7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya
7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

Hari ini, Amir nak kongsikan 7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya yang biasanya orang salah anggap kerana banyak cerita viral yang takut-takutkan oleh keyboard warrior.

Hakikatnya, bukan semua kacang soya adalah tidak elok. Kita kena pandai memilih produk kacang soya yang betul. Barulah, kesihatan kita terjamin.

7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya


7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

1. Betul ke Kacang Soya mampu meningkatkan kesuburan wanita?

Kajian yang dibuat mengatakan kacang soya membantu mengatasi penuruan estrogen wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon yang mampu memberi kesan yang sama seperti estrogen.

7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

2. Betul ke Kacang Soya boleh sebabkan sembelit?

Jawapannya ialah SALAH kerana kandungan serat dalam kacang soya juga sangat tinggi yang membantu proses penghadaman. Tak percaya? Cuba la try dulu. Hehe


7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

3. Kandungan kalsium dalam susu kacang soya sama banyak dengan susu lembu?

Kenyataan ini salah yer kawan-kawan, kandungan kalsium dalam susu lembu lebih tinggi berbanding dengan susu kacang soya. Jadi, pengambilan susu lembu juga perlu untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga nak kuatkan tulang untuk orang dewasa.


7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

4. Betul ke kacang soyang mampu kurangkan kanser payudara?
Kita perlu faham apakah elemen didalam kacang soya yang dikatakan mampu mengurangkan kanser payudara tersebut. Amir tulis "mengurangkan" dan bukannya "menghapuskan". Lain maknanya tu.

Dalam kacang soya ada kandungan isoflavon yang dapat meningkatkan antioksida Vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser tersebut. Tetapi Amir sarankan supaya pesakit juga perlu rujuk kepada doktor pakar dan menjalani rawatan hospital untuk tindakan selanjutnya. Kerana mereka lebih tahun kondisi pesakit mereka dengan lebih detail.


7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

5. Kacang soya mampu menyebabkan lelaki menjadi "perempuan"

Kenyataan ni selalu bermain atau berlegar di dalam media sosial sampaikan ramai orang percaya. Hakikatnya, kacang soya tidak memberi kesan yang mendalam kepada level estrogen di dalam badan lelaki.

Kalau tak, habis la ramai lelaki jawa yang kuat makan tempe menjadi "perempuan". Hehe

7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya
6. Kebanyakan orang alergik kepada kacang soya.

Sebenarnya, memang ada orang yang ada alergik kepada kacang soya dimana kulit mereka akan jadi gatal-gatal dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. Ini kerana pesakit tersebut ada alahan kepada kandungan hestamine yang tinggi. Ada beberapa makanan lain juga yang perlu pesakit ini elakkan juga.


7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya

7. Orang kata fermented soya lebih bagus dari unfermented soya.

Sebenarnya, kedua-duanya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah rupa atau fizikalnya sahaja.


Okes, sampai disini sahaja perkongsian Amir berkaitan dengan 7 Mitos Vs Fakta Mengenai Kacang Soya. Lepas dah baca, boleh kongsikan pada kawan-kawan anda supaya mereka tahu lebih lagi berkaitan dengan kacang soya.


Berminat nak cuba atau beli produk Shaklee,

Boleh hubungi kami hanya klik gambar dibawah



 Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
 Your Certified Shaklee Product Consultant
 COD Bandar Baru Bangi
 Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments