4 Tips Memilih Supplement Minyak Ikan Yang Berkualiti


Kita disarankan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan dalam seminggu - terutamanya ikan laut dalam untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi.

Tetapi hanya segelintir sahaja yang makan ikan secara kerap. Malah, terdapat juga kebimbangan tentang risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa. Jadi, ramai orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

Jadi kali ini, kami kongsikan tips memilih supplement minyak ikan yang berkualiti.

Tips Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti


1. Pilih syarikat supplement yang berkualiti


Tips memilih supplement minyak ikan yang berkualiti: Pilih syarikat yang berkualiti

Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

2. Pilih minyak ikan yang benar-benar tulen


Tips memilih supplement minyak ikan yang berkualiti: Pilih minyak ikan yang benar-benar tulen

Proses Penyulingan Molekul ialah proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum. Ini bagi membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak.

Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan

Baca : Info Produk Omega Guard

3. Pilih minyak ikan yang diperbuat dari ikan kecil


Tips memilih supplement minyak ikan yang berkualiti: Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan kecil

Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin.

Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.


4. Pilih syarikat yang mempunyai bekalan jangka masa panjang


Tips memilih supplement minyak ikan yang berkualiti: Pilih syarikat yang

Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan.

Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.



Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
011 2020 300 (Hotline)
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments