October 21, 2015

Produk Shaklee Tidak Diuji Ke atas Haiwan


Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia. Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee.

Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing, agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.

Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan. Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami. Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami pada masa itu.

Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004. Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata. Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.

1 comment:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...