Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020

 Sekarang ini, tengah hangat diperkatakan mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung selama beberapa minggu. Upacara Pembukaan Sukan Olimpuk Tokyo tidak seperti sukan yang lain kerana upacara ini tidak meriah dengan 68,000 tempat duduk kosong. Malah ada wakil yang dilucutkan dari negara-negara pesaing atas beberapa faktor.

Semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini berjalan, mari kita lihat beberapa fakta yang boleh buat anda tertarik dengan keunikkannya tersendiri yang merupakan sukan Terbesar di Dunia yang melibatkan ratusan negara.

1. Berapakah bilangan atlet yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo? 

Menurut senarai atlet di laman web Olimpik, seramai 11,656 atlet mengambil bahagian dalam Sukan tahun ini, dari Katrine Aalerud (penunggang basikal Norway) hingga Sylwia Zyzanska (pemanah Poland). 

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Pembawa bendera Sofya Velikaya mengetuai Jawatankuasa Olimpik Rusia semasa Majlis Perasmian. (Mike Blake / Reuters)

2. Berapa banyak negara yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo?

Para atlet berasal dari 206 negara, termasuk Pasukan Olimpik Pelarian IOC, yang terdiri daripada 29 atlet yang telah dipindahkan dari negara asalnya kerana konflik atau bencana alam.

Yang menariknya, Jawatankuasa Olimpik Rusia menghantar 335 atlet, tetapi mereka tidak bertanding di bawah nama "Rusia" tetapi sebagai "ROC" - Jawatankuasa Olimpik Rusia - dan disebabkan nama penuhnya panjang, maka di signboard mereka hanya tertulis ROC sahaja.

Bahkan Bendera Jawatankuasa (dengan simbol tiga api yang terbang di atas cincin Olimpik) dikibarkan dan dipamerkan sebagai pengganti bendera Rusia, yang merupakan sebahagian daripada kejatuhan skandal doping sistematik (penipuan ujian doping).

3. Berapa banyak acara dan pingat yang ada di Sukan Olimpik Tokyo

Sukan Olimpik menampilkan 339 acara dalam 33 sukan. Dianggarkan lebih 5,000 pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan kepada pemenang. Dimaklumkan ada pingat dalam 47 acara trek dan padang, merupakan sukan yang paling banyak penyertaan.

4. Negara manakah yang mempunyai kontinjen atlet Sukan Olimpik Tokyo terbesar? 

Amerika Syarikat mempunyai kontinjen atlet Olimpik terbesar dengan 657, diikuti oleh tuan rumah Jepun dengan 615. Pasukan A.S. diketuai oleh pembawa bendera Sue Bird (bola keranjang) dan Eddy Alvarez (besbol) semasa Majlis Perasmian.

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Pembawa bendera Sue Bird dan Eddy Alvarez dari ketua pasukan USA

5. Negara manakah yang mempunyai kontinjen atlet Sukan Olimpik Tokyo terkecil? 

13 negara hanya menghantar dua atlet ke Olimpik tahun ini iaitu Andorra, Bermuda, Brunei, Republik Afrika Tengah, Dominica, Lesotho, Kepulauan Marshall, Mauritania, Nauru, Saint Kitts dan Nevis, Somalia, Sudan Selatan dan Tuvalu. (Mesti ramai yang tak pernah dengar beberapa negara ni kan?)

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020

6. Acara Sukan Olimpik Tokyo mana yang paling ramai atlet? 

Trek dan lapangan mempunyai atlet Olimpik terbanyak, 2,176 daripadanya mewakili 200 negara dan bersaing untuk memperoleh pingat dalam 47 acara. 

7. Acara Olimpik mana yang menampilkan atlet paling sedikit? 

Dengan hanya 19 pesaing, berbasikal gaya bebas BMX mempunyai atlet paling sedikit di Olimpik.

Bagaimana pula dengan Team Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo?

Bagi Sukan Olimpik Tokyo kali ini, Malaysia telah menghantar 30 orang atlet ke sana untuk bertanding dalam 8 acara sukan termasuk badminton. Malah, team Malaysia menarik perhatian ramai pihak sewaktu acara perarakan dimana baju yang dipakai kelihatan segak seperti pahlawan dan manis seperti bunga!

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020

Fakta Mengenai Sukan Olimpik Tokyo 2020

Busana yang dipakai kontinjen negara itu diinspirasikan daripada persalinan pemakaian Hang Tuah dalam segi penggayaan dan suntikan elemen segar dari corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas. 

Tatacara pemakaian adalah lengkap bertanjak, baju sikap dan samping berbaju Melayu yang melambangkan kejituan rasa cinta kepada Malaysia dan baju kebangsaan. 

Persalinan wanita pula yang lengkap berdokoh dan berselendang membiaskan identiti Malaysia yang kaya dengan budaya tersendiri. Berdasarkan corak geometrik berasaskan segi tiga ataupun chevron, ia memberi kesan rangsangan arah tuju yang jelas mencapai matlamat pingat yang terbaik untuk negara. Rekaan pakaian terbabit adalah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

Bangga kan kita sebagai rakyat Malaysia apabila banyak negara memberi perihatian kepada negara Malaysia yang tercinta ini 

Senarai Atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020




 


Post a Comment

1 Comments

  1. Masa perarakan tu memang tertunggu perarakan dari Malaysia, seronok nampak bila mereka menggayakan busana tu, cantik.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)