March 09, 2020

Tanda-Tanda Imun Badan Lemah

Tanda-tanda imun badan lemah
Tanda-tanda imun badan lemah

Kebiasannya, apabila kita rasa sihat, ia menunjukkan yang sistem imun badan kita berfungsi pada tahap optimum. Tetapi badan kita bukannya sentiasa sihat, apabila beberapa tanda-tanda imun badan mula lemah.

Antara tanda yang sering berlaku adalah seperti terdapat alahan, asma ataupun eczema. Ada sesetengah manusia memiliki sistem imun yang menyerang sel-sel sihat mereka sendiri. Ia dinamakan autoimun seperti arthritis rheumatoid atau diabetes jenis 1 dimana sistem imun badan mereka keliru. Setakat hari ini, Sekurang-kurangnya ada 80 penyakit disebabkan oleh masalah sistem imun. Penyakit ini semua boleh menyebabkan keradangan.

Kami nak kongsikan beberapa tanda-tanda imun badan lemah sebagai langkah-langlah berjaga. Jika ia berlaku pada anda, cepat-cepat pergi dapatkan rawatan dengan doktor.

Tanda-tanda imun badan lemah;


1. Tangan berasa sejuk

Sekiranya saluran darah mengalami keradangan, ia boleh membuatkan jari tangan, jari kaki, telinga, dan hidung mulai rasa sejuk. Kulit di kawasan ini boleh bertukar menjadi pucat, kemudian warna biru, apabila kita terdedah kepada sejuk. Apabila aliran darah kembali pulih, kulit kemudian boleh berubah menjadi merah seperti sedia kala.

Fenomena ini dinamakan "Fenomena Raynaud" dimana sistem imun tidak berjaya mengawal keradangan, tetapi tanda ini juga boleh berlaku disebabkan perkara lain seperti merokok, pengambilan ubat preskripsi, atau keadaan cuaca yang mempengaruhi saluran darah kita.


2. Masalah Kerap ke Tandas

Tanda yang jelas ialah Cirit-birit yang berlangsung lebih dari seminggu boleh menjadi tanda amaran bahawa sistem imun kita lemah. Ia ada kaitan dengan lapisan usus kecil atau saluran penghadaman.

Sembelit juga menjadi kebimbangan apabila pergerakan usus mengalami kesukaran untuk melawas. Antara punca lain ialah jangkitan bakteria, virus, dan keadaan kesihatan yang lain. Perlu segera dapatkan rawatan dari doktor.

3. Mata Kering

Sekiranya ada kawan-kawan yang mempunyai masalah autoimun, tanda yang boleh dirasai perasaan berpasir seperti yang ada di mata sehingga ia menjadi kemerahan. Dua contoh penyakit autoimun yang berkaitan ialah Rheumatoid arthritis dan Lupus (Systemic Lupus Erythematosus, SLE). Malah ada pesakit yang merasakan penglihatan mereka kabur dan ada yang tidak boleh mengalirkan air mata.

4. Keletihan

Badan terasa sangat letih, seperti nak demam. Ia salah satu tanda imun badan lemah. Ada yang cuba tidur, tapi ia tidak dapat membantu sepenuhnya kerana sendi dan otot juga terasa sakit. Boleh jadi, ada sebab lain juga kenapa badan anda kerap letih seperti kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Baca : Makanan Terbaik untuk Kuatkan Imun Badan


5. Kerap Sakit Kepala

Dalam sesetengah kes, sakit kepala juga boleh dikaitkan dengan tanda imun badan lemah. Sebagai contoh, ia boleh Vasculitis, yang merupakan keradangan saluran darah yang disebabkan oleh jangkitan atau penyakit autoimun. Sistem imun badan menyerang saluran darah secara tidak sengaja. Antara punca ini berlaku samada jangkitan, ubat atau penyakit lain. Biasanya, puncanya tidak dapat diketahui secara tepat.

6. Rash (Ruam)

Tahukah anda? Kulit kita adalah pelindunga pertama badan terhadap kuman. Kuman tidak semudah itu hendak memasuki badan kita jika tidak melalui kulit, melainkan melalui rongga-rongga lain seperti mulut dan hidung. Kegatalan pada kulit sehingga kemerahan adalah gejala keradangan. Begitu juga dengan ruam yang menyakitkan. Pesakit Lupus sering mendapat ruam berbentuk kupu-kupu di hidung dan pipi mereka.

7. Sakit Sendi

Sakit sendi berlaku apabila lapisan di dalam sendi mengalami keradangan. Sendi kita merasa keras/kaku atau bengkak. Ia menjadi lebih teruk pada waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

8. Kerap Jatuh Sakit

Jika anda mengambil antibiotik lebih daripada dua kali setahun (empat kali untuk kanak-kanak), ini menunjukkan bahawa tubuh anda mungkin tidak dapat melindungi diri dari jangkitan kuman dengan sendirinya. Sepatutnya, sistem imun badan melawan jangkitan ini kerana ia telah "kenal" bentuk serangan sebelum ini, tapi ia berlaku sebaliknya.

Perhatian serius perlu diberikan kepada Jangkitan Sinus yang Kronik, seperti jangkitan dalam telinga lebih dari 4 kali dalam setahun atau mengalami Radang Paru-Paru lebih dari sekali.

9. Masalah Panau/ Tompok Putih pada Kulit

Ia berlaku apabila sistem imun bertindak untuk melawan sel-sel membuat pigmen kulit, yang disebut "Melanocytes" (Ia adalah sel yang berasal dari melanin yang terletak di lapisan bawah epidermis kulit, lapisan tengah mata meninges, tulang, dan jantung. Melanin adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab untuk warna kulit kita). Jika ada tanda-tanda ini, ia menunjukkan bahawa imun badan lemah.

10. Mata/Kulit menjadi Kuning

Ia disebut sebagai penyakit kuning (Selalunya berlaku pada bayi baru lahir kerana sel hati mereka belum berfungsi sepenuhnya). Dalam kes ini, ia berlaku kepada remaja dan orang dewasa. Tanda ini mungkin menunjukkan sistem imun anda menyerang dan memusnahkan sel-sel hati yang sihat. Ia boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil "Hepatitis Autoimun"

Baca : Cara Elak Influenza dan Kuatkan Imun Badan


Location: Jln Puisi 1/4, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

1 comment:

  1. Tips yang membantu untuk kita kenal pasti tanda imun lemah. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.