Produk Shaklee Terbaru September 2019: YOUTH Moisture Lock Day Cream |
Apa bezanya dengan YOUTH Moisturizer Sunblock SPF 50 tu? Dua-dua pun melembapkan, kan? Ha, mari Nad cerita :)
Kenalpasti Perbezaan Kulit Kurang Air vs Kurang Minyak
Kulit Dehidrasi
- Kulit kekurangan air
- Kulit rasa tegang
- Boleh rasa berminyak dan kering pada masa yang sama
- Mungkin mengalami pertumbuhan jerawat yang banyak
Kulit kurang air datang dan pergi bergantung kepada keadaan persekitaran dan faktor-faktor lain seperti:
- Kurang minum air
- Kurang tidur
- Pengambilan kafein berlebihan
- Berada di dalam suasan berhawa dingin terlalu lama
- Cuaca panas dan lembap
- Sentiasa terdedah kepada pencemaran
Kulit Kering
- Kulit kekurangan sebum (minyak)
- Kulit tampak kering
- Kulit kasar
- Kulit tidak berseri
- Kulit mempunyai garis halus dan berkedut
- Kulit kendur
Dilahirkan dengan kulit kering atau faktor penuaan:
- Dilahirkan dengan kulit kering
- Proses penuaan
- Sindrom selepas menopause
- Kulit bermasalah
- Kulit sensitif dan nipis
Perbezaan kulit yang kurang air dan minyak |
Kulit Muda
- Kurang air
- Lebih tinggi pengambilan kafein
- Lebih terdedah kepada pencemaran
- Kurang tidur
- Penggunaan skincare yang salah
Kulit Berusia
- Kurang air
- Kurang minyak
YOUTH Moisture Lock Day Cream Untuk Kulit Kekurangan Air
Youth Moisture Lock Day Cream untuk kulit yang kekurangan air |
Produk ini bertindak sebagai pelembap yang diciptakan khas untuk kulit yang kekurangan air dan ingin mengekalkan kelembapan kulit.
Uniknya YOUTH Moisture Lock Day Cream ini adalah, ia melakukan penghidratan yang mendalam, bertindak dengan segera, dan hasil yang diperoleh sangat menakjubkan!
Salah satu kunci kepada kulit yang cantik serta kelihatan muda adalah penghidratan. Tidak seperti penjagaan kulit biasa, teknologi canggih Shaklee telah melangkaui lebih daripada menangani masalah kulit di permukaan, malah membantu sehingga ke tahap sel kulit.
Fungsi YOUTH Moisture Lock Day Cream
Fungsi Youth Moisture Lock Day Cream |
- Menghilangkan kulit yang kering dan ganti dengan penghidratan
- Mengunci kelembapan
- Penghidratan yang mendalam dan mengekalkan kelembapan
- Melembutkan dan mengurangkan masalah kulit kering
- Membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus
Kesan yang diperoleh selepas menggunakan YOUTH Moisture Lock Day Cream:
- Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan
- Mengurangkan penampilan garis kering dan kemerahan
- Membantu melegakan dan merehatkan kulit
- Jelas menampakkan penghidratan untuk kulit licin, lebih gebu dan lebih lembut
4 Bahan Utama dan Cara YOUTH Moisture Lock Day Cream Bertindak
4 bahan utama dan cara Youth Moisture Lock Day Cream bertindak |
4 teknologi digunakan untuk YOUTH Moisture Lock Day Cream bertindak terhadap kulit, iaitu:
1. Menarik Kelembapan Segera (Attract Instant Hydration)
Ekstrak Kaktus bertindak sebagai magnet untuk menarik kelembapan dari persekitaran ke lapisan luar kulit untuk menenangkan dan menghidrat kulit serta-merta.
2. Mengunci Kelembapan (Lock Retain Moisture)
Gabungan unik 4 jenis Asid Hialuronik yang menyerap 1,000 kali beratnya dalam air, menqunci kelembapan, dan membentuk takungan jauh di dalam kulit.
3. Melindungi Kelembapan Berpanjangan (Protect Long Lasting Moisture)
100% Squalane berasaskan tumbuhan membantu membina halangan pelindung untuk mengurangkan kehilangan air dari kulit seterusnya mengekalkan kelembapan untuk penghidratan yang tahan lama.
4. Meremajakan (Revitalize)
Bahan botanikal dari Youth Complex seperti Anggur Muscadine, Lotus Japonicus, dan Schisandra Chinensis untuk tambahan faedah anti-penuaan.
Siapa yang perlukan YOUTH Moisture Lock Day Cream?
Siapa yang perlukan Youth Moisture Lock Day Cream? |
Anda perlukan YOUTH Moisture Lock Day Cream jika anda:
- Mempunyai kulit kering kerana kurang air / sebum (minyak)
- Kurang tidur
- Kerap ambil kafein
- Hampir atau sudah menopause
- Orang Muda (biasanya kulit banyak minyak tetapi kurang air)
- Orang Berusia (biasanya kulit kurang minyak dan juga kurang air)
Perbandingan produk YOUTH Moisture Lock Day Cream dengan Produk Hydration Jenama Lain
Perbandingan tahap kelembapan selepas 30 minit dan 5 jam. |
Perbandingan diatas dilakukan bersama 5 jenis produk Moisture Day Cream dari brand yang berlainan. Ujian kelembapan ini dilakukan bagi mengetahui tahap kelembapan air dalam kulit selepas kali pertama diuji, 30 minit dan 5 jam.
Hasil keputusan sangat menakjubkan apabila produk Youth Moisture Lock Day Cream masih dapat mengekalkan kelembapan dalam kulit selepas 5 jam digunakan.
Perbandingan Imej Produk, Tekstur, Bau dan Penyerapan |
Cara Menggunakan YOUTH Moisture Lock Day Cream
Gunakan YOUTH Moisture Lock Day Cream pada waktu siang sahaja, selepas menggunakan YOUTH Eye Cream, dan sebelum YOUTH Moisturizer Sunblock SPF 50 setiap hari.
Harga YOUTH Moisture Lock Day Cream
YOUTH Moisture Lock Day Cream dijual pada harga RM 247.
Mahu mendapatkan produk ini dengan harga lebih jimat 15% - 20%? Baca cara jadi ahli di sini.
Klik gambar ini untuk menghubungi kami
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)