Sekarang ni, ramai yang mencari vaksin influenza di sekitar Bangi & Kajang. Sampai habis semua stok vaksin di klinik swasta.
Beberapa hari lepas, KKM ada maklumkan sebanyak 40 ribu dos vaksin Influenza telah diagihkan ke hospital dan klinik swasta pada 7 Januari 2020. Vaksin di fasiliti KKM ini hanya ditawarkan kepada golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza berdasarkan penilaian klinikal pakar yang merawat.
Vaksin ini juga turut diberikan kepada anggota barisan hadapan KKM yang terdedah kepada risiko jangkitan ketika mengendalikan pesakit.
Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza, boleh mendapatkan suntikan tersebut di fasiliti kesihatan swasta. Part ini yang ramai orang "membawang" di media sosial.
"Tak patut la KKM sarankan orang pi ambil Vaksin di klinik swasta. Bukan semua orang mampu nak bayar" balas salah seorang netizen dalam ruangan komen.
Apa tindakan yang boleh kita ambil selagi belum terkena Virus Influenza ni?
Mula-mula, kita perlu faham yang Virus influenza ini disebarkan melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti influenza bersin atau batuk. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan pada permukaan-permukaan yang tercemar.
Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti dibawah:
- Elakkan berjumpa dengan rakan/saudara atau pergi ke tempat awam jika tidak perlu.
- Kalau terpaksa keluar juga, gunakan penutup hidup.
- Kalau bersin atau batuk, gunakan tisu untuk tutup bahagian hidung dan mulut. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang.
- Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer.
- Elak berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
- Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
- Amalkan cara hidup sihat.
Baca : Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan
Kepada yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam atau tidak bertemu dengan orang lain.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.
Doa Minta Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Kata Ustaz Farid Rashidi,
Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau. Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga. Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan.”
Begini bunyi doanya:
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]
Semoga doa minta elak dan dijauhkan segala penyakit wabak influenza ini bermanfaat untuk semua.
Baca :
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi kami melalui Whatsapp
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)