October 02, 2018

Produk Baru Shaklee: YOUTH Restoring Eye Treatment

YOUTH Eye Cream dah mula dijual pada 1 Oktober 2018. Alhamdulillah. Sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para wanita, terutamanya ibu-ibu yang banyak berjaga malam, kurang rehat, mahupun yang melakukan bisnes secara online kerana terpaksa selalu menghadap skrin handphone dan laptop ;)

Harga jualan YOUTH Restoring Eye Treatment

Dapatkan harga lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee.

Untuk kawasan sekitar mata, kita tidak boleh menggunakan krim yang sama dengan apa yang kita guna dengan kawasan wajah yang lain kerana kawasan sekitar mata adalah lebih nipis.

Tambahan pula, kawasan sekitar mata menjadi tumpuan kerana biasanya kita lihat pada mata terlebih dahulu apabila kita melihat wajah seseorang. Di situ jugalah tanda penuaan mudah terserlah. Penampilan mata kita juga menjadi indikasi kepada kesihatan keseluruhan kita.

Jadi, selain menjaga kesihatan dalaman, kita boleh ikhtiar dengan krim mata ini supaya mata kita nampak lebih muda dan segar.

YOUTH Restoring Eye Treatment Terbukti Berkesan


Penggunaan YOUTH Restoring Eye Treatment selama 28 hari, 2 kali sehari, telah terbukti secara klinikal mampu:
  • Mengurangkan garis halus (fine lines)
  • Kedutan (wrinkles)
  • Garis pada tepi mata (crows feet)
seawal 7 hari dengan adanya Peptide Blend yang unik iaitu gabungan asid amino di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment ini.

Selain itu, YOUTH Restoring Eye Treatment juga mampu:
  • Mengurangkan mata sembap
  • Mengurangkan lingkaran hitam mata
  • Menghaluskan kontur mata (mata akan nampak lebih segar dan tidak letih)
  • Memberikan keanjalan
  • Melembapkan sekitar mata

Cooling Tip unik pada YOUTH Restoring Eye Treatment mampu menyegarkan dan memberi tenaga pada kawasan sekitar mata dengan urutan micro circulation. Kita akan rasa sejuk dan selesa selepas pemakaian. Ia juga memastikan krim mata diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Bahan di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment


Peptide Blend di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment yang berkesan dan terbukti secara klinikal

Bahan di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment

Bahan di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment:
  1. Peptide Blend: Bantu sokong penghasilan kolagen dan cepatkan pembaharuan sel kulit
  2. Lotus Japonicus + Schisandra Chinensis Fruit Extract: Bantu sokong penghasilan kolagen, elastin, dan fibrilin supaya dapat beri banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur
  3. Licorice Extract: Bantu cerahkan kulit di bawah mata untuk kurangkan lingkaran hitam
  4. Cooling Tip: Bantu tingkatkan peredaran mikro untuk kurangkan kemerahan dan sembap mata
  5. Hyaluronic Acid: Kekalkan air pada kulit. Menyerap hingga 1,000 kali beratnya di dalam air.
  6. Vital Repair + Polifenol dari Muscadine Grape: Lindungi sel DNA, lindungi kerosakan kolagen, dan elastin

Kelebihan YOUTH Restoring Eye Treatment


Di luar sana, memang banyak pilihan krim mata. Apa special nya YOUTH Restoring Eye Treatment Shaklee ni?

Kelebihan YOUTH Restoring Eye Treatment

  • 100% dari tumbuhan
  • Tiada gluten
  • Diuji oleh Pakar Kulit (Dermatologist)
  • Diuji oleh Pakar Mata (Ophtalmologist) - tidak berbahaya kepada mata
  • Tiada kekejaman berlaku semasa menghasilkan produk ini
  • Tidak menyumbatkan liang pori (non-comedogenic)
  • Tanpa 1,500 bahan berbahaya
  • Kesan seawal 7 hari

Baca juga: Kebaikan YOUTH Restoring Eye Treatment.

Baca juga: Ramuan di dalam YOUTH Skincare.

Baca juga: Koleksi testimoni YOUTH Skincare.

Baca juga: Keistimewaan YOUTH Skincare.



Ha, menarik kan? Jom cuba satu hari ini :)


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)