Nad's Braces Journey - Cuci Gigi / Scaling Semasa Memakai Braces

Assalamualaikum!

Harini 8 Syawal, masih belum terlambat untuk Nad ucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri untuk anda semua!

Harini Nad nak share tentang scaling atau cuci gigi semasa memakai braces. Bolehkah?

Baiklah. Bila kita pakai braces ni, mencabar untuk jaga kebersihan gigi berbanding dengan orang yang tak pakai braces. Sebab wire braces halang berus gigi kita untuk sampai ke celah-celah gigi.

So gigi kita mudah jadi kuning. Atau ada plaque.

Dan macam kes Nad, crowding, bila gigi senget-senget tu dia mudah jadi plaque kalau tak gosok betul-betul. Ada juga yang sebelum ni senget, now dah stret, nanti baru perasan ada kotor kat gigi tu.

So, Nad try search, rupa-rupanya memang boleh buat scaling masa pakai braces. Nad tak berani tanya Dentist lain. So, masa pergi checkup semalam Nad minta diorang buat scaling skali. Alhamdulillah dapat!

Dan dari pembacaan Nad jugak, scaling kena buat 6 bulan sekali sebaiknya lah.

Muka menahan sengal. Hahaha.

Buat scaling ni memang sengal rasa dia. Tapi jap je. Lepastu rasa best sebab gigi dah bersih :)

Harap entry ini membantu anda yang tertanya-tanya possible tak buat scaling masa braces ni.

Haa, lupa nak bagitahu. Kos scaling kat Klinik Kajang Prima ni ialah RM 90 (as for my case lah).

So, itu saja untuk kali ini ya. InshaAllah next time Nad share tentang macamana penjagaan gigi masa pakai braces. InshaAllah.

Thanks for reading, and have a nice day!


Love,
nadxoxo

Post a Comment

3 Comments

  1. nak tnye
    masa buat scalling to doktor bukak ke braces yg sedia ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor hanya buka getah sahaja (tukar yang baru). Sebelum tu, boleh buat scaling.

      Delete
  2. berapa kali scaling bagi setahun? means mcm setiap kali appoitment, dia akan scaling ke tak??

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)