Beberapa hari lepas, kami ada berborak pasal wajah orang nampak lebih muda dari usia sebenar. Siap boleh compare dengan orang-orang yang kita kenali. Even Amir sendiri pun, rambut semakin banyak uban walaupun umur baru 25 tahun (Uhuks).
Bila ditanya, kenapa wajah mereka nampak lebih muda berbanding umur?
Dua jer jawapannya iaitu
tabiat pemakanan dan aktiviti harian seperti bersenam atau bekerja dalam pekerjaan yang dia minati.
Benda ni semua ada dibuat kajian oleh Becca R. Levy, Professor di Bidang Sosial Psychologist dari Yale University. Beliau merupakan ketua bahagian penyelidikan tentang
Pengaruh Umur terhadap Phycology, dimana tahap kesihatan seseorang bergantung kepada pemikiran mereka sendiri. Menarik bukan?
Secara ringkasnya ialah orang yang bersikap
negatif, mereka merasakan diri mereka "
tua" sebelum usia bermula dalam pemikiran mereka dulu. Dan ia memberi kesan kepada gaya hidup mereka seperti malas nak makan ubat, malas bersenam, stress dengan kerja, dan rasa semua benda tak kena.
Kajian menunjukkan orang
negatif ini berpotensi
diserang sakit jantung 2 kali ganda berbanding dengan orang positif. Malah bukan itu sahaja, penyakit-penyakit lain juga mula menyerang disebabkan daya pemikiran mereka sendiri.
Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam selalu diberi pesanan tentang berfikiran
positif dan sentiasa bersangka baik. Fikirkan apa yang boleh kita lakukan terhadap keadaan yang berlaku. Sebab setiap benda yang berlaku itu, kita tidak boleh ubah. Yang boleh kita ubah adalah cara penerimaan kita.
Bak kata Prof Muhaya,
"Keadaan + Tindak balas/respond = Hasil positif/negatif. Kita tidak boleh ubah keadaan yang berlaku, sebab itu semua takdir Allah. Apa yang boleh kita buat ialah bagaimana untuk kita bertindak atas kejadian yang berlaku itu.
Kalau kita berfikir positif, maka hasilnya ialah positif. Kalau kita berfikir negatif, maka hasilnya ialah sebaliknya"
Sumber : Buku Telomere Effects, muka surat 36
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)