September 26, 2018

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM 

Sekarang ini, terlalu banyak produk kecantikan muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai tagline yang digunakan sampaikan ada yang claim boleh putih dalam masa 7 hari. Sebelum kita beli produk kecantikan ini, terlebih dahulu kita periksa samada ianya mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

Kami sendiri pernah dapat pelanggan-pelanggan yang kulit wajahnya rosak akibat tersalah pakai produk.

Ada pelanggan kami ni, beliau kata kakaknya pakai elok sahaja, tapi apabila beliau dan adik beliau guna, makin teruk kulit jadinya. Tak pasal-pasal perlu keluarkan kos yang lebih pula untuk buat rawatan kulit muka. Dan paling tak tahan, mereka berdua terpaksa pakai topeng muka apabila keluar rumah sebab tak mahu orang lihat kulit muka mereka yang rosak.

Jadi, kami nasihatkan supaya anda buat semakan terlebih dahulu sebelum melaburkan wang untuk mana-mana skincare.

Bagaimana nak tahu Produk Skincare Yang Mana Ada Kelulusan KKM?



5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


1) Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my

NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Untuk menyemak kelulusan produk suplemen juga melalui laman web yang sama.

Jika mahu menyemak produk selain Shaklee pun boleh juga.

2) Pilih ‘Consumers’ -> 'Products Search


Anda akan nampak seperti ini:

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


3) Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare

Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).
Mudah kan?

4) Pilih 'Product Name'

Di bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:
  1. Product Name 
  2. Notification Number 
  3. Holder Name 
  4. Manufacturer Name 
  5. Importer 
Pilih 'Product Name' supaya mudah untuk membuat carian.

5) Masukkan nama produk yang ingin disemak

Contohnya : Shaklee Youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM

Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan termasuk YOUTH Restoring Eye Treatment yang akan mula dijual pada 1 Oktober 2018.

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM.


Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau lari jauh-jauh dari membelinya :)

Jadilah pengguna bijak!



Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)