Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak
Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak

Malam tadi, ada customer datang beli Nutriferon di rumah kami. Sambil tu, borak-borak la juga pasal supplemen yang sesuai untuk anak-anak beliau. Katanya, dia ada bagi Vitamin C brand C yang dibeli di kedai runcit biasa.

Amir pun jawab, "Bagus la macam tu. Bagi anak-anak ambil Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun badan mereka. Sekarang ni kan banyak kes berkaitan influenza."

Kemudian dia pun tanya, Shaklee ada tak Vitamin C Chewable macam yang dia beli? Sebab dia rasa Vitamin C yang dia bagi tu manis sangat.

Bagus betul customer ni, dia alert banyak benda especially bab pemakanan. Kebiasaannya, orang fikir kalau bagi Vitamin C yang beli di kedai tu, lagi bagus dari bagi anak-anak makan gula-gula kan. At least ada khasiatnya.

Baca : Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak


Okes, sat yer. Amir nak betulkan fakta tu sikit. Sebenarnya tak semua Vitamin C chewable yang dijual di kedai tidak mengandungi gula.

Contoh di dalam gambar dibawah, ada tertulis berapa isi kandungan Vitamin C dan juga gula bagi setiap hidangan.

  • 150mg + 460mg = 610mg
  • Gula 1g = 1000mg

Jumlah gula dalam Vitamin C ini hampir 2 kali ganda kandungan Vitamin C.
Agaknya kita beli gula ke beli Vitamin C ni?

Jadi, suggestion Amir pada customer tadi ialah pilih Vitamin C Chewable yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tiada/kurang gula didalamnya.

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak
Kandungan Bahan dalam Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable Shaklee ini mengandungi 100 mg Vitamin C. Ia dihasilkan daripada buah-buahan. Sesuai diambil oleh kanak-kanak yang boleh mengunyah dan juga orang dewasa.

Harga sebotol baru RM51.25 sahaja dan ada 90 tablet di dalam satu botol.

Kesimpulannya ialah pilihlah Vitamin C yang terbaik dan terbukti selamat untuk diambil oleh anak kita dalam masa panjang.

Baca : Doa Minta Dijauhkan Segala Penyakit 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami dengan klik icon whatsapp di sebelah.

Post a Comment

0 Comments