Topik pada hari ini adalah Diabetes. Amir hendak kongsikan
Tanda dan
Gejala Diabetes kerana dalam keluarga Amir sendiri juga sudah ada yang
menampakkan tanda-tanda tersebut. Diabetes merupakan penyakit yang sudah
tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Ia juga dikenali
sebagai penyakit kencing manis.
 |
Punca utama penyakit diabetes adalah dari tabiat pemakanan. |
Diabetes banyak dihidapi oleh
orang tua namun tidak terkecuali orang muda. Ada doktor yang beritahu
pada Amir yang pesakit beliau ada yang berusia belasan tahun. Punca
utama adalah gaya pemakanan atau diet harian.
Amir kongsikan
laporan statistik mengenai pesakit diabetes dari tahun 2015 sehingga
2017. Angka yang ditunjukkan adalah sangat menakutkan sebab boleh kata 1
daripada 7 rakyat Malaysia.
 |
1 dalam 7 orang dewasa adalah penghidap diabetes |
Pada tahun 2015,
sejumlah 3.5 juta
atau 17.5% warga dewasa (18 tahun ke atas) negara ini didapati menghidap
penyakit diabetes (jumlah prevalen). Ini merupakan jumlah keempat
tertinggi penghidap penyakit itu di Asia. Dan dua kali ganda jumlah
prevalensi dunia iaitu 8.5% (Sumber: WHO 2014).
 |
Jumlah pesakit diabetes mengikut umur 2015 |
Jumlah pesakit
diabetes di negara ini didapati terus meningkat semenjak tahun 2006.
Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) , pada tahun
2006 terdapat 1.9 juta penghidap dewasa. Angka itu bertambah kepada 3
juta dalam masa 5 tahun pada 2011. Ini merupakan peningkatan daripada
11.6% pada tahun 2006 kepada 15.2% pada tahun 2011 dan 17.5% pada tahun
2015.
Apa yang lebih memeranjatkan adalah
separuh daripada jumlah
3.5 juta pesakit ini (9.2%) tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya
menghidapi penyakit tersebut.Sayangnya, ramai yang tidak
menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga ia menjadi kronik
dan mempunyai komplikasi jangka panjang.
Amir kongsikan juga
2 jenis penyakit diabetes yang utama :
Diabetes
jenis 1 : Diabetes ini memerlukan insulin sejurus selepas diabetes
dikesan dan individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya.
Diabetes
jenis 2 : Memerlukan rawatan ubat-ubatan pada peringkat awal untuk
mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar
dikawal oleh rawatan oral.
Apakah Tanda Dan Gejala diabetes?
Ada
beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai
gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun,
tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.
Tanda dan gejala diabetes adalah :
- Kerap membuang air kecil (Polyuria)
- Cepat penat dan lemah sepanjang masa
- Kerap dahaga (Polydipsia)
- Penglihatan kabur
- Kerap lapar (Polyphagia)
- Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki
- Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
- Luka lambat sembuh
- Berat badan turun mendadak
- Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
KesimpulannyaPencegahan
amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif
jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.
Bagi
mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar
menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah
sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jika perkara ini tidak diberi
perhatian dari awal, gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti
gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta
bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat
jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran
kencing.
Terima kasih kepada para pembaca kerana sudi baca sampai habis artikel yang amir kongsikan ini. Jum sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat bersama gaya pemakanan yang betul.
Mencegah itu lebih baik dari Merawat