November 15, 2020

Tawakkal dalam Usaha

Alhamdulillah sedang elok habis kelas dengan team OPE Aeinna Musa , tengok orang dah mula potong rumput. 

Dari kecik lagi Nad memang suka tengok orang potong rumput. Ralit! 

Abah ambik kontrak bersih bangunan macam sekolah etc. So ada pekerja yang potong rumput juga. Bila nak potong rumput kat laman rumah, Abah akan panggil pekerja dia or Abah potong sendiri. Dulu-dulu zaman bilah dia besi lagi. 

Nad membesar di kampung. Rumah ada tanah. Ummi tanam pokok bunga kertas banyak. Ada pokok pauh, kelapa, cermai. So salah satu impian dan dalam minda Nad bayangkan nak beli rumah yang ada laman jugak. 

Tak sangka, Allah izinkan beli rumah teres (bukan banglo) end lot yang ada laman. Haza min fadhli rabbi. Nad tak hebat. Yang hebat tu Allah. Dia izinkan. Tak tahulah lepasni Allah nak tarik balik ke apa. Semuanya milik Dia.

Tapi, jangan takut berimpian. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Kaya. Dia boleh beri segala yang kita nak kalau Dia berkehendak. 

Kita just berserah (tawakkal - dengan hati bukan mulut saja), dan usaha. Usaha ikut cakap mentor. But don’t depend on yourself. 

That’s why ada tawakkal dalam usaha. 

All the best untuk semua yang sedang mendaki tangga kejayaan. Kalau tak berjaya sekalipun, moga journey itu jadi sesuatu yang membina diri anda to a better you ❤️

Location: 104, Jln Puisi 1/4, 43000 Bangi, Selangor, Malaysia
Next
This is the most recent post.
Older Post

2 comments:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.