Az Ziyad tongue-tie. |
Az Ziyad, anak Ummi yang kedua. Sewaktu masih bayi hingga umur 1 tahun, semuanya ok. Menyusu ok, kesihatan ok. Merangkak, berjalan semua ok. Perkembangan setara dengan umurnya.
Hingga umur 2 tahun, belum ada tanda-tanda Az Ziyad nak bercakap. Yang Ummi ingat, kalau nak sesuatu, Az Ziyad prefer untuk tarik tangan Ummi dan tunjuk-tunjuk sahaja.
Ummi perhatikan Az Ziyad. Dia faham apa yang kita cakap. Ada kalanya Az Ziyad bercakap juga, semangat dengan tangan-tangannya sekali. Cuma sayangnya kami memang tak faham langsung. Cuma satu je word yang boleh difahami, iaitu "na" yang bermaksud "nak".
Tapi Ummi perasan, kadang Az Ziyad ni tak berpaling kalau kita panggil dia. Serammm!
Tongue-tie. Ziyad nangis sebab takut ummi marah sebab conteng muka sendiri. Hehe |
Banyak masa juga dia tantrum tak menentu. Kadang-kadang dia kasi backhand kat sesiapa saja. Padu tau tangan dia. Kalau dah mengamuk tu, kepala dia sokmo terkena muka Ummi. Kepala dia dahlah keras macam batu 😂 Ada yang menggigit, baling-baling barang.
Ummi terdetik juga, adakah Az Ziyad Autism?
Ummi perlu lakukan sesuatu!
1. ASSESSMENT
Pakar Terapi di situ cuba bermain / berkomunikasi dengan Az Ziyad, dan lihat respon Az Ziyad. Ada beberapa aktiviti, termasuk merangkak dalam terowong mainan. Masa tu beliau tanya, adakah Az Ziyad skip merangkak? Jika ya, tak bagus sebab setiap stage dalam perkembangan kanak-kanak memang ada fungsi dia. Jadi, jika anak skip merangkak, terus berjalan, jangan bangga pula ya.
Di akhir assessment, teacher cadangkan Az Ziyad untuk buat Occupational Therapy. Untuk tingkatkan fokus dia, dapat ikut arahan. Nanti dah ok, barulah boleh proceed kepada Speech Therapy (ST).
Balik rumah, kami fikir-fikirkan dahulu. Kami tak terus buat Occupational Therapy sebab ada kekangan.
Kos assessment ini RM 200 (November 2015).
2. OCCUPATIONAL THERAPY (OT)
Sesi OT ni sesi one-to-one dengan pakar. Selepas 2-3 sesi pun dah nampak improvement. Ziyad lebih mudah mendengar kata, more eye-contact, lebih fokus.
Padahal 1 sesi hanya 1 jam sahaja. Tak campur lagi yang Ziyad mengamuk separuh sesi. Haha. 1 minggu sekali. Tapi bila kena caranya, serahkan pada yang pakar. Alhamdulillah, rasa macam magik pun ada juga bila tengok improvement Az Ziyad.
Setiap kali selepas sesi, pakar akan ceritakan apa yang berlaku dan apa respon Az Ziyad. Contohnya sudah boleh menggunting / mengoyak kertas. Pandai gunting dan guna tangan dua-dua belah ke. Dah tak geli pegang pasir / water colour dan sebagainya.
Dicadangkan juga guna 1 berus ni, yang bagus untuk tingkatkan sensory Az Ziyad. Brush di tempat tertentu di badan dia.
Selama 6 bulan Az Ziyad buat OT. Perkembangan Ziyad sangat banyak. Dah boleh count 1-10, sebut warna-warna. Kalau tunjuk random pun dah boleh identify dan sebut dengan betul cuma masih ada pelat lagi.
Az Ziyad juga dah pandai take turn waktu ni. Positive points untuk social skills 🙂
Kos OT ini RM 480, ada 4 sesi sebulan. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam bersama Pakar OT.
3. PEMBEDAHAN TONGUE TIE
Sebelum ini, Az Zahin juga ada tongue-tie, tapi tak mengganggu penyusuan dan percakapan. Kami sangkakan keadaan tongue-tie mereka sama saja. Rupanya tidak. Tongue-tie Az Ziyad lebih severe dan perlu dibedah.
Jadi, usia Az Ziyad 2 tahun 10 bulan, dilakukan minor operation untuk memotong tali lidahnya supaya lidahnya lebih bebas bergerak seterunya tidak menghalang Az Ziyad untuk bertutur.
Total keseluruhan kos pembedahan ialah RM 2,103.
Baca kisah lebih detail tentang pengalaman pembedahan lidah pendek Az Ziyad di sini.
4. SPEECH THERAPY (ST)
Sesi ST ni juga one-to-one. Kos RM 480, ada 4 sesi sebulan. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam bersama Pakar ST.
Setiap kali selepas sesi, pakar juga akan ceritakan progress Az Ziyad. Diajar juga tips untuk kita sebagai parents untuk bercakap dengan jelas kepada mereka, urut bahagian rahang. Gosok gigi juga bagus untuk lembutkan otot-otot yang digunakan untuk bercakap. Dan, meniup bubble / belon.
Buat ST ni 2 bulan sahaja, dan di hujung tahun 2016 tu, Therapist beritahu yang Ziyad boleh proceed dengan Excel Early Intervention Programme (EEIP) tahun seterusnya.
Pernah juga tanya pada Speech Therapist ni, adakah Az Ziyad ada tanda Autism? Alhamdulillah katanya tak ada apa yang perlu dirisaukan.
5. EXCEL EARLY INTERVENTION PROGRAMME (EEIP)
Ada 2 sesi yang boleh dipilih. Sesi pagi atau petang. Teacher suggest ambil sesi petang sebab level Az Ziyad lebih sesuai untuk sesi petang, since sesi pagi kebanyakannya masih kurang bercakap. Ambil sesi petang supaya Az Ziyad boleh berkawan, bercakap dengan yang dah pandai cakap.
Sesi EEIP ni 3 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja.
Biasanya akan diberi tidur sekejap untuk recharge. Selepas itu akan mula sesi. Ada pelbagai aktiviti untuk fine motor skills, large motor skills, encourage bercakap dengan menggunakan microphone, dan sebagainya. Diajar juga cara bersihkan diri diaper-free.
Setiap kali selesai sesi, parents akan dipanggil dan diceritakan dengan detail apa yang dilakukan pada hari tersebut. Kemudian teacher akan ceritakan apa progress setiap seorang student especially ibu bapa yang hadir waktu tu.
Di pertengahan dan hujung tahun, ada juga sesi review progress Az Ziyad.
Di hujung tahun 2017, Az Ziyad dah banyak cakap dah, cuma pelat dan laju sedikit percakapannya. Ummi Abi boleh faham sebab selalu dengar. Orang lain mungkin tak biasa akan kena dengar betul-betul.
Kos pendaftaran EEIP ni RM 1270. Kos bulanan RM 1080.
+++
Sepanjang hantar Az Ziyad ke program-program di Excel Qhalif ni, kami syukur sangat sebab dapat learn something dari macam-macam orang.
Ada yang datang dari jauh ulang alik semata-mata nak buat terapi di situ. Dari Johor, Negeri Sembilan. Dari daerah lain pun ada. Bermacam masalah development yang kami jumpa. Autism, Hyperactive. Ada yang pandai cakap English tapi bermasalah pertuturan dalam Bahasa Melayu. Ada yang bercakap tapi tak selalu lari topik. Ada yang sepatutnya sudah masuk Darjah 1 tapi masih belajar sama-sama dengan Az Ziyad di EEIP. Ada kisah yang bapanya perlu berhenti kerja untuk menjaga anaknya yang Autisme.
6. KINDERKAIZEN (KK) & LITTLE CALIPH (LC)
KinderKaizen pula memang boleh terima anak Autisme atau masalah development. Di sini banyak bermain untuk belajar. Berbeza dari tadika biasa. Kami memang suka di KK sejak Az Zahin dulu lagi ketika dia ada masalah confidence. Alhamdulillah banyak improvement.
Progress Az Ziyad pada tahun 2018 juga sangat bagus. Dari segi behavior - lebih tenang, lebih memahami orang sekeliling. Walaupun hinggalah sekarang masih pelat tapi orang luar yang tak biasa jumpa Az Ziyad boleh faham apa yang Az Ziyad tuturkan.
TAHUN INI AZ ZIYAD 6 TAHUN
Progress pembelajaran Az Ziyad juga setara dengan kanak-kanak yang tiada masalah development. Boleh catch up 🙂
++++
Az Ziyad ni memang seorang yang bubbly, ceria, penyayang, suka baby, suka buat lawak, aktif, sangat suka berkawan, tak takut orang, suka jadi centre of attraction.
Sebak pula sambil menaip ni bila teringat dulu selalu tantrum. Baru Ummi sedar rupanya Az Ziyad tantrum sebab stress orang tak faham apa yang dia cakap. Kalau kita pun, kita stress kan?
Ummi Abi pun stress juga. Dahlah adik Az Ziyad masih baby lagi, juga perlukan perhatian yang lebih.
Alhamdulillah Allah uji kami dengan anak yang ada speech delay. Dari sini macam-macam Ummi belajar sebenarnya. Ilmu tentang Autism, development kanak-kanak, speech, psikologi kanak-kanak. Kalau tak pakar pun, at least mesti kena ambil tahu. Ummi syukur sangat!
Buat kawan-kawan yang ada anak speech delay atau apa-apa masalah development, rujuklah pada pakar. Ada juga yang suggest buat Hearing Test. Tapi tak sempat buat Alhamdulillah it seems takde masalah tu pada Az Ziyad.
Ada juga yang suggest pergi pada kerajaan, tapi kena menunggu sikit lah. Dulu kami ada call untuk buat appointment, kena tunggu 1 tahun baru dapat turn. Pada kami, anak-anak ni cepat besar. Masa berlalu pantas. Kalau lambat tindakan, takut menyesal pula nanti.
Mentua Nad ada kata, Alhamdulillah kami diberi rezeki yang cukup untuk membiayai kos terapi Az Ziyad. Sebab Allah memang beri rezeki tu untuk Az Ziyad pun. Ummi Abi sebagai pemegang amanah.
Selain ikhtiar berjumpa pakar, jangan lupa doakan anak kita. Doa ibu doa yang mustajab. Beritahu semua family members untuk doakan sekali. Kita tak tahu doa siapa yang Allah perkenan.
Semoga bermanfaat. Kalau ada nak tambah, boleh juga tambah jika ada pengalaman juga. Sama-sama kongsi. Tambah saham akhirat inshaAllah.
Nadiah Suhaidi,
Allah sayang kita.
2 Comments
😍
ReplyDeleteSeronoknya tgok anak boleh cakap... 😘 Saya baru je lpas pi survey excel qalif
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)