January 24, 2018

Trip Ke Krabi Dengan Kereta Part 2

Hari Ketiga (18 Dec 2017)

Aktiviti kami pagi2 ialah melepaskan anak2 untuk bermain di playground + swimming pool kat hotel jer. Semalaman kepenatan duduk dalam kereta hampir 1 hari, jadi kami semua decide bagi anak2 rehat sambil bermain.

Ada anak kawan yang dah pi terjun kolam jam 8 pagi lagi. Hehe. Anak2 kami kira lambat skit nak bangun, dalam kul 9 lebih baru siap2 nak mandi kolam. Itu pun lepas paksa makan skit bfas (masak nasi goreng pakai brahim's jer).


Nad share gambar2 sekitar kolam yang di ambil Encik Gajah. Hp masuk siap2 dalam porch plastik beli masa g Gambang Resort Awal bulan aritu. Takde la takut sangat masa tercelup dalam air kolam tu. Maklumlah, hp pun baru jer beli. Hehe











Kanak2 ni kami bagi can mandi sampai pukul 12 tghari. Sebab nak keluar pi lunch kat tepi pantai, ala2 picnic gitu. Nad pun duk terbayang, mana ada orang nak picnic tengah2 ari ni kan?

Ternyata sangkaan ku silap..hehe


Ini lah tempat kami berkelah untuk lunch. Pantai ni dipanggil Noppharat Thara Beach. Bersebelahan dengan Ao Nang Beach. Masa kami sampai, xde orang berkelah lagi. Kira kami group pertama yang berkelah dibawah pokok2 yang rendang ni.



Kami mula mencari port nak bentang tikar
Makanan hanya perlu beli kat gerai seberang jalan. Dan mereka bagi pinjam tikar untuk berkelah. Makanan yang diorder akan dipanaskan atau dimasak sebelum mereka sendiri akan hantar ke kami. Bes kan?


Makanan yang dah siap digoreng atau dibakar. Harga dari 10baht utk 1 cucuk
Alhamdulillah juga time ni, cuaca panas tapi tak bahang. Badan tak berpeluh sangat. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Kawan kami ada yang masak nasik siap-siap, bawa ke sini. Tinggal order lauk ja. 

Gerai ditepi jalan ni ada menjual ayam bakar, ikan bakar, tomyam etc.


Pemandangan sekitar pantai. Ni kira sebalik tebing pantai sebenarnya.


Ummi menjamu selera


Nasi Goreng Udang yang sedap
Chicken slice ni hanya 10 baht. Feveret Ziyad


Barisan driver untuk trip kami

Selepas kenyang makan, kami diberi masa untuk bergambar di tepi pantai & kanak2 dibenarkan untuk main juga. Ada yang main bola, ada juga yang ralit tangkap ketam. Hehe. Seronok tengok gelagat diorg.



Anak Bujang Zahin 
Bergambar bersama Ummi & Che Teng




Gambar kami bertiga


Anak dara moody sebab abang2 nak main bola dia. Hehe


Tangkap ketam


Cubaan menangkap ketam


Lepas cara bermain di pantai lebih kurang 40 minit. Kami pun terus bergerak untuk mencuci mata di area Ao Nang Beach. Aktiviti kali ni dikira bebas dan set akan jumpa semula selepas 2/3 jam.


Nak masuk dalam area Ao Nang Street
Shopping bag comey-comey. Tapi Nad cari yang ada value Thailand. Beg baju yang kat atas kepala Nad tu 300 baht

Ao Nang Street, betul-betul tepi pantai




Comel je 😍 mainan budak-budak dari kayu. Boleh ketuk-ketuk.
Rehat sebentar selepas shopping


Team shopping kami. Duduk rehat sebentar sambil menunggu nak setelkan pakej nak naik Gajah
Encik Gajah plak tak minat sangat shopping, jadi dia tolong jaga anak bujang pi makan ais krem & jalan2 sambil tgk pakej nak naik Gajah. Masa ni, dah mula start ramai orang especially pelancong. Tapi rata2 nya yang kami nampak adalah orang M'sia. Hehe

Lebih kurang jam 5 petang, kami pun pulang ke hotel semula & anak2 dah excited nak pi terjun semula ke kolam renang. Hehe


Malam tu plak, macam biasa pergi cari makan kat pekan yang sama dan shopping di Pasar Malam di depan Masjid Ao Nang Al-Munuawarah.





Bergambar depan gerai-gerai di Muslim Aon Nang Street

Kami berulang shopping kat sini 😂 Harga barang lebih murah dari Ao Nang Street yang kat tepi pantai. Maybe sebab kos sewa kedai. Eceh tu pun nak analisa sekali 😆


Seller dia ramai jugak boleh cakap Melayu. Dan Muslim.


Cuma di pasar malam ni mungkin tak banyak pilihan barang. If nak beli t-shirt, beg, InshaAllah kat sini ada. Cuma kalau nak corak yang cantik lagi boleh cari di Ao Nang Street.

Cantik tak beg ni? Harga 140 Baht
Masjid Ao Nang Al-Munuawarah. 

Nampak tak gerai depan masjid tu? Situ jual makanan halal. Namanya Ao Nang Muslim Street.

Gerai Kebab
Salah satu gerai di Ao Nang Muslim Street. Panjang beratur nak beli kebab Krabi. Hehe.

Di Ao Nang Muslim Street

Pancake Milo
Anak bujang nak Pancake Milo - 30 Baht. Dia hadap sorang ja 😂
Adik-adik lain makan Chicken Tempura stick, Sosej stick, Chicken Barbeque. 20 Baht each.
Garlic Bread 10 Baht


Kalau nak makan kat kedai proper sikit, boleh jugak cari restoran depan sikit dari gerai-gerai tadi. Ada kedai kecik, ada kedai besaq.

Kedai yang kami makan malam ni nama Arnijj. Kedai kecik. Boleh cakap Melayu. Makanan ok sedap. Cuma mungkin lambat sikit servis dia walaupun tak ramai orang.


Lepas penang shopping malam tadi, Nad dan Ummi pergi foot massage. Juga dekat area Muslim Street tadi. Biasanya di sini boleh dapat harga 200 Baht saja. Standard 1 jam urut.

Tapi kami ambil yang 250 Baht punya, urut kaki plus leher dan bahu sekali.

Encik gajah & anak-anak tunggu kat restoran sebelah kedai urut ni sebab anak bujang nak tengok ikan dalam akuarium. Sempat la juga mereka makan supper lagi.

Insyaallah, nantikan sharing Nad untuk aktiviti seterusnya sebab kami nak naik Gajah plak. Hehe

KOS Day 3:-

1. Makan Lunch kat Noppharat Thara Beach : 400 baht
2. Makan Dinner & Supper : 800 baht
2. Shopping : Tak kira plak. :P














Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

2 comments:

Terima kasih atas komen anda :)