5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Virus Corona


5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Virus Corona
5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Virus Corona

1. Apa itu Virus Corona?


Virus Corona yang dilaporkan terkini datang dari Kota Wuhan, China. Virus ini telah meragut 17 nyawa dan ratusan warga di China telah dijangkiti. Kementerian Kesihatan China melaporkan virus pertama muncul pada 31 Dec 2019. Dikatakan virus ini hampir serupa dengan seperti virus SARS dan MERS yang akibatnya banyak kematian. Pihak China telah mengesahkan bahawa virus ini tersebar melalui manusia ke manusia.

2. Cara Penyebaran Virus Corona

Sumber dari CNET, Corona Virus ini berasal dari keluarga Virus Coronaviridae. Rupanya seakan-akan cincin berduri apabila dilihat melalui bawah microskop. Biasanya virus ini ada pada haiwan ternakan hingga haiwan perliharaan. Apabila virus ini merebak ke manusia, pesakit akan mula mengalami demam, sesak pernfafsan dan radang paru-paru. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti orang tua, boleh menyebabkan penyakit mereka lebih kronik dan boleh membawa maut.

Virus Corona ini biasanya merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui

a) Udara samada batuk dan bersin.
b) Kenalan atau ahli keluarga; seperti menyentuh atau berjabat tangan
c) Menyentuh objek atau permukaan dengan virus di atasnya, kemudian menyentuh mulut, hidung, atau mata anda sebelum mencuci tangan anda
d) Melalui najis (kotoran)

3. Gejala

Gejala Virus Corona ini menyebabkan pesakit mengalami gejala pneumonia (sesak nafas). Kebiasaanya, pesakit pada mulanya akan mengalami demam panas yang tinggi, batuk-batuk dan ada masalah kesukaran bernafas.

4. Ubat/Vaksin?

Pada waktu ini, belum ada ubat khusus mahupun vaksin yang dapat melawan dari virus ini.

Setakat ini, pesakit disarankan supaya :-

a) Mengambil ubat tahan sakit dan batuk. Bagaimanapun, Aspirin kepada kanak-kanak tidak dibenarkan. Dan jangan berikan ubat batuk kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun.
b) Menggunakan humidifier bilik atau mandi air panas untuk membantu mengurangkan sakit tekak dan batuk.
c) Mendapatkan banyak rehat.
d) Banyakkan minum air masak.

5. Langkah-langkah pencegahan.

Dengan melakukkan langkah-langkah ini, ia dapat mengurangkan risiko kita mendapatkan atau menyebarkan jangkitan;

a) Basuh tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat.
b) Mengelakkan menyentuh muka, hidung, atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
c) Jauhkan diri dengan orang yang sakit.
d) Membersihkan dan menyucikan permukaan yang sering disentuh
e) Menutup batuk dan bersin dengan tisu. Kemudian buang tisu dan basuh tangan.
f) Duduk di rumah.

Virus ini bukan hanya ada di China, ia sudah merebak ke beberapa negara lain seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura. Akibat penyebaran virus ini, China menutup Kota Wuhan, dan membatalkan semua pengangkutan dari luar dan dalam negeri itu.

Semoga wabak ini tidak merebak di Malaysia dan kita semua dilindungi dari rahmat Allah.

Post a Comment

2 Comments

  1. takutnya,macam2 wabak ada sekarangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sekarang ini banyak penyakit baru yang muncul. Kena ambil langkah-langkah berjaga.

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)