boleh terus telan

      Delete
  7. Salam kak nad, so far akak pakai bracess n service klinik ni okay x? Sbb plan nak buat bracess kat klinik ni. Tq ya.😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, so far memang ok sangat. Sekarang dah tak pakai braces sebab gigi dah cantik

      Delete
  8. salam kak, saya pun ada terfikir nak pakai braces,, sebab gigi saya ada siung yg terletak jauh dari tempat sebenarnya,, tapi saya takut kalau kena cabut gigi..utk akak punya gigi memang takde cabut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon sama wak...takut cabut gigi..tapi nk pakai😅😅

      Delete
    2. Bergantung kepada keadaan. Ada yang perlu cabut untuk betulkan balik kedudukan gigi

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, saya nk tnya sebelum akak pakai braces x payah pakai separator ka?

    ReplyDelete
  10. salam kak nad, budak sekolah boleh ke kalau nak pakai braces? ke kena tunggu masuk universiti dulu baru boleh pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak sekolah, ada caranya tanpa perlu pakai braces sebab gigi mereka ada banyak ruang untuk membesar.

      Delete
  11. Assalamualaikum kak nad, nak tanya skrg tahun 2021 harga masih sama ke atau dh berbeza? And still all in juga ke harga nya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, boleh contact klinik tu untuk harga braces.

      Delete
  12. Thank you so much for sharing your braces journey with us. It is amazing to see all the work that is done for your dental care. I enjoyed all the details that you provided. Have a great day and keep up the posts.
    Dentist Center City Philadelphia

    ReplyDelete
  13. asslm saya nak pakai braces,,tp takut sebb org kata sakit sgt dlm twmpoh 3 minggu tu,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang tak selesa dan memang akan rasa sakit sikit sebab braces tu tarik gigi kita kepada kedudukan yang sepatutnya.

      Delete
  14. Dri first jumpa dr smpai nak pkai braces tu ambik masa berapa lama

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)