Cara Elak Influenza Dan Kuatkan Imun Badan

Cara Elak Influenza Dan Kuatkan Imun Badan
Cara Elak Influenza Dan Kuatkan Imun Badan

Sejak kebelakangan ini, ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit akibat influenza. Hari ini, kami nak kongsikan beberapa perkara yang perlu pembaca tahu tentang influenza ini.

Apa itu Influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Bagaimana nak tahu simptom gejala Influenza?

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :
  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
  • Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.
Bagaimana Cara Influenza Merebak?

Bagaimana Cara Influenza Merebak?

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)

Apakah Rawatan yang Khusus bagi Pesakit yang Terkena Influenza?

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Cara Mencegah/Elak Influenza?

  1. Sekiranya mengalami gejala demam dan batuk, segera dapatkan rawatan dari doktor.
  2. Elakkan berjumpa dengan rakan atau saudara mara atau pergi ke tempat-tempat awam. Sebaiknya, rehat sahaja di rumah.
  3. Pakai penutup hidung jika terpaksa berada di tempat awam.
  4. Tutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  5. Kerapkan basuh tangan dengan air dan sabun selepas batuk atau bersih, selepas menyentuh hidung, mulut atau mata. Cecair hand sanitizer juga boleh digunakan.
  6. Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
  7. Pastikan tempat kita itu ada pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
  8. Bersihkan lantai dan meja yang tercemar.
8 Tips Langkah Pencegahan Influenza

Bagaimana Virus Influenza Berjangkit?

Baca : Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan




Post a Comment

0 Comments