August 24, 2017

5 Faktor Kulit Menjadi Kusam

Assalamualaikum para pembaca blog Nad, semalam Nad diberi kesempatan untuk pergi buat rawatan terapi di Hannan MediSpa Bangi. Ni kira 2nd time buat rawatan ni, sebelum ni Nad buat sebelum nak kahwin sebab nak kasi naik seri masa atas pelamin. Hehe

Banyak juga yang doktor tu kongsikan dengan Nad tentang penjagaan kulit ni. Diberi kesempatan hari ni, Nad nak kongsikan 5 Faktor Kulit Menjadi Kusam sebagai panduan pada kita semua.

1. Anda tidak melakukan cukup EKSFOLIASI

Mungkin menurut kajian, kita perlu mencuci muka dua kali sehari. Ia merupakan rutin yang cukup bagi melindungi kulit muka. Namun, ada satu langkah penting yang harus ditambahkan, iaitu eksfoliasi atau pengelupasan. Berdasarkan penelitian dari Dr Kenneth Howe, seorang dermatologis di Wexler Dermatology, penyebab utama kulit muka menjadi kusam adalah kekeringan.

Jadi, Eksfoliasi dapat membuatkan kulit muka menyerap lebih baik apabila produk pencuci muka dipakai oleh pengguna. Just nak remind cara menjaga kulit baru dengan baik, ialah dengan menghindari keradangan atau radiasi dari matahari secara direct.

2. KURANG KELEMBAPAN

Apabila melakukan eksfoliasi, kulit baru akan memerlukan kelembapan. Dengan menggunakan pelembap, kita dapat mengisi celahan yang ada dengan lipid, sehingga menghilangkan keregangan antara sel kulit dan membuat permukaan kulit menjadi halus dan nampak bersinar/berseri.

Beberapa pakar kulit menyarankan untuk memakai pelembap dengan bahan-bahan seperti ceramides. Ceramides dapat membantu memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan kadar air, dan juga dapat meratakan air ke seluruh permukaan kulit.

3. KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Jika badan kita dehidrasi, itu juga mampu mempengaruhi kulit kerana aliran darah akan berkurangan dan menjadi lebih pekat. Ini dapat dilihat pada muka kita yang menjadi pucat. Ramai diantara kita beranggapan bahawa ia hanyalah masalah kecil tetapi dalam masa jangka panjang, ia akan menyebabkan sel-sel kulit tidak sihat.


4. STRESS
Jika semua rawatan kulit dari luar telah dilakukan, tapi masih tidak memberi perubahan besar, mungkin masalahnya bukan di dalam tubuh, Tetapi ia datang dari fikiran (Stress) . Stress boleh menyebabkan peningkatan kortisol, yang mempengaruhi aliran darah ke kulit dan memperbaiki kulit. Rasa marah, Frust dan kecewa adlaah antara perasan atau emosi yang memberi effect kurang baik.

5. KURANG TIDUR
Faktor kekurangan tidur yang berkualiti juga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kusam. Ini kerana tidur itu adalah waktu rehat bagi tubuh badan, ketika itu sel-sel kulit akan diperbarui. Kesan ketara yang paling mudah ialah lingkaran mata menjadi gelap, kulit pucat, kering, bersisik, dan penghasilan minyak pada muka, serta pengelupasan kulit. Sekarang kita sudah ada alasan yang baik untuk tidur lebih awal setiap malam.

1 comment:

  1. Terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://idblackwalet.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...