October 05, 2015

Topeng Jerebu Yang Betul Dan Cara Pakai

Assalamualaikum semua.

Harini dan esok, sekolah tutup sebab jerebu teruk. So Abang Zahin tak pergi sekolah. Duduk di rumah je.

Nad perhatikan, ramai yang masih confuse topeng apa yang sesuai digunakan ketika jerebu.

Kalau belum tahu lagi, SURGICAL MASK TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGHINDARI BAHAYA JEREBU!

Surgical Mask yang TIDAK sesuai untuk jerebu!

Surgical Mask (Topeng Pembedahan) tidak sesuai digunakan untuk jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak, atau hingus si pemakai dari tersebar ke udara ketika batuk ataupun bersin. Bukannya melindungi si pemakai dari pencemaran udara :)

Ia tidak mampu menapis partikel halus jerebu yang berukuran 2.5 mikrometer! Ia juga tidak melekap pada muka, jadi udara tak bertapis akan melalui celah-celah antara topeng dan muka.

Topeng yang betul untuk jerebu sebenarnya ialah..

Topeng N95 ialah topeng yang sesuai untuk jerebu

Topeng pernafasan N95 (respirator) ini telah mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer.

Ia melekap pada muka, lalu menghalang udara tercemar masuk ke dalam sistem pernafasan kita. Ia akan ditapis oleh topeng N95 ini dahulu!

CARA PEMAKAIAN TOPENG JEREBU N95
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
 Harap semua alert ya!

012 229 5680 Nadiah Suhaidi Your Certified Shaklee Product Trainer :)

3 comments:

  1. Tengok ada anak murid pakai, comel je, sebab topeng tu jadi terlalu besar dengan dia, hihi. Comel!

    ReplyDelete
  2. oooo Kak Pia pun baru tahu.

    Jom join giveaway kat blog kak pia :D

    ReplyDelete
  3. Ramai yg pakai topeng surgical tu....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...