Pengalaman Pembedahan Tongue Tie (Lidah Pendek) Az Ziyad di Hospital Pakar An-Nur Bangi

Assalamualaikum semua :)

Harini Nad nak share tentang pengalaman Nad membawa Az Ziyad untuk menjalani pembedahan tongue-tie di Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi pada Jumaat, 13 Mei 2016.

Tongue-tie? First Time Dengar!

Actually sebelum menjadi seorang ibu, Nad tak pernah tahu tentang tongue-tie ni.

Bila Az Zahin lahir pada 2010, masa Az Zahin menangis dan mulut terbuka, Paed di Kuala Terengganu Specialist tu terus cakap term ni. Dari situ lah Nad mula membaca tentang tongue-tie.

Kebetulan terjumpa gambar Az Zahin masa 3 bulan ni, nampak lidah dia :)

Istilah perubatan tongue-tie ialah "Ankyloglossia". Ia terhasil apabila frenulum ( 'tali lidah' yang menghubungkan bahagian bawah lidah ke lantai mulut) terlalu pendek dan ketat, menyebabkan pergerakan lidah terhad.

Nad baca tongue-tie ni boleh mengganggu penyusuan dan percakapan. Alhamdulillah Az Zahin tak ada masalah menyusu, melekap elok bila menyusu, dan mula bercakap pada usia 1 tahun lebih. So Nad tak buat apa-apa pada Az Zahin. Cuma bila dia jelir lidah, nampak lidah terbelah. Orang tua-tua kata bakal Hafiz Al-Quran. Nad aminkan saja :)

Anak Kedua Juga Tongue-Tie!

Then lahir pula Az Ziyad pada 2013. Ziyad juga menyusu dan melekap elok.

Az Ziyad 2 bulan. Perasan tak lidah dia di gambar kanan bawah?

Cuma bila dia dah 2 tahun lebih, dia masih lagi tidak boleh bercakap bahasa yang difahami, walaupun sebenarnya Az Ziyad banyak bercakap!

Risau dengan perkembangan Az Ziyad. kami bawa dia pergi assessment di Excel Qhalif. Az Ziyad dalam kategori speech delay. Sekarang Az Ziyad sedang menjalani Occupational Therapy sebelum move forward to Speech Therapy.

At the same time, kami bawa Az Ziyad kepada Paed di Hospital Pakar An-Nur. Kami bertanya Dr. Khairul Azman tentang tongue-tie Az Ziyad, dan dia refer kepada Dr. Shariz iaitu Paed bahagian pembedahan. Ditetapkan tarikh operation seminggu selepas itu tapi disebabkan Ziyad kurang sihat, 2 kali postpone operation.

Ada juga yang tanya, keturunan ke tongue-tie ni? Rasanya tak kot sebab sebelum ni tak pernah tahu pun. Ataupun masa kecik mungkin ada tapi bila besar dia ok dengan sendiri, so tak tahu pun ada tongue-tie. Mungkin :D

Tahap-tahap Tongue-Tie

Baru-baru ni Nad baca lagi rupa-rupanya tongue-tie pulak ada beberapa tahap.


Nad rasa Az Zahin dia punya tongue-tie moderate. Tapi bila makin besar dia makin okay. Agaknya lah :D Tak tanya doktor pulak sebab dia pergi sekolah masa bawa Az Ziyad jumpa doktor. Hehe.

Yang ni macam lidah Az Ziyad ;)
Operation Day & Cost

Tiba lah hari operation, berdebarnya Ummi rasa. Ziyad kena puasa makanan, last makan 6 jam sebelum operation. Last minum air kosong 2 jam sebelum operation.

Pagi tu, schedule register jam 8:30 pagi. Proses register ambil masa lama sikit, termasuklah bayar deposit RM 1,500. Jam 9 pagi lebih sikit baru dapat masuk Operation Theatre. Sepanjang tu kami pun tak makan apa-apa, kesian kat Ziyad. Sama-sama berlaparlah.

Ummi bawa Ziyad masuk OT dan baringkan atas katil operation. Doktor kasi Ziyad sedut gas dan tak sampai 1 minit Ziyad dah tidur. Then doktor minta Ummi keluar.

Dalam 5 minit je operation tu. Then Ziyad dibawa keluar dalam keadaan masih tidur.

Menunggu Ziyad bangun dari tidur


Tunggu Ziyad bangun dalam 10-15 minit macam tu. Bila dah bangun, Ziyad menangis, terus nampak lidah dia terangkat tinggi! Which kami tak pernah dapat tengok sebelum ni. Alhamdulillah :')

Kemudian kami terus dibawa ke wad share 4 orang sebilik. Ziyad masih lagi menangis.

Di wad, Abi belikan Ziyad aiskrim untuk kasi effect 'kebas' pada lidahnya :) Of course lah seronok dia jumpa aiskrim. Dah lupa sakit dan apa yang dilalui tadi hehe.

Menikmati aiskrim :) Terus tak nangis dah hehe


Masa tu juga baru kami beli breakfast. Alhamdulillah Ziyad makan elok dan tak nampak merengek. Cergas dia macam biasa ja. Siap melompat-lompat atas katil lagi hihi. Nad tengok juga kot-kot dia sakit ke kan, tapi Alhamdulillah memang tak kasi apa-apa ubat tahan sakit atau kasi kebas lidah dia sebab tengok pada keadaan Ziyad, kami rasa tak perlu.

Lepas diberi makan tengahari dan minum petang, dalam jam 3 PM macam tu Ziyad dibenarkan balik. Alhamdulillah. Kena bayar another RM 513 dan ambil ubat PCM untuk tahan sakit. Sepatutnya ada ubat sembur lidah dia untuk kasi kebas tapi kami dah inform doktor yang kami dah ada dah sebab sebelum tu Ziyad dah kena ulcer. Kami ada tunggu juga kot-kot doktor nak check Ziyad sekali lagi tapi tak ada. Cuma Ziyad perlu jumpa doktor lagi untuk follow up the next Friday.


Post-Operation

Di rumah pun Alhamdulillah Ziyad tak ada demam or nampak sakit or kurang selera makan. Everything went well. Syukur!

Di bawah lidah Ziyad nampak putih-putih macam ulcer tapi bukan ulcer. Lama-lama ia akan hilang dan dari pembacaan Nad, ianya normal selepas tounge-tie operation :)


Follow-Up Selepas Operation

Hari Jumaat selepas operation, kami bawa Ziyad jumpa doktor. Alhamdulillah doktor kata keadaan Ziyad ok. Cumanya doktor bagitahu bawah lidah Ziyad yang putih-putih tu nampak banyak (luas) sebab tali lidah Ziyad tak straight, tapi senget sikit.

Kos yang perlu dibayar ialah RM 90 :)


Total Operation Cost & Perkembangan Ziyad

So total kesemua kos operation Ziyad ialah RM 2,103. Kos ni kami tanggung sendiri sebab tongue-tie ni berlaku sejak lahir (congenital).

Now hampir sebulan selepas operate, bawah lidah Ziyad nampak macam kita biasa je. Takde putih-putih :) Ada sebutan yang kedengaran lebih jelas cumanya tak banyak. InshaAllah lepas Speech Therapy nanti mungkin lebih baik, Aameen!


Day 12 after operation. Playful as usual :)


Doakan Ziyad sihat selalu dan dapat bercakap seperti kanak-kanak lain ya!

Nak baca perkembangan terbaru speech Ziyad setakat Januari 2019? Klik link ini.

Semoga perkongsian Nad ini memberi manfaat kepada anda yang mungkin mempunyai anak yang tounge-tie juga. Feel free to comment below your experience or if ada soalan :) InshaAllah Nad bantu mana yang termampu.

Assalamualaikum dan Ramadhan Mubarak! :)

-Nad-



012 229 5680
Nadiah Suhaidi 
IG: @nadxoxo
Your Certified Shaklee Consultant
COD Bandar Baru Bangi 
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

7 Comments

  1. semoga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa buat anakanda Az Ziyad.

    ReplyDelete
  2. semoga AzZiyad dikurniakan kesihatan yang baik sepanajang masa..amin

    ReplyDelete
  3. semoga AzZiyad cepat boleh bercakap..amin

    ReplyDelete
  4. Ada problem minum susu x lps operate?

    ReplyDelete
  5. Dia xminum susu botol. Tp mkn pun xde mslh

    ReplyDelete
  6. Hi. Boleh saya tahu puan buat operation ni kat hospital mana. Saya nak try survey juga harga☺️

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)