5 Mitos Sewaktu Kehamilan

5 Mitos Sewaktu Kehamilan
5 Mitos Sewaktu Kehamilan
1. Bentuk perut anda menentukan jantina bayi anda. Perut nampak rendah rendah = bayi lelaki, tinggi = bayi perempuan.

Fakta:
Semakin kerap hamil, semakin kendur otot perut anda. Jadi, jika perut lebih tinggi, ia mungkin bermakna wanita itu mempunyai otot perut yang kuat atau ia kehamilan pertama.

2. Kadar denyutan jantung bayi boleh meramalkan jantina bayi dalam kandungan. Denyutan laju = bayi perempuan. Denyutan perlahan = bayi lelaki.

Fakta:
Kadar normal denyutan jantung bayi dalam kandungan ialah antara 120 hingga 160 denyutan seminit. Tiada kaitan dengan jantina.

Baca : 13 Fakta Kehebatan Penyusuan Susu Ibu

3. Jika wanita itu bermuka bulat atau banyak jerawat, dia hamil bayi perempuan.

Fakta:
Bentuk muka dan keadaan kulit semasa kehamilan dipengaruhi oleh beberapa faktor lain, seperti diet dan genetik.

4. Makan makanan pedas semasa hamil menyebabkan bayi buta.

Fakta:
Makan makanan pedas semasa kehamilan adalah sangat selamat tetapi mungkin akan menyebabkan pedih ulu hati.

Baca : Testimoni Set Menyusu Shaklee

5. Jika ibu selesema, ia boleh menjangkiti bayi di dalam kandungan.

Fakta:
Selesema ibu tidak akan membuat bayi sakit. Plasenta melindungi bayi dari jangkitan.

Mitos mana yang anda selalu dengar? 😁

Post a Comment

0 Comments