August 11, 2017

Percutian Percuma Shaklee 2017 ke Jepun: Hari 1

Layak 2 Tiket ke Percutian Percuma Shaklee 2017 ke Jepun


Pada 13 - 20 Mei 2017 haritu, Nad dan Ummi dihadiahkan Percutian Percuma ke Jepun yang ditaja oleh Shaklee. Alhamdulillah. Dapat belanja Ummi sempena Hari Ibu :)

Suka dan excited sangat nak pergi Jepun sebab Nad memang minat tengok anime sejak dari di UTP lagi. Terpengaruh dengan Encik Gajah yang kini dah jadi suami Nad hehe. So Nad tahu la jugak sikit-sikit Bahasa Jepun asbab tengok anime. Cara cakap diorang memang lembut dan comel je :)

 

Persediaan


Sebelum ke Jepun, Shaklee bekalkan kami dengan Winter Jacket dan Baju Lengan Panjang Shaklee ni :) Semestinya warna hijau!

Winter Jacket dan Baju Lengan Panjang yang dihadiahkan oleh Shaklee kepada kami

Mula-mula susah juga nak pujuk Ummi ikut pergi luar negara. Especially sebab tak bawak Abah sekali. Hihi. Ummi tak pernah travel jauh tanpa Abah. Anaknya ini yang bawa akhirnya. Haha.

Abah ok je, cuma Ummi suka fikir macam-macam. Akhirnya dengan cara pujukan halusss anaknya yang bijak (haha) dan tanpa kenal putus asa ni, akhirnya Ummi setuju untuk ikut :D

Tak lah, Allah yang bukakan pintu hati Ummi sebenarnya :)

Kali ni Nad memang nak bawak Ummi pula rasa FREE Trip Shaklee sebab sebelum ni 2 trip oversea, dah bawa Mak Mentua (US - 2014), dan Ayah Mentua (US - 2016).

Alhamdulillah ada rezeki kita bawa family kita merasa sekali. Bukan keluar duit punnn. Hihi.

 

Hari Pertama: 13 Mei 2017


Sehari sebelumnya, Ummi dan Abah sampai dari Besut. Kak Chik (adik ke-4) datang dari Kuantan. Hatim (adik ke-3) datang dari KL. Pakat nak ngantor kami. Hehe.

Abah, Ummi, Nad, Kak Chik, Hatim, dan Mak Mentua. Ramai bebenor mengantor nye. Hehe

'Kembar' Nad ni pun sending us off. One of my downlines yang sangat dedicated dengan bisnes ni :)

Incentive Trip ni sebagai rewards kepada Leaders yang score certain points dalam masa setahun. Dalam Incentive Trip ni semua ditanggung!


Yang bestnya, Shaklee kasi duit poket lagi. Hihi.

Sambil menunggu nak boarding

Kami naik Thai Airways kali ni. Ni makanan dalam flight.

Ada juga yang naik Singapore Airlines, yang mana dari utara kalau tak silap. Kami dari KLIA naik Thai Airways.

Kami transit di Suvarnabhumi Airport, Bangkok. Tapi tak ambik gambar sebab terkejar-kejar nak solat.

Akhirnya sampai di Chubu International Airport, Nagoya. Alhamdulillah.

Lepas dah lalui Imigresen semua, akhirnya boleh berehat jap lurus-lurus kaki. Hehe.

Suruh Ummi posing :P

Selepas sedikit taklimat, kami diberi Box Breakfast untuk makan di airport. Sebab lepasni nak jalan terus.

Box breakfast :)

Makanan pertama kami di Jepun :) Onigiri (rice ball), Green Tea, dan Pisang

Pisang je yang Nad habis. Paling tak boleh telan, Green Tea tu. Hihi. Memang tak biasa :D

Takde air nak minum, baru perasan mesin air canggih kat situ. Jepun kan terkenal dengan kecanggihannya kan. Tapi tak terambil gambar pula hihi.


Toki Premium Outlet


Naik baik bas, tukar simkad yang dah dibeli siap-siap di Malaysia. Nad guna Simkad Hello1001. Memang relieable! Boleh update gambar kat family dan kawan-kawan di Malaysia setiap masa hihi.

Destinasi pertama kami di Jepun ialah Toki Premium Outlet. Haa, Shaklee memang nak suruh perabih duit dulu la ni ek. Haha.

Dah tiba ke Toki Premium Outlet :)

Tapi sebelum tu kami dibawa solat dulu :) Di sana takde tempat solat khas, tapi Shaklee request dengan pihak Toki Premium Outlet untuk sediakan tempat solat, yang mana ialah tempat private. Mereka bawa sampai ke toilet, tunggu kami ambik air sembahyang, dah siap, usher pulak sampai ke sebuah hall yang tak berapa kecil untuk kami solat jemaah. Orang Jepun memang terkenal dengan kesopanannya kan :)

Kat sini niat takdelah nak shopping sangat pun. Banyaknya cuci mata. Nak beli kat orang jauh, tak berkenan pulak. Haha.

So kita jalan-jalan ja.





Dalam banyak-banyak benda, ini yang Ummi berkenan! Hehe

Dalam tak nak shopping tu, akhirnya terbeli jugak kasut Sketchers 2 pasang hihi. Murah, selepas dikira-kira, sepasang kasut jadi harga RM 170. Ok lah kan, dari beli kat Malaysia RM 300 lebih :D Teruih pakai esoknya! Hehe.

Dah penat membeli belah (lah sangat haha), naik bas Shaklee bawa kami ke hotel untuk berehat.Untuk 2 malam pertama, Shaklee belanja hotel 5 bintang yang pernah orang-orang kenamaan menginap termasuk Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah.

Hotel apakah itu? Namanya Hotel Suimeikan di Gero. Gero ni di kawasan luar bandar, di kawasan bukit-bukit gitu. Sepanjang perjalanan, kami dapat saksikan pemandangan yang sangat cantik. Sungai bersih! Masa tu baru Nad terbuka mata yang Jepun ni sebuah negara yang hijau, yang jaga alam sekitar. Selama ni duk fikir Jepun ni canggih-canggih je hehe.

Suimekan Hotel, Gero


Akhirnya setelah dalam 2 jam perjalanan,sampailah kami ke hotel pertama kami di Jepun.

Fuh sampai juga akhirnya ke hotel!

Sebelum dapat masuk bilik, pi ambik kunci bilik dan Yukata (pun Shaklee belanja. Hehe).

Hotel ni ada onsen iaitu kolam air panas semulajadi. Tu yang buat dia mahal dan eksklusif.



Mula-mula masuk, tiada katil kelihatan, yang ada macam ni saja

Tepi tingkap besar :)

Kalau pergi trip Shaklee ni, tak sah kalau takde surprise!

Masuk je bilik ternampak 2 bungkusan comel ni. Apa agaknya kat dalam tu?

Surprise pertama dari Shaklee
Surat cinta dari Presiden Shaklee Malaysia :D

Dapat Instant Protein Assortment Pack! Ada 6 perisa berlainan. Kat Jepun je ada ni. Produk ni lebih kurang macam ESP di Malaysia. One of my favourite!

Rehat-rehat kejap, lepastu kena bersiap untuk dinner pula!

Kaiseki Dinner (Fine Dining)

 

Untuk Kaiseki Dinner ni, kami kena pakai Yukata yang telah disediakan oleh pihak hotel di bilik kami. Cara nak pakai, Google ja. Hehe.

Antara yang terawal sampai hihi

Ummi dah ready nak makan dah :) Bersimpuh lah kita sopan-sopan ye

Shaklee :)



Bersambung di entry seterusnya :)

3 comments:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...