Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Malam tadi, kami dijemput oleh Shaklee untuk menghadiri sesi bersama Amanah Raya.

Seawal 5:30 petang, kami suami isteri sudahpun bertolak dari Bangi ke Bandar Sunway untuk ke Home Office Shaklee bersama anak-anak soleh solehah kami #TripleZ. Sempat #EncikGajah memborong stok Shaklee yang semakin susut sebelum kedai Shaklee ditutup pada jam 7 malam.

Kami makan malam dan solat Maghrib di sana.

Pada jam 8:30 malam sesi ini bermula. Ia bertujuan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana caranya untuk mewariskan bisnes Shaklee ini kepada anak cucu. Untuk sesi ini, hanya rank Master Coordinators sahaja dijemput.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Fushari, Head / Senior Manager of Trust Administration Department.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Bisnes Shaklee boleh diwarisi

Untuk pengetahuan anda, bisnes Shaklee ialah bisnes yang boleh diwarisi. Dan Shaklee merupakan syarikat direct-selling pertama yang approach Amanah Raya untuk memastikan pelaksanaan pewarisan bisnes Shaklee ini. Ini bermakna Shaklee bukan omong kosong sahaja. Inilah salah satu kelebihan bisnes Shaklee. Sebab itulah kami fokus dan tekun buat bisnes ni sejak 2012 :)

Sementara Ummi dengar briefing, Abi jaga #TripleZ yang bermain di ruang khas untuk kanak-kanak. Ada ramai kawan. Kalau yang selalu jumpa tu dah jadi makin rapat dah. Ziyad siap nak ikut seorang kakak tu balik. Hihi.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Az Zahin dan kawan-kawan


Siapakah Amanah Raya?


Amanah Raya adalah syarikat milik penuh kerajaan (GOC) di bawah Kementerian Kewangan (MOF). Ditubuhkan pada 1 Mei 1921. Hampir 100 tahun dah!

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Apakah Fungsi Amanah Raya Dalam Bisnes Shaklee?


Dalam bisnes Shaklee, kita masih boleh menjana income setiap bulan walaupun sudah meninggal* (tertakluk kepada syarat).

Kebanyakan Pengedar Shaklee sekarang ini, anak-anak masih kecil. Ramai yang di bawah usia 18 tahun.

Untuk mewariskan bisnes Shaklee, kita perlu menubuhkan sebuah syarikat Sdn Bhd dan kita sebagai pengarahnya. Jika anak-anak kita di bawah usia 18 tahun, mereka tidak layak menjadi pengarah syarikat.

Jadi, di sinilah fungsi Amanah Raya. Amanah Raya dilantik sebagai Trustee (pentadbir) income bulanan dari Shaklee untuk memastikan anak-anak kita dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Ingin Nad tambah di sini bahawa syarikat Enterprise tidak diiktiraf sebagai sebuah syarikat. Ia adalah hak milik individu. Jika Pengedar Shaklee tersebut meninggal, maka akaun bank dan segalanya akan freeze jika tiada wasiat dibuat terlebih dahulu sewaktu masih hidup.

Amanah Raya menawarkan khidmat menulis wasiat dengan hanya RM 500, nilai paling rendah jika dibandingkan dengan syarikat lain.

Sesi Borak Bisnes


Selepas sesi bersama Amanah Raya tamat, kami dijemput untuk menjamu selera. Sandwich Garsa Kitchen tu memang sedap! First time Nad dapat rasa. Kalau anda ialah peminat roti macam Nad, anda kena cuba.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Sambil makan, sambil borak dengan Master Coordinator lain.

Lepas tu, borak juga dengan staf Shaklee dan Presiden Shaklee Malaysia iaitu Ms. Helen Lam. Beliau sangatlah friendly dan sangat terbuka untuk menerima sebarang cadangan dari kami sebagai Pengedar Shaklee. InshaAllah nanti akan ada lagi sesi yang lebih terperinci lagi untuk memudahkan proses mewariskan bisnes Shaklee ini.

Alhamdulillah anak-anak behave sepanjang sesi. Good job #TripleZ! Kami tiba di rumah hampir jam 12 tengah malam.

Klik ikon Whatsapp di sebelah bawah kiri blog ini jika ada sebarang persoalan :)

Salam Sayang,
Nadiah Suhaidi
#PuanNadxoxo

Post a Comment

0 Comments