August 25, 2018

Polifenol dan Tahap Glukosa Sihat

Polifenol dan Tahap Glukosa Sihat
Kandungan Polifenol tinggi dalam ekstrak anggur

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna seperti warna daun/buah dan ia juga mampu melindungi tumbuhan dan buah dari penyakit.

Polifenol dan Tahap Glukosa Sihat
Struktur Molekul Phenol & Polifenol

Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. 

Kekalkan Tahap Glukosa Darah Yang Sihat.

Polifenol dan Tahap Glukosa Sihat
Check tahap glukosa darah yang sihat

Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang anda makan, serta berapa efektif badan anda menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel anda.

Semakin sihat tahap glukosa anda, semakin rendah risiko anda mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:

  1. Mengawalatur penyerapan glukosa. 
  2. Meningkatkan kepekaan insulin. 
  3. Merangsang rembesan insulin. 
  4. Meningkatkan proses penguraian glukosa.


Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)