Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS)

Buckle up!   Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan  kanak-kanak (CRS)


Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dengan penggunaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Hari ni kita sembang sikit antara cara guna sambil lewa yang bahaya kepada anak-anak anda walaupun sudah dipakaikan CRS.

Harness strap berpintal atau tidak digunakan dengan cara yang betul juga berisiko tau! Sentiasa lakukan “Pinch Test” semasa memakaikan CRS untuk memeriksa tahap kelonggaran harness.

Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS)
Semak samada harness strap anak kita kemas atau tidak

Kebiasaan saya bila lihat gambar anak rakan di FB, saya cuba teliti pada pemasangan harness atau slot harness sama ada berada terlalu tinggi atau pada kedudukan sepatutnya. Bukan nak tunjuk pandai atau menyibuk anak orang 😓 tapi sekadar prihatin dengan keselamatan mereka.

No hard feelings ya 🥰

Cuba perhatikan CRS anak anda? Ada kesalahan seperti gambar contoh?

Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS)


🔥 Biasa anak akan keluarkan tangan dan tinggal separuh strap di pinggang, ataupun sekadar duduk tanpa buckle?

🔥 Harness terlalu longgar?

🔥 Harness berbelit?

🔥 Duduk tanpa memakai harness dan buckle?

🔥 Bagaimana kedudukan chest clip? Aksesori tambahan chest clip adalah tidak selamat digunakan berbanding set lengkap CRS berkenaan.

Info mudah: jika klip tu ada yg sedia skali dgn CRS. Yg ni selamat untuk digunakan.

Kalau crs tu takde klip, anda jangan beli aksesori klip tambahan utk pasang. Sbb tak diuji tahap keselamatannya bersama CRS tu. Ia berisiko kpd anak anda, apabila digunakan bersama harness/shoulder pads kerusi keselamatan berpiawaian ECE, chest clip tidak akan berada pada kedudukan yang betul.

Boleh baca lanjut tentang chest clip di SINI

Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS)

Semua keadaan ini 👆 amat bahaya kepada anak anda, risiko kecederaan, terhumban dan tercampak keluar juga boleh berlaku jika pemasangan yang tidak mengikut panduan.

Pastikan semua penumpang bawah 12 tahun berada di kategori CRS masing-masing mengikut berat,umur,tinggi yang sesuai dengan manual CRS dan kenderaan.

Penumpang dewasa juga gunakan safety belt yang disediakan di setiap lokasi depan atau pun belakang tempat duduk.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Usaha doa tawakal. Anda mampu mengubahnya.

Belajar lebih lanjut di Child Passenger Safety Malaysia (CPSM)

Buckle up! Jangan bahayakan anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS)


Posting ini kredit kepada Puan Sarah Sulaiman

Post a Comment

0 Comments