Shopping Car Seat di LittleWhiz Shah Alam

Shopping Car Seat di LittleWhiz Shah Alam
Shopping Car Seat di LittleWhiz Shah Alam
Gigih mai dari Bangi. Sejam nak sampai. Untuk anak-anak Ummi Abi.

Tapi puas hati bila dah sampai sini, ada banyak range of car seats yang safe approved yang boleh kita pilih. Harga, pilihlah ikut budget kita.

Yang paaaling penting, boleh fitting car seat tengok sesuai dengan ketinggian, berat, dan saiz anak kita. Lepastu fitting pulak kat kereta. Salesgirl beri consultation yang sangat bagus! Penat kut angkut car seat, pasang kat kereta semua 😂

Nampaknya kereta kami kurang sesuai bubuh 3 car seat kat seat belakang sebab jenis seat kereta yang lengkuk ke dalam. Ni kalau dewasa duduk memang selesa la. Tapi bila bubuh car seat 3 across, tak sesuai. Wuuu~

Nampaknya Ummi Abi dan #TripleZ kena doa banyak-banyak lagi dipermudahkan upgrade kereta yang lebih sesuai untuk bigger family ❤️

Tingkat 1 Little Whiz. Ada banyak pilihan Car Seat
Boleh pilih jenis, harga dan kesesuaian anak
Ummi survey harga Car Seat. Ada promosi waktu ni
Zahin tolong buka kotak Car Seat dia
Zahin dapat Car Seat idaman. Muka tu happy sebenarnya.
Waktu ni, Ziyad tengah demam. Bawa juga la untuk fitting Car Seat

Kereta parking belakang kedai untuk fitting Car Seat
Kepada yang berminat tahu lebih lanjut mengenai kedai LittleWhiz.com ni? Boleh layari laman web mereka atau terus ke kedai mereka. google sahaja LittleWhiz. Insyaallah sampai la ke kedai mereka.










Post a Comment

0 Comments