August 31, 2015

Berumah di Tepi Shakeli

Hujung-hujung bulan ni memang waktu kritikal buat para Pengedar Shaklee. Sebab last day setiap bulan ialah hari CLOSING sebelum masuk bulan baru :)

Tapi bulan ni, mula hari Selasa 25 haribulan dah mula order bertimpa-timpa di Shaklee sampai tak terhandle order melalui Whatsapp. Call pun jadi susah nak tembus. Penangan 50% OFF Vita C dan ESP untuk 10 ribu Ahli Berdaftar yang terpilih!

Hari Rabu, mentua bertolak pergi menunaikan Haji.

Hari Khamis, minta Encik Gajah pergi Shaklee Home Office di Sunway Pinnacle untuk beli stok. Perjalanan sehala dalam setengah jam kalau guna jalan yang ada tol ;) Kalau tak, 40 minit lah jugak.

Hari Jumaat, terpaksa ke Shaklee lagi sebab kena submit 30 orders!


JUMAAT, 28 OGOS 2015

Ada Paparazzi snap gambar kiter :P

Selesai submit 30 order

Sambil tu Ziyad main kat Playroom

Dan Ziyani pun join skali :D

Lepas settle, cepat-cepat pecut semula ke Bangi nak ambil Abang Zahin kat school. Sebelum tu maklumkan siap-siap kat Teacher yang kami sampai lambat sikit. Sesampai di school Abang Zahin, tengok - tengok Abang Zahin dah kenyang makan nasi. Hihi. Kena bayar RM8 sebab lambat 1 jam. Tapi takpa asalkan ada orang boleh jaga Abang Zahin :)


MASTERMIND MEETING

Jam 8 malam ada meeting para Masters bersama Mr. Kelmen Ooi iaitu Shaklee Malaysia Vice President of Sales.

So Jumaat tu 2 kali kami ke Shaklee Home Office. Petang dalam pukul 6 kami bertolak. Beli makanan siap-siap. Then solat Maghrib di situ.

Berkelah sambil tunggu masuk waktu Maghrib. Macam-macam gaya ada!
Mr. Kelmen Ooi - Shaklee Malaysia Vice President of Sales

Master Haji Roslan - 'Atok' Shaklee kami ;)

Anak dara Ummi teman Ummi meeting hehe

Masa meeting, Abi pantau Abang Zahin dan Ziyad kat Playroom. Kadang-kadang keluar berlari-lari dalam office Shaklee. Kadang-kadang masuk dalam Meeting Room skali. Abang Ziyad siap naik atas pentas. Abang Ziyad ni memang tak takut :D

Para Masters dari Zon Tengah

Tapi meeting ni bukan yang area KL je hadir. Masters from PD ada, from Johor, from Melaka pun hadir atas dasar Komitmen dan Kesungguhan nak bantu organisasi, inshaAllah. Ada yang sampai rumah jam 3 pagi walaupun sedang bertarung dengan sakit SLE.

Selesai meeting jam 11.30 malam. Tak pernah lagi setakat 3 tahun lebih Nad buat Shaklee ni 'Meeting Larut Malam' macam ni. Hihi. 3 tahun skali, ok lah tu. Haha. Kami kan ibu-ibu bapa-bapa angkut anak. Biasanya meeting online je :D Anytime, anywhere. Tak mandi pun takpe orang tak tahu. Hihi.


SABTU, 29 OGOS 2015

The next day, order masih menderu lagi. Bergegas lagi ke Shaklee Home Office untuk submit 50 lebih order. Kami sampai jam 6:20 pm. Ramai sangat orang! (Sebab tak biasa pergi Home Office / branch time closing hihihi). Kali ni kena tunggu turn sebanyak hampir 40 turn baru sampai turn kami. Tapi takpe memang dah set minda nak solat kat situ.


40 orders to be submitted


My turn! :D
Mula-mula isi 40 orders. Alih-alih sampai di kaunter jadi lebih 50 order. Terima kasih banyak-banyak kat Ainul si pemproses order kami :D 2 jam jugak baru siap proses. Then tunggu turn ambil barang pulak.

Abang Zahin dan Ziyad suka la ramai kawan kat situ. Dah boring main ngan kawan, Abang Ziyad jalan ukur Shaklee Office. Haha. Macam Nazir gayanya!

11.30 malam settle semua then balik tapau makanan dari SOHO Bangi :D

On the way balik rumah, Zahin cakap..

"Abi, boleh tak kita duduk kat sebelah Shakeli?"

Hihihi. Ummi Abi gelak je dengar permintaan Abang Zahin niiiii. Bertuah!
Continue Reading

August 30, 2015

Jalan-jalan Cari Dinosaur dan Testing Car Seat Baru

Rabu lepas Encik Gajah ajak ke IOI City Mall. Ada dinosaur katanya.

Oklah follow je. Sambil tu boleh testing dan train Zahin dan Ziyad duk dalam car seat.

Dan inilah hasilnya..

Masa berhenti di traffic light

Mula-mula Ziyad meronta dipakaikan strap tu. Tapi bila kereta jalan dia ok. Tu tak keruan sebab kereta berhenti jap kat traffic light. Haha. Lepas-lepas tu pun masih meronta masa mula-mula dipakaikan strap. Tapi lepas kereta jalan dia ralit tengok luar. Kalau nangis pun kami biarkan je. Kata nak train kan? :D

Abang Zahin pulak dia memang sukakan car seat baru tu. Sebelum ni dah guna masa hantar dia pergi school. So tak ada masalah.

Dah sampai. Kita bergambar dulu :D Intan payung Ummi semuanya :)

Jalan-jalan then terjumpa pameran sofa. Ziyad dengan selesanya duduk atas sofa, then baring atas karpet ni. Buat macam rumah sendiri ya Ziyad?

Ikut suka hati dia je
Then jalan lagi nak pergi tempat dinosaur. Alih-alih Zahin takut pulak nak masuk. Hihi. So tak masuk.

On the way balik, Abang Zahin pulak meragam, nak apa ntah. Abi memujuk dengan masuk kedai CD ni. Sambil tu Ziyad window shopping. Hihi. Dah besar anak Ummi. Tu DVD Pororo. Ziyad suka benda-benda comel ;) Jiwa lembut anak bujang nombor 2 nih :)


Then balik rumah pulak Ummi nak settle kan closing. Hihi.
Continue Reading

August 27, 2015

Berapa Lama Bayi Kita Sepatutnya Tidur?


USIA 1 BULAN

Waktu berjaga di antara nap: 45 - 60 minit
Berapa lama nap? 45 min - 3 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 3 - 5 kali


USIA 2 - 3 BULAN

Waktu berjaga di antara nap: 60 minit
Berapa lama nap? 1 - 3 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 3 - 4 kali


USIA 3 - 6 BULAN

Waktu berjaga di antara nap: 1.5 - 2 jam
Berapa lama nap? 1.5 - 2.5 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 3 - 4 kali


USIA 6 - 9 BULAN

Waktu berjaga di antara nap: 2 - 3 jam
Berapa lama nap? 45 minit - 2 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 2 - 3 kali


USIA 9 - 12 BULAN

Waktu berjaga di antara nap: 3 - 4 jam
Berapa lama nap? 45 minit - 2 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 2 kali


USIA 1 - 2 TAHUN
 
Waktu berjaga di antara nap: 4 - 5 jam
Berapa lama nap? 1.5 - 2.5 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 1 - 2 kali


USIA 2 - 3 TAHUN
 
Waktu berjaga di antara nap: 5 - 7 jam
Berapa lama nap? 1 - 2 jam
Berapa kali nap dalam sehari? 1 kali


*Nap = tidur pendek selain tidur malam
Continue Reading

August 26, 2015

Testimoni Set Hamil Shaklee: Pelbagai Masalah Selesai

Testimoni Set Hamil Shaklee: Pelbagai Masalah Selesai
Testimoni Set Hamil Shaklee: Pelbagai Masalah Selesai

1. Set Hamil Shaklee Membantu Masalah Allergy

"Masa saya pregnant ni, memang allergic habis, kat badan naik ruam, gatal2 kat leher, teruk jugak especially kalo berpeluh mmg menggaru jek laa. Merah-merah habis, sapu ubat pun tak jalan even makan vitamin C yang hospital provide pun tak jalan.

Tapi lepas makan Shaklee ni sikit-sikit mula hilang. Now dah takde langsung. Even kalo peluh-peluh pun memang tak ada gatal.

2. Set Hamil Shaklee Membantu Masalah Resdung

Satu lagi saya ni ada resdung. Kalau dulu kat belakang badan memang ada gatal-gatal.

Tapi Alhamdulillah sekarang syukur sangat, gatal-gatal dah tak ada. Parut makin lama juga semakin pudar.

Set Hamil Shaklee Basic

3. Set Hamil Shaklee Membuatkan Kulit Lebih Lembap

Part yang saya suka nak share ialah bila saya dapat rasakan perubahan pada kulit ni sendiri. Kalau dulu kulit saya kering, especially kat muka ni, selalu menggelupas. Bila pegang memang rasa kasar, now dah tak lagi. Pegang rasa moist je. Then parut jerawat pun slowly hilang. Jerawat pun Alhamdulillah dah jarang nak tumbuh.

4. Set Hamil Shaklee Membantu Masalah Sembelit
 
Satu lagi, senang betul nak buang air besar. Kalau dulu biasa 3 hari sekali, now tiap-tiap pagi toilet dah melambai-lambai. Hehehe.

5. Set Hamil Shaklee Membantu Masalah Low HB

Masa pregnant ni HB saya selalu rendah. Bila checkup kat klinik, nurse kat situ siap sound kalo darah ni rendah lagi kena pergi jumpa doktor lebih kerap. Bising jugalah dia. Padahal saya dah banyak makan sayur hijau, siap survey lagi makanan apa boleh tambahkan darah. Tanya org kat FB tu lagi. Lepas makan pun sama juga macam tu. Frust betul, bukan apa, takut effect kat baby and diri sendiri juga kan.

Tapi Alhamdulillah lepas consume Set Hamil Shaklee ni dalam 2 bulan, bila pergi checkup, nurse kata dah ok sangat! Syukurnya! Thanks to Shaklee.

Set Hamil Shaklee Optimum
6. Set Hamil Shaklee Membantu Menambah Tenaga Walaupun Mengandung Anak Ke-4

Makan vitamin ni jugak buat saya lebih bertenaga. Almaklumlah kali ini mengandung anak ke 4. Yang sebelum ni semua dah besar. So agak penat uruskan kerja umah ditambah kerja lagi.

Jadi adanya B-complex ni rasa badan tu sedap sket la. Dah boleh ke sana ke sini dgn aktifnya. Kadang-kadang bila duduk je tak buat kerja, rasa tak sedap hati pula. Jadi aktif dengan sendirinya.

7. Set Hamil Shaklee Memudahkan Bangun Pagi

Ostematrix ni plak memang makan setiap malam kan. Yang saya paling suka and terpukau bila SENANG BANGUN PAGI. Seriously, saya ni jenis kalau penat selalu susah bangun pagi atau tido lewat. Tapi bila makan Ostematrix ni, dalam pukul 5.30 pagi mesti dah bangun. Lepastu mata terkebil-kebil dah tak boleh tidur.

Apa lagi terus bangun and prepare utk sarapan, kemas umah. Ni pulak anak-anak dah sekolah memang cantek sangat la tuh. Suka sangat tau!

Kalau dulu selalu kene perli ngan suami asyik bangun lambat je. Sekarang dia dah ok. Hehehe.

8. Set Hamil Shaklee Membantu Masalah Sendi

Satu lagi kan, saya ni jenis selalu tulang kat kaki ada bunyi kalo bangun dari duduk atau gerakkan kaki tu.

Tapi Alhamdulillah sejak makan Ostematrix, dah tak ada bunyi-bunyi tu lagi. Agak terkejut juga lah.

Bunyi tu plak tak agak-agak, kuat gak. Malu kadang bila orang dengar. Sekarang Alhamdulillah, syukur sangat.

ESP Sedap

ESP Sedap


ESP baru beli so belum nampak lagi perubahannya tapi rasanya mmg sedap laaa..ditambah ngan milo suam..huhuhuh.....nanti bila dah ada apa2 perubahan saya bagitau ek.

Vitamin Shaklee Terbaik

Ok la, apapun so far shaklee terbaeekkk laaa....thx pada Hana and kak Cery especially website akak tuh...info kat sana mmg banyak betul, tak terabih lagi saya baca....huhuhu....thx again"

- Puan Rozainah


Kesimpulannya?

Jika anda mencari supplement untuk anda dan keluarga, Shaklee ialah satu jenama yang sangat boleh dipercayai!

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga!
Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah membuat keputusan :)

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

August 25, 2015

10 Tanda Anda Mungkin Hamil


1. Tidak datang haid
Jika kitaran haid anda tetap.

2. Letih yang berterusan
Walaupun sudah cukup tidur dan rehat.

3. Mengidam
Mengidam makanan tertentu. Ini mungkin berlaku sehingga penghujung kehamilan.

4. Kerap membuang air kecil
Mungkin berlaku antara minggu ke 6-8 selepas persenyawaan.

5. Buah dada membesar
Kerana badan anda bersedia untuk menyusukan bayi selepas lahir.

6. Sakit belakang
Sakit di bahagian pinggang dan pinggul. Ia mungkin bertambah hingga ke penghujung kehamilan.

7. Berlaku sedikit pendarahan
'Implantation bleeding' yang berlaku ketika penempelan embrio pada uterus. Biasanya berlaku pada 6-12 hari selepas persenyawaan. Hanya berlaku sebentar, sekitar 1 hari atau kurang.

8. Sakit kepala
Kenaikan suhu badan (BBT) selepas waktu yang sepatutnya kedatangan haid (menandakan berlaku ovulasi).

9. Perasaan yang tidak menentu
Disebabkan oleh perubahan hormon.

10. Morning sickness
Berlaku pada 2 minggu pertama atau 8 minggu pertama kehamilan. Muntah, mual, atau pening-pening.



Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil?
012-2295680
Nadiah Suhaidi
Continue Reading

August 24, 2015

Panduan 6 Kaedah Penyimpanan Susu Ibu Yang Telah Diperah

Klik untuk paparan lebih jelas


Ada 6 kondisi penyimpanan susu ibu yang telah diperah:


1. SUHU BILIK
19 - 26 darjah celcius

Ideal: 4 jam
Dalam Keadaan Sangat Bersih: sehingga 6 jam

Nota: Pastikan suhu paling rendah yang mungkin. Cuba balut menggunakan tuala lembap


2. COOLER BAG
4 - 15 darjah celcius

Tahan selama 24 jam

Nota: Letakkan pek ais di sebelah susu yang diperah, jangan selalu buka cooler bag


3. PETI SEJUK
Kurang dari 4 darjah celcius

Ideal: 72 jam
Dalam Keadaan Sangat Bersih: sehingga 8 hari

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah
 

4. PETI SEJUK BEKU (PETI SEJUK 1 PINTU)
Kurang dari -15 darjah celcius

Ideal: 2 minggu
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah


5. PETI SEJUK BEKU (PETI SEJUK BERLAINAN PINTU)
Kurang dari -20 darjah celcius

Ideal: 3-6 bulan
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah


5. DEEP FREEZER
Kurang dari -18 darjah celcius

Ideal: 6-12 bulan
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah



NOTA TAMBAHAN:

1. Susu yang baru diperah adalah yang terbaik
2. Bersihkan bekas simpanan susu dan pump menggunakan sabun dan air suam
3. Basuh sebersihnya tangan anda dan keringkan sebelum memerah susu atau menyimpan susu perahan
4. Panaskan susu yang telah disejukkan dengan cara merendam bekas susu perahan di dalam air suam. Jangan tinggalkan begitu sahaja di mana-mana atau panaskan ia mengunakan microwave atau di atas dapur!
5. Cairkan susu perahan yang beku dengan menyimpannya di dalam peti ais biasa selama 12 jam, atau letakkannya di bawah aliran air bersuhu bilik, kemudian alirkan air yang suam pula

Sumber: www.milkandlove.com.au
Continue Reading

August 22, 2015

Review Kedai Online Jual Stroller Dan Car Seat Murah

Assalamualaikum :)

Harini Nad nak share satu kedai online jual Stroller dan Car Seat yang MURAH, PANTAS, dan RELIABLE.



MURAH

Kalau compare harga stroller dan car seat dengan kedai online lain, kedai ni memang termurah!

SERVIS PANTAS DAN RELIABLE

Nad beli Baby Jogger City Select Double Stroller dan Maxi Cosi Pebble di kedai ni lepas lahirkan anak kedua iaitu Az Ziyad. Bayar harini, esoknya sampai di Besut. Masa tu balik kampung :D


Then Rabu last week Nad place order lagi untuk Maxi Cosi Pria 70. Then tak sempat transfer duit, diorang SMS bagitahu belum ada stock. Katanya dalam 2 weeks lagi akan sampai. Tapi hari Sabtu tu diorang PM kat Whatsapp bagitahu stok dah sampai.

Ahad esoknya tu Nad buat bayaran. Hari Isnin diorang poskan. Hari Selasa dah sampai Bangi :)


Penghantaran menggunakan GDex.

Dua-dua kali Nad order, postage RM 10 sahaja.

*Entry ini tidak di sponsor. Hehe. Cuma berdasarkan pengalaman Nad 2 kali membeli dari diorang :)
Continue Reading

August 21, 2015

Kenali Bahasa Rahsia Bayi Anda (Dunstan Baby Language)

Anda ibu bapa baru. Bayi asyik menangis. Anda tidak tentu arah!

Anda stress! Penat, dan tidak dapat tidur malam! Tidak tahu apa yang bayi anda mahukan. Terasa seperti ibu bapa yang paling teruk di dunia!

Jangan begitu!

Sebenarnya, dengan menangis, bayi anda sedang berkomunikasi dengan anda.


Ada bunyi berlainan untuk keperluan yang berlainan. Jom pelajari!


Dunstan Baby Language

"Neh" 
Lapar

"Owh"
Mahukan rehat / tidur

"Heh"
Tidak selesa - terlalu sejuk / panas atau mahu ditukarkan lampin

"Eairh"
Kembung

"Eh"
Mahu disendawakan


Keliru untuk membezakannya?

Jom tonton video ini untuk melihat contoh-contoh tangisan bayi.


Dah mula boleh bezakan kan?

Jom recap!



Pengalaman Nad Sendiri

Nad baru tahu tentang Dunstan Baby Language beberapa hari lepas. Bila belajar tentang Dunstan Baby Language ni, memang confuse juga. Sebab bunyinya macam lebih kurang je kan?

Nad cuba perhatikan pada Ziyani (2.5 months now).

Paling senang detect is "Neh" sebab ada bunyi huruf n kat depan. Sometimes bunyinya "Ngeh" or "Ney". Kalau dah bunyi N kat depan tu memang confirm nak susu lah :) Tapi kalau lambat skit respond dia dah jadi "Heh" pulak hihi ;) So kena alert bila baby mula berbunyi.

Then second yang tersenang nak detect is "Eairh" sebab bunyinya ada macam meneran. Normal lah kan kalau dah sakit perut tu :)

The third yang Nad boleh distinguish ialah "Owh". Dia nangis macam panjang-panjang sikit berbanding dengan yang dua di atas ni. Pada Nad actually bunyinya "Aaaaa" je. Hehe. Macam menguap kan panjang ;) Yang ni best, semalam Nad dengar je, Nad peluk Ziyani and within seconds Ziyani dah lelap. Hihi.

Yang confuse sikit is "Eh" dan "Heh". "Heh" tu kalau Ziyani dia jadi "Hek hek hek", macam merengek. So Nad main teka-teka jelah. Sama ada nak burp atau nak tukar lampin or nak dipeluk.




Ilmu ni sangat-sangat membantu! Rasa lebih mengenali baby sendiri. Walaupun dah anak ketiga! Hehe.

So, Nad harap ilmu ini dapat membantu anda untuk lebih memahami bayi anda. Jangan lupa share dengan rakan-rakan!

Video penuh tentang Dunstan Baby Language - klik sini.
Continue Reading

Milestone Romper dari Mikeanddann


One, two, buckle my shoe :)

Milestone rompers ni anak dara Nad, Ziyani punya. Ada 12 helai, setiap bulan ada 1 helai. Eloklah beli sebelum baby lahir or baru lahir so that masa 1 bulan dah boleh pakai :)

Ada banyak design, warna juga boleh pilih tapi max 2 warna je. RM 175 untuk satu set ni. If tambah nama, just tambah lagi RM 25. 

Kosnya kalau bahagi 12 helai masih lagi murah Nad rasa. And cantik, material pun tak nipis.

Order Milestone Romper ni masa Ziyani dah lahir. So masa sampai, Ziyani dha pun 2 bulan lebih. Tapi takpe boleh pakai lagi, sedang-sedang elok je.



Cumanya bila basuh jangan masuk washing machine ya. Tercabut diamonds nya nanti.

Kalau berminat boleh order di instagram mereka iaitu @mikeanddann. Tanya berapa lama boleh siap ya. Sebab masa Nad haritu ada delay juga. Dapat barang sebulan selepas order. So if dah tahu berapa lama kena tubggu at least kita lebih bersedia kan :)

Ok selamat mengoder ;)
Continue Reading

Set Menyusu Shaklee Tidak Banyakkan Susu Ibu


Kecewa,  sudah consume Set Menyusu Shaklee tetapi susu masih sedikit!

Ya, Set Menyusu Shaklee tidak banyakkan susu ibu.

Tetapi sebenarnya Set Menyusu Shaklee mencukupkan nutrisi (yang lompong akibat pemakanan yang tidak cukup khasiat) kepada ibu, lalu menjadikan ibu lebih sihat, kurang stress, dan bertenaga (ibu menyusu ni penat dia lain macam sikit). Apabila tubuh ibu fit, inilah penyebab badan ibu menghasilkan susu ibu yang mencukupi buat bayi!

Lalu, apa yang dapat banyakkan susu ibu?

Set Menyusu Shaklee merupakan support system buat ibu menyusu.



Yang akan memperbanyakkan susu ibu adalah:


1. Supply and demand

Inilah faktor paling utama. Percaya atau tidak, ibu yang sudah tidak menyusu juga boleh menyusu semula (relactation), apatah lagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, kerana hormon prolaktin yang sememangnya tinggi selepas melahirkan. Yang penting consistently create demand (stimulate pengeluaran susu dengan hisapan bayi atau pump).

Allah cipta badan ibu sangat hebat. Ia akan hasilkan susu mengikut keperluan bayi. Apabila banyak hisapan yang dilakukan, tubuh ibu menerima signal untuk menghasilkan lebih banyak susu. Begitulah juga sebaliknya. Jika kurang hisapan, badan ibu akan mengurangkan pengeluaran susu. Hebat kan?


2. Kepositifan dan tahap stress ibu

Kadang-kadang ibu 'rasa' macam tak cukup susu sebab tengok sikit sahaja susu yang keluar apabila di pam. Tetapi sebenarnya sudah cukup dan sesuai dengan usia bayi. Ibu mula stress!

Apabila ibu lihat bayi asyik menangis sahaja, ibu tambah stress ingatkan susu tak cukup. Sebenarnya ada banyak faktor lain mengapa bayi menangis.

Di tempat kerja pula banyak bebanan kerja, balik rumah nak uruskan rumahtangga pula. Ibu makin stress!

Ibu-ibu menyusu kena tenang-tenang sahaja, especially sewaktu menyusu / pump. Kena selalu berfikiran positif (berbaik sangka). Sebab ia akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. Pemakanan juga penting untuk bantu kurangkan stress.

Jadi, yang penting di sini ialah ilmu. Banyakkan membaca tentang penyusuan. Selain itu pastikan ibu dikelilingi orang-orang yang support breastfeeding.


3. Air kosong

Ibu akan mudah kehilangan air dari badan apabila menyusu. Jadi, sangatlah penting ibu minum minimum 3 liter air kosong sehari. Bukan sekaligus 3 liter ya. Bahagi-bahagikanlah throughout the day.


Jadi, jika anda tanya saya,

"Consume Set Menyusu Shaklee ni boleh banyakkan susu?"
Mungkin tidak jika anda tidak patuhi ketiga-tiga syarat di atas.

"Cosume Set Menyusu Shaklee menyihatkan badan ibu menyusu?"
Definitely! (Dengan izin Allah)


Set Menyusu Shaklee


Baca Testimoni Set Menyusu Shaklee di sini :)


Pengedar Shaklee Bertauliah Anda
Nadiah Suhaidi
012-2295680
Berpengalaman di dalam penyusuan sejak 2010
Continue Reading

August 20, 2015

Agen Shaklee Bandar Baru Bangi - 9 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultan Shaklee Anda


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera :)

Agen Shaklee Bandar Baru Bangi

Saya Nadiah, Agen Shaklee anda di Bandar Baru Bangi (Seksyen 3, Belakang PETRONAS).


9 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultan Shaklee Anda

#1 Servis Penghantaran ke rumah anda!

Jika anda perlukan produk Shaklee, inshaAllah saya/suami boleh hantarkan ke tempat anda di kawasan Bandar Baru Bangi secara PERCUMA! Saya dan suami adalah agen Shaklee dan fokus berniaga Shaklee. Jadi inshaAllah kami dapat hantarkan pada bila-bila masa (weekdays/weekend, siang/malam) atas persetujuan bersama :)


#2 Penghantaran Melalui Poslaju / GDex / Citylink ke Seluruh Malaysia!

Kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dengan kos:

Minimum
RM 7 - 10 (semenanjung)
RM 10 (Sabah/Sarawak)

FREE postage
Pembelian melebihi RM 600





#3 Produk Shaklee Ready-stock

Kami sentiasa ada ready-stock produk Shaklee kerana kami restock produk Shaklee minimum 2 kali seminggu. Biasanya lebih dari itu :)




Dan terbaru, kami sudah membuka pejabat di Seksyen 3 untuk lebih mudah para pelanggan untuk bertemu kami.

Staf kami akan membantu anda membuat belian :)


#4 Agen Shaklee Bertauliah

Saya telah menghadiri Wellness Workshop (basic Product Workshop) dan Train The Trainer Workshop (advanced Product Training) dan kini merupakan Certified Shaklee Product Trainer. InshaAllah saya akan bantu anda mencapai kesihatan yang anda inginkan melalui ikhtiar dengan Produk Shaklee.

Telah melepasi ujian kelayakan sebagai Shaklee Product Trainer

Train The Trainer Workshop

Sijil Wellness (Product) Workshop


#5 Pengguna Shaklee Berpengalaman Sejak 2010

Saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2010 hingga kini. Secara jujurnya, sejak itu saya tidak cuba produk supplement jenama lain. Dengan ikhtiar ini, Alhamdulillah saya dapat menyusukan 3 anak-anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Walaupun ketika saya hamil, saya tetap menyusukan anak saya. Saya belum berhenti menjadi ibu menyusu sejak anak pertama saya lahir, bersambung kepada anak kedua dan ketiga pula kini.

Saya percaya supplement sangat penting dalam penyusuan, kehamilan, dan berpantang, apatah lagi menjalani kehidupan sebagai seorang ibu, isteri, dan businesswoman.



Suami saya, anak-anak saya, serta keluarga saya juga pengguna Shaklee hingga kini.

Suami saya sebelum ini mempunyai masalah Eczema sejak sekolah menengah. Sehingga sanggup mendapatkan injection untuk meredakan ketidakselesaan. Selepas mengamalkan Vivix, ESP, dan Alfalfa, Alhamdulillah Eczema nya tidak mengganggu hidupnya lagi. Malah rakan-rakan puji kulitnya yang cantik! Baru-baru ini pula ketika di bulan Ramadhan, beliau mengalami kebakaran pada kulit. Dalam masa 3 minggu kulit beliau sudah pulih 99% dengan asbab Produk Shaklee.

Kesan positif selepas kulit suami saya terbakar


Ummi saya menghidap Tibi selepas balik dari menunaikan haji 2014, Alhamdulillah supplement Shaklee sangat membantu.

Abah pula, sakit lututnya semakin berkurangan. Ibu mentua saya sudah semakin kurus, gula dalam darah sudah di tahap normal. Bapa mentua pula sudah berhenti merokok!


#6 Agen Shaklee yang Komited Sejak 2012

Saya mula berbisnes Shaklee sejak Mac 2012. Pada Jun 2013, saya mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator.

Pada Januari 2014 pula, suami saya mula bersama-sama berganding bahu menjalankan bisnes ini setelah berhenti bekerja di Petronas sebagai Human Resource Executive (pengalaman selama 6 tahun).

InshaAllah kami suami isteri komited membantu anda berikhtiar meningkatkan tahap kesihatan anda.


#7 Syarikat Berdaftar Dengan SSM

Kami syarikat berdaftar dengan SSM dengan nama MSE Legacy Sdn. Bhd. (1099010-P) dan mempunyai pejabat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.


#8 Konsultansi Eksklusif Buat Para Pelanggan Kami

Anda layak mendapatkan konsultansi (after-sales service) dari kami eksklusif buat semua pelanggan kami.


#9 Konsultansi Pantas dan Mesra

Kami boleh dihubungi di 012-229 5680 (Nadiah) / 012-237 2641 (Amir) / 011-20200300 (HOTLINE). Peribadi kami yang ceria inshaAllah membuat anda selesa dan tidak berasa janggal.

Jadi, warga Bandar Baru Bangi yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD atau mahu daftar jadi ahli Shaklee, boleh hubungi kami ya :)

Continue Reading

August 19, 2015

Mengapa Aku Sakit, Ya Allah?

14 HIKMAHNYA SAKIT

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya. Buktinya:

1) Sakit itu Zikrullah
Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu Muhasabah
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu Nasihat
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.




8) Sakit itu Penghapus Dosa
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa
Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya.

10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Sharing dari group Whatsapp. Moga pahala buat yang menyampaikannya. Aameen.
Continue Reading

7 Sebab Mengapa Bayi Menangis

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama 1 hingga 3 jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan eye-contact, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.




MENGAPA BAYI MENANGIS?

1. "Saya lapar!"

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda menyusukan bayi anda, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak dalam satu-satu masa. Oleh itu, bayi akan kerap lapar. Jika bayi menangis, cuba berikannya susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walaubagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. "Saya perlukan keselesaan!"

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor, ini membuatkan mereka rasa tidak selesa. Sesetengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Periksalah lampin bayi dan tukarkannya. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. "Saya perlu kehangatan!" (tidak terlalu panas atau terlalu sejuk)

Sesetengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda perlu cepat belajar bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapisan baju, sehingga bayi berasa terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa.

Jika bayi berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu.

Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya bayi tidak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. "Saya perlu dipeluk!"

Sesetengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa.

Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. "Saya perlukan rehat!"

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi".

Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan rangsangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum bertenang dan terus tidur.

6. "Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat!"

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya sama ada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tidak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah Doktor Pakar Kanak-kanak atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

- muntah-muntah
- cirit-birit
- sembelit

7. "Saya perlukan sesuatu, tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu!"

Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau colic.

Kembung atau colic didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang mengalami kembung, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Sumber: Babycenter.com


Vitamin Shaklee Untuk Penyusuan?
012-229 5680
Nadiah Suhaidi
Continue Reading

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.