Kisah Ular Dan Gergaji

Kisah Ular Dan Gergaji
Kisah Ular Dan Gergaji

Ada sebuah kisah teladan dimana seekor ular masuk ke sebuah kedai kayu, dan ia menjalar sehingga ke sudut kedai sehingga ia ternampak gergaji. Ular ini cuba untuk mendekati gergaji tersebut sehingga ia terluka. Apabila ular ini terluka, ia sangkakan bahawa gergaji itu cuba menyerang.

Jadi, ular tersebut cuba "membunuh" gergaji tersebut sambil melilit dan mengigit mata gergaji itu. Kemudian, ia terasa bahawa makin lama ia berlawan dengan gergaji tersebut, gergaji tersebut seakan tidak berputus asa. Lalu dia mengetatkan belitan badan dengan segala kekuatannya.

Malangnya, ular itu mati terbunuh dengan sendirinya.

Apa yang cuba disampaikan dari kisah ini ialah Kadang-kadang kita bertindak balas dengan kemarahan, memikirkan untuk mencederakan orang yang mengkhianati/menyakiti kita, tetapi  sebenarnya kita menyakiti diri kita sendiri. Dalam kehidupan, kadang-kadang lebih baik untuk mengabaikan situasi, orang dan kesalahan. Kerana akibatnya berbalik pada kita diri kita sendiri.

Jum sama-sama kita cuba positifkan diri kita dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya, setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.

Post a Comment

0 Comments