Keistimewaan YOUTH Serum dari Shaklee

Serum ialah produk penjagaan kulit dalam bentuk gel atau losyen yang tidak pekat tetapi mengandungi kandungan bahan yang berkepekatan tinggi. Biasanya serum perlu digunakan sebelum pelembap atau topeng rawatan.

Berbanding serum lain, YOUTH Activating Serum adalah sangat istimewa.

10 Kali Ganda Kepekatan YOUTH Complex di Dalam Serum


Rahsia untuk mendapat kulit yang cantik dan kelihatan muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Kulit orang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu, dan berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia, keserian itu akan hilang kerana pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Jadi, bagaimana caranya untuk melajukan ia semula?

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih YOUTH bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit. Ini bermakna, YOUTH tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, tetapi juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex, bermaksud Youth Activating Serum mempunyai 10 kali ganda bahan aktif berbanding item lain di dalam rangkaian YOUTH. Ia membuatkan kulit kita membaharu dengan lebih laju dari biasa. Seperti kulit remaja :)

Youth Activating Serum semestinya produk yang sangat recommended dalam koleksi YOUTH.


10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex di dalam YOUTH Activating Serum


Baca juga:

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee
Apa itu YOUTH Complex dan fungsi setiap bahan di dalam YOUTH
Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare
Koleksi testimoni YOUTH Skincare



Berminat dengan YOUTH? Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami:


Post a Comment

1 Comments

  1. Suka sangat serum ni,

    Mudah menyerap,

    Tak melekit

    Rasa ringan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)