February 27, 2019

3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai

3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai
3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai

1. Handsocks dari Kulsocs

Material dia lycra lembut dan stretchable, so tak melekat sangat kat kulit, dan breathable (tak panas). Jadi selesa pakai selalu.

Panjang dia sampai atas sikit pada siku.

Corak agak menarik pada pendapat Nad. Yang plain pun ada.

Untuk mereka yang berlengan lebih sado, mungkin boleh pakai bawah siku tapi lipat sikit kasi overlap.

Harga agak mahal sikit dari handsocks biasa iaitu RM 30. Boleh try search kat FB or IG Kulsocs untuk buat belian.

2. Handsocks dari SatuMakna4u

Material cotton stretchable. Kemas pada tangan.

Apa yang Nad suka pada handsocks ni ialah dia pendek tak sampai siku pun. So kalau kita dah pakai lengan panjang tapi takut terselak juga kadang-kadang, sangat sesuai pakai handsocks ni.

Dan yang best, handsocks ni ada 2 sides of different colors! Boleh pakai both sides. So bila kita beli sepasang, bermakna kita dapat 2 warna 😍 Macam yang dalam gambar ni, another side dia warna light grey.

Warna dia plain tapi sebab material dia macam ada belang-belang sikit so nampak cantik pada mata Nad. Hat ni Nad baru beli tapi terus jatuh cinta once pakai 😍

Harga pun murah sangat, RM 7 je sepasang.

Cuma Nad rasa ada warna yang dia stretchable dia kurang kalau orang yang berlengan lebih sado nak pakai. So better try satu-satu dulu ok.

Boleh beli dari IG atau website mereka. Cari Handsocks Ayna.

3. Handsocks sangkut ibu jari

Tak tahulah nama sebenar dia. Hehe. Tapi masa Umrah Nad memang selalu pakai handsocks yang ni.

Material dia selesa. Lycra lembut. Dia longgar so memang breathable. Panjang dia atas siku.

Harga yang Nad survey belasan ringgit. Nad kurang pasti sebab yang ini dapat hadiah dari kawan. Tapi Nad recommend juga pada anda untuk cuba.

Ok, itu saja sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dengan handsocks. Moga membantu kawan-kawan yang mungkin baru nak berjinak-jinak pakai handsocks.

1 langkah kita nak dekat dengan Allah, 1000 langkah Dia mendekati kita ❤️


Love,
Nadiah Suhaidi
Continue Reading

February 26, 2019

Insentif Trip Shaklee Untuk Abah

Insentif Trip Shaklee Untuk Abah
Insentif Trip Shaklee Untuk Abah
Baru saja selesai ‘melamar’ Abah untuk hadiahkan FREE Trip Shaklee ke Phuket bulan November nanti.

Abah ni busy sokmo. Tu kena cakap extra awal 🤣 Minta Abah block tarikh tu siap-siap.

Insentif Trip Shaklee ke Phuket, Thailand
Kena pulak tarikh trip tu dengan birthday dia. MasyaAllah, cantik sungguh plan Allah. Suka dia 😍

Trip Shaklee tak sama dengan trip yang kalau kita pergi sendiri. Memang exclusive. Hotel best-best. Dapat gift best-best. Tak payah bayar sesen pun. Dapat duit belanja lagi. Luggage pun Shaklee beri. Beruntung sungguh!

Sebelum ni Ummi, Mak, Ayah, Zahin dah merasa trip ke Jepun, US, dan Itali. Tahun ni Alhamdulillah giliran Abah pula 😍

Ummi, Nad dan Abah
Seronoknyaaa walaupun Nad tak pergi sebab turn jaga anak pula masa tu 🙊

Moga dipermudahkan plan kami untuk membahagiakan orang yang tersayang ❤️
Continue Reading

February 25, 2019

Kelebihan YOUTH Radiance C Plus E Shaklee

Kelebihan Radiance C + E Youth
Kelebihan Radiance C + E Youth
Radiance C + E dihasilkan dengan dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang dipatenkan dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E juga mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit selepas menggunakan serum Youth.

Kapsul berdos tunggal ini mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.


Bahan-bahan Utama Radiance C+E ialah
20% Pure Vitamin C, Vitamin E, plus Raspberry.
Untuk penggunaan selama 60 hari.



Continue Reading

Kelebihan Anggur Muscadine

Kelebihan Anggur Muscadine 
Anggur Muscadine ialah Anggur dari Alam Yang Luar Biasa.

Kerana ia adalah diantara 8,000 jenis anggur di dunia, yang mempunyai buah anggur terbesar dan luar biasa. Size yang besar, tahan rintangan dan mengandungi antioksidan membuatkan ia menarik perhatian saintis Shaklee, untuk menjadikan ia dalam bentuk minuman yang sihat dan pekat untuk kita semua.

Kelebihan Anggur Muscadine diantaranya ialah


1. Kulit dan biji lebih tebal= Antioksidan Berkuasa.

Anggur Muscadine mempunyai kulit dan biji yang tebal daripada anggur biasa yang terdapat di pasaran.

  • Ciri uniknya menjadikannya lebih tahan terhadap serangga perosak dan boleh hidup di dalam keadaan yang panas dan berpasir.
  • Kulit dan benihnya mengandungi 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida berbanding beri biru, melindunginya dari penyakit, virus, bakteria, perosak dan lumut.


Berita baik! Dapatkan perlindungan antioksida yang sama dalam badan anda' apabila anda mengambilnya!



2. Anggur Muscadine mempunyai Poliferol - Kawan Baik kesihatan Anda


Kepekatan polifenolnya yang tinggi didapati berkesan untuk mengekalkan kesihatan yang baik kerana sumber antioksidannya yang hebat:

  • Meningkatkan pengeluaran tenaga.
  • Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat.
  • Mengawal tekanan darah dan tahap glukosa yang sihat.
  • Mengekalkan kesihatan sel.


3. Kromosom Lebih = Kuasa Antioksidan Tambahan.



  • Anggur Muscadine mempunyai 20 kromosom berbanding 19 kromosom pada anggur lain.
  • Kromosom tambahan yang unik ini membolehkan anggur Muscadine menghasilkan jumlah Asid Elagik yang tertinggi.
  • Sejenis polifenol, Asid Ellagik didapati sebagai agen anti-radang, anti-bakteria dan anti-virus yang berkuasa.

Continue Reading

February 21, 2019

Nadiah Suhaidi Dan Irine Nadia

Nurul Nadiah Dan Irine Nadia
Nadiah Suhaidi dan Irine Nadia

“Your sister?” seorang jemaah dari Bangladesh di sebelah kanan Nad bertanya, merujuk kepada cik adik di sebelah kiri Nad. Ketika itu di dalam Masjid Nabawi.

Nad pandang Irine. Senyum. Lalu angguk-anggukan saja kepala. Sebab susah nak describe nak cakap sideline bisnes ke apa. Kang dia pening pula 

Di situasi lain. Jemaah Malaysia tanya. Siapa nama Nad. Nad jawab, saya Nadiah. Irine di sebelah akan menyampuk cakap “Saya pun Nadia” 😂

Betul telahan Nad. Orang yang berjaya ni tak sombong, friendly, down to earth je. That’s why mereka ramai follower, ramai yang senang dengan mereka.

Banyak yang Nad belajar dari cik adik muda dan cantik ni.

Kagum. Dari umur 15 tahun Irine dah mula aktif blogging dan buat bisnes. Bila Nad tanya cerita apa kat blog usia 15 tahun? Katanya dia share pasal family, pasal kucing, etc 😁

Now Irine dah 27 tahun. 12 tahun konsisten share perkara baik setiap hari. Di antaranya Irine selitkan juga bisnes.

Pelanggan membeli banyaknya sebab kita. Barulah sebab produk. Tapi tak bermakna kita boleh jual produk yang tak berkualiti. “Lepas buat jualan, iringi dengan servis yang tip top.” Itu pesan mentor kami.


Berkongsilah sesuatu yang boleh diambil pelajaran kepada orang lain di media sosial. Ia akan jadi saham akhirat kita. Jangan tulis sesuatu yang sia-sia, apatah lagi yang negatif. Sentiasa perbetulkan niat. Nad remind diri sendiri.

Tanya diri, will Allah love this? If yes, teruskan.

Berazam nak tulis yang lebih bermanfaat lagi. Yang bila kita meninggal pun, masih berbekas di hati pembaca.

Media sosial boleh melalaikan, media sosial boleh menghiburkan, tapi media sosial juga tempat kita sebarkan kebaikan, dan sending positive vibes.

Orang yang sentiasa nampak positif, bukanlah kerana mereka tak ada masalah. Sebetulnya, lebih ramai follower, lebih besar juga cabarannya.

Cuma, how we deal with the situation. Bagaimana kita tukarkan yang negatif kepada yang positif. Dan hanya mempamerkan yang positif, dan menyimpan yang negatif itu sendirian. 
Biarlah hanya kita dan Allah yang tahu 💕

Happy sharing kawan-kawan. 
Berbisnes atau tidak, biarlah media sosial jadi saham syurga buat kita. Aameen.

Continue Reading

Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita)


Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita), Umrah Shaklee,

Dibawah ada perkongsian dari Kakak Chena yang menjadi kawan Nad semasa menunaikan umrah Shaklee baru-baru ini. Tips ini sangat membantu kami kerana maklumlah, tubuh badan kami yang kecil ini tidak mampu berasak-asak dengan jemaah dari negara lain.

--------

Izinkan chena berkongsi tips ini pada semua bakal tetamu Allah swt.

Kebiasaanya, tips ini boleh digunakan ketika lawatan ke Raudhah ketika malam hari. Untuk wanita, pintu masuk ke laluan Raudhah akan ditutup jam 11 malam
Jadi, masuklah at least pada jam 10.30 malam.

Ikutlah arahan askar wanita masjid nabawi. Ada beberapa tempat yang akan dilonggokkan sebelum masuk ke Raudhah. Kebiasaanya, jemaah diasingkan mengikut region bangsa. Contoh Asia seperti kita.

Ikut pengalaman Chena, chena suka memberi laluan kepada semua jemaah yang ada diruang menunggu untuk masuk ke dalam Raudhah. Jadi masa menunggu itu kita boleh solat sunat, mengaji dan berzikir. 

Biasanya jam 12.00 malam barulah jemaah mula kurang dan biasanya orang Asia adalah jemaah terakhir yang akan dipanggil masuk ke dalak Raudhah. Dan ikutilah masuk.

Kemudian, askar wanita akan menutup pintu utama Raudhah. Jadi kita tunggu dibelakang sehingga ada ruang untuk solat. Kita akan lihat jemaah semakin kurang dan ruang untuk beribadah semakin lapang.

Jadi, cari carpet hijau dan ambil masa ini untuk banyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat, solat hajat, berdoalah dalam sujud, jika kita berdoa dengan mengangkat tangan, askar akan menganggap kita sudah habis dan akan disuruh keluar. 
Dan buatlah sujud syukur sebab Allah izinkan kita beribadat di taman syurga ini.

Masa ini, kita boleh solat sunat banyak kali tanpa asakan daripada jemaah lain. 
Solatlah dan berdoalah dengan tenang.

Bak kata kawan chena, solatlah sejuta kalipun.

Allahuakbar.

Apapun, semua ini dengan Izin Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pesanan Ringkas : Bawa spray wuduk buat mereka yang mudah terkentut. Boleh ambil wuduk semula di dalam.

Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita), Umrah Shaklee,
Gambar kenangan selepas pulang dari Raudhah jam 1.30 malam
Continue Reading

Testimoni Vivix : Ketuat

Testimoni Vivix : Ketuat
Selama ni saya hanya tahu ketuat ni hanya tumbuh di kaki aje. Saya tahu ianya berakar dan perlu ada ubat khas kena selalu sapu supaya ia tanggal dengan sendiri. Doktor kata ia susah nak hilang sebab ada akar.

Baru ni saya dapat mesej ada orang nak beli Vivix, kebetulan customer dapat no saya dari ahli keluarganya. So saya tanya la mengapa beliau mencari Vivix.

So ahli keluarga ni pun buka cerita, dia bawa balik Vivix masa menunaikan umrah sebelum ini. Kebetulan dia bawa untuk rasa bertenaga sepanjang di sana. Jadi ada la ahli keluarganya yang diberi rasa Vivix tu. Bukan sekali dua tapi selama ada di sana, sahabat saya ni akan share Vivix dengan ahli keluarganya.

Balik Malaysia salah seorang ahli keluarga sahabat saya ni bukalah cerita. Rupanya beliau ada penyakit macam ketuat yang tumbuh di badan dan kakinya. Bukan sedikit tapi banyak.Puas dah makan ubat doktor dan sapu krim yang disarankan. Ia tetap tumbuh dan makin lama makin banyak. Bertahun beliau menderita akibat penyakit ini.

Oleh sebab tu pesakit ni akan sentiasa memakai pakaian bertangan panjang dan seluar yang tertib kerana tak mahu ahli keluarga dan kawan-kawan melihat penyakitnya.

Namun selepas balik Umrah, benda yang tumbuh itu terhenti seketika. Manakala yang selama ini hidup atas kulit tangan dan kakinya menjadi hitam malah ada yang gugur dengan sendirinya. Allahu akhbar. Rasa nak nangis kerana baru terjumpa yang beliau rasa menjadi penawarnya.

Maka beliau membuat keputusan nak beli Vivix sebotol untuk lihat kesan yang lebih baik. Alhamdulillah, penyakit yang macam ketuat di atas kulitnya dah tidak tumbuh lagi. Yang lama dah mati dan kehitaman. Malah dah banyak yang gugur dengan sendiri.

Sebenarnya asbab aje Vivix ni, kerana Allah juga yang beri keizinan untuk sembuh. Alhamdulillah berkat sabar dia jumpa penawar yang dicari brtahun lamanya. Wallahu alam.

Moga pesakit ini terus sembuh dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Amin.

Testimoni diatas kredit to Master Norita


Continue Reading

February 01, 2019

Menang Angpow Vivix Sempena Promosi Shaklee

Menang Angpow Vivix Sempena Promosi Shaklee
Menang Angpow Vivix Sempena Promosi Shaklee 

Berbaur-baur perasaan ni.


Excited, happy, hopeful..

Pagi ni buka je fon, ada ahli yang makan sendiri order barang bernilai RM 2K lebih. MasyaAllah pagi-pagi sales dah masuk 😍

Beliau beli Vivix 4 botol dan produk Shaklee yang lain. Maka dia dapat cabutan 2 kali sempena promo Shaklee bulan ni. Berdebar juga tunggu dapat apa. #EncikGajah pi belikan kat HQ. Kebetulan memang nak restock barang juga.

Menang Angpow Vivix Sempena Promosi Shaklee
Encik Gajah Menang 1 Vivix dan 1 Lecithin

Selepas selesai mengadu kat Allah, buka fon tengok rupanya dia dapat hadiah Vivix dan Lecithin! MasyaAllah Alhamdulillah really happy for her! Rezeki Jumaat katanya. Murah rezeki untuk anak yang tak berkira belikan supplements untuk Mak Ayah 💕

Promosi Vivix Shaklee
Promosi Shaklee Feb 2019
Then staf kami update ada new member register, berminat nak beli Vivix untuk ikhtiar Kanser Serviks beliau. Sebelum ni dah consume 3 botol, Alhamdulillah bagus katanya. Moga kami dapat bantu beliau semakin sihat juga nanti.

Nad doakan anda semua juga dilimpahkan sales dan rezeki yang berlipatkaliganda untuk bulan ini. Aameen ❤️


Continue Reading

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.