November 09, 2017

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia 

Buat pengetahuan pembaca, tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. Ia sentiasa membina semula diri mereka dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah bergantung kepada betapa aktifnya badan kita dan betapa baiknya kita membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang.

Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun. Jika kita leka membiarkannya, ia boleh membawa kepada osteoporosis, satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah. Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari.

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia
5 Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia 

1. Osteoporosis dan Osteopenia menjejaskan 75% daripada wanita dalam populasi penduduk Asia.

2. Wanita kehilangan separuh jisim tulang mereka dalam 5-10 tahun yang berikutnya di penghujung menopause.

3. Lebih 1.5 juta kes patah tulang berlaku setiap tahun disebabkan osteoporosis.

4. 1 dalam 5 orang lelaki berusia 50 tahun ke atas mengalami patah tulang akibat Osteoporosis

5. 1 dalam 3 orang wanita patah tulang disebabkan Osteoporosis.
Siapakah yang menghadapi risiko kerapuhan tulang?

Siapakah yang menghadapi risiko kerapuhan tulang?
  1. Wanita
  2. Genit
  3. Orang Asia
  4. Sejarah keluarga berpenyakit Osteoporosis
  5. Penghisap rokok
  6. Pemabuk
  7. Kurang aktiviti fizikal
  8. Pintasan Gastrik
  9. Paras Testosterone rendah
  10. Paras tiroid tinggi

Apa yang boleh kita buat untuk mengelakkan penyakit Osteoporosis ini?

1. Kita Bersedia Lebih Awal
Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada usia sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk anda buat persedian ketika anda masih muda.

2. Lakukan Senaman Menahan Berat
Senaman yang menahan berat meningkatkan ketumpatan tulang-tulang  anda kerana tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan tekanan. Pertimbangkan angkat berat badan, berjalan kaki, berlari, mengembaa berjalan kaki, menari dan bermain tenis

3. Buat Pilihan Yang Sihat
Jangan merokok, kekalkan berat badan yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.


Buat yang berminat nak tahu tentang Supplement apa yang sesuai untuk tulang.
Bole la klik senarai link di bawah
  1. Vitamin Yang Bantu Bangun Awal
  2. Kepentingan Kalsium Dalam Diet Harian & Osteoporosis
  3. Senarai Harga Produk 2017

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

  1. wah info terbaik ni mengenai tulang, sekarang ni baru tau... TQ TQ.. wah duk Bangi ek boleh order nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...