October 17, 2015

Rahsia Mengeluarkan Hingus Bayi Secara Cepat dan Efektif

Assalamualaikum semua.

Kali ni Nad nak share bagaimana cara mengeluarkan hingus baby dengan pantas dan efektif!



Ceritanya begini,

Bulan lepas Ziyani yang berusia 3 bulan mengalami selesema.

Apa yang Nad lakukan ialah..


JIKA HINGUS TIDAK BANYAK:

Sedut guna nasal aspirator ni.


Nad suka nasal aspirator ni sebab senang sangat nak sedut hingus baby.

Tapi kalau hingus jenis yang susah nak sedut dan banyak, guna nasal aspirator pun tak menjadi. Jadi boleh HEMBUS GUNA MULUTNYA.

Caranya:

1. Baringkan baby tanpa bantal contohnya atas katil
2. Kita melutut di tepi katil
3. Make sure baby menangis dulu sebab mulut dia kena terbuka luas dan lidahnya ke bawah, bukan ke atas
4. Hembus dengan kuat dan cepat (1 saat) di mulut baby ***make sure pipi kita tak menutup hidung baby ya! -- macam orang buat CPR tu tapi tak tutup hidung
5. Hingus akan keluar dari hidung baby. InshaAllah :)

Seperti gambar ni tetapi TAK TUTUP HIDUNG BABY ya :)


Cara ni Confinement Lady yang ajar. Nad tak berani buat sebab takut baby sakit. Hihi. Tapi sebenarnya tak pun. Biasanya baby kalau menangis sekejap sebab terkejut. Lepastu hingus dah keluar dia akan lega. Nad minta Encik Gajah hembuskan.


SELAMATKAH HEMBUS DI MULUT BABY?

Nad ada bertanya pada kawan-kawan doktor. So far 3 orang doktor kata ok je. Lagipun kata salah seorang doktor tu, baby actually bernafas melalui mulut. Sekarang dalam fasa peralihan bernafas melalui hidung. So kalau hidung tersumbat pun tidak perlu risau.

Cumanya baby tak lena tidur. Tu yang kena hembus juga tu ;)

So far apply kat Ziyani memang efektif sangat. Dalam 3 hari hingus dah tak ada. Alhamdulillah.

Cubalah :)

Selain itu, apa yang Nad buat ialah Nad amalkan Vita C Shaklee setiap hari untuk memperkuat imun Nad dan baby sebab Nad menyusukan Ziyani. Bila baby atau Nad sendiri demam / selesema / batuk, Nad akan naikkan sedikit dos Vitamin C sebab masa kita tak sihat, badan kita perlukan lebih Vitamin C. Alhamdulillah kalau tak sihat pun, tak melarat lama.

Vita C Shaklee ni lain dari yang lain sebab ianya Sustained Release. Maksudnya 500mg dalam 1 tablet tu tidak dilepaskan terus semuanya apabila kita makan. Tetapi dilepaskan 100mg setiap jam! Sebab badan kita cuma boleh serap 100mg Vitamin C sahaja dalam 1 masa. Next hour boleh serap another 100mg dan begitulah seterusnya.

Jadi kalau anda beli Vitamin C 1000mg sekalipun tetapi tiada Sustained Release ini, 100mg sahajalah yang diserap oleh badan anda. Lagi 900mg akan dibuang oleh tubuh dan masuk dalam air kencing. Tidakkah membazir tu? Nauzubillah.

Sebab itulah Vita C Shaklee memang sentiasa dicari-cari oleh mereka yang mementingkan kesihatan :) Beli yang 500mg, serap 500mg juga inshaAllah!


012-229 5680
Nad

4 comments:

  1. Yana ada nasal aspirator tu. Tp bila bab menyedut, mmg tak boleh. Suruh hubby buatkan. Itupun duduk jejauh, takleh dengar bunyi sedut2 tu, huhu!

    ReplyDelete
  2. Nak try la nanti...sabreena slalu jgk selsema...tp vitamin C tu belum pernah up kan dos dia...

    ReplyDelete
  3. Macam mana caranya tu..tk leh nak imagine lg hahaha...amikla pic plss sebab Noah mmg tgh flu ni...hmm

    ReplyDelete
  4. Nk tny..nasal aspirator mcm dlm gambar tu brand ape..mn nk cari.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...