March 29, 2019

7 Makanan Punca Jerawat

Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan 7 Makanan Punca Jerawat yang mudah nak timbul. Ada beberapa faktor kenapa jerawat ini terjadi diantaranya ialah muka berminyak,  gangguan hormon apabila "period", kurang penjagaan muka dan juga cara pemakanan kita sendiri.

7 Makanan Punca Jerawat


PRODUK TENUSU
Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


MAKANAN BERGORENG
Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.


MINUMAN BERALKOHOL
Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


KUNING TELUR
Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


MAKANAN SEGERA
Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.


UDANG DAN MAKANAN LAUT
Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.

Okes, sekarang kita dah tahu kan 7 makanan punca jerawat. Jadi, kita hanya perlu kurangkan pengambilannya sahaja agar ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Continue Reading

March 25, 2019

Short Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Poster Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal mengingatkan Nad kepada filem Shrek, di mana ada banyak watak Disney dalam tu.

Bergambar sebelum tengok wayang

Cuma yang uniknya, filem terbaru Upin Ipin ni ada bermacam watak dari kisah dongeng zaman dahulu yang banyak pengajaran. A good way to introduce watak-watak dan cerita-cerita tu pada kanak-kanak zaman milenia ni.

Raja Bersiong, Si Tanggang dan ibunya Deruma, Mat Jenin, Bawang Putih dan Merah, antara watak yang ada dalam filem tu.

Kisah Todak, wayang kulit, dan pisang salai juga ada. Erm, Ummi Abi pun tak pasti dah pernah rasa ke pisang salai tu 🙊

Selebihnya kena tengok sendiri. Hehe.

An Nur Ziyani

Triple Z

Idea asal dari Founder Les Copaque sendiri iaitu Hajah Ainon Arif. Jalan cerita menarik. Dari awal hingga akhir seolah tak terasa, penuh aksi dan tak bosan. Tambah best lagi bila ada plot twist.

#EncikGajah yang memang particular bab gambar dan video ni, cakap animasi ni memang hebat setanding antarabangsa. Memang cantik!

Dari segi lagu pun best dengar. Nad memang minat bab-bab lagu ni. Siap ada gambus lagi. Best best best 😍

Adegan yang buat menitis air mata pun ada. Kisah-kisah kemaafan yang menjadi magis ❤️

Ok dah. Tu saja review dari seorang Mak anak 3 😂 Hangpa boleh pi beli tiket laju-laju. Hehe.

Makan selepas tengok wayang


Sayang sokmo,
Nadiah Suhaidi a.k.a Puan Nadxoxo :)

Continue Reading

March 19, 2019

Persediaan Umrah Kali Pertama Untuk Wanita

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah bulan lepas Nad baru saja menunaikan Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Jadi sekarang, Nad nak share dengan anda apa persediaan yang perlu kita buat sebelum kita menjejakkan kaki ke tanah suci.

A) PERSEDIAAN ILMU

Bagi Nad, persediaan ini paling penting. Sebab once kita berilmu, inshaAllah minda kita bersedia dah nak beribadah di sana. Bagaimana caranya?

1. Baca Buku

Macam Nad, Nad mulakan dengan baca buku tentang Umrah / Haji. Biasanya orang yang dah pernah pergi Umrah / Haji, ada buku panduan. Cubalah tanya parents kita atau Mentua. Macam Nad, Nad pinjam je dari Mak Mentua Nad. Jadi, dari situ dah mula dapat gambaran dah apa tu ibadah umrah.

Buku dipinjam dari Mak Mertua berkaitan Umrah dan Haji
2. Tengok Video

Untuk tambah lagi kefahaman, Nad tengok video di Youtube, ustaz terangkan tentang ibadah umrah. Nad suka tengok video Ustaz Shamsuri terangkan ni. Mudah faham, dan tak rasa complicated.



3. Kursus Umrah

Biasanya, agensi yang bawa kita akan buat Kursus Umrah. Kosongkan waktu kita dan silalah hadir. Masa tu kalau kita tak faham, boleh terus tanya je.

Umrah Shaklee
Selepas selesai Kursus Umrah & Taklimat untuk Trip Percuma Shaklee

B) PERSEDIAAN KESIHATAN

Sebelum berangkat menunaikan umrah juga, pastikan kita ambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Penting sebab di sana ada bermacam jenis orang dari seluruh dunia yang kita tak pasti status kesihatan mereka. Vaksin ini untuk mencegah jangkitan pada otak.

Kad ini perlu dihantar kepada agensi umrah. Paling lambat, kena cucuk 2 minggu sebelum berangkat. Tapi agensi umrah kami nak awal kad ni, jadi kami cucuk sebulan sebelum berangkat.

Kad suntikan vaksin umrah


C) PERSEDIAAN PASSPORT

Nak pergi ke luar negara, jangan lupa pula check tarikh luput passport ya. Pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia.

Pastikan passport mempunyai sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia


D) PERSEDIAAN BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI

Basically, kita pergi umrah, banyak masa di masjid. Jadi bersedialah dengan pakaian untuk ke masjid.

1. Telekung sembahyang x 3
Bawa yang paling selesa kita pakai. Warna apa tak kisah. Bawa 1 je kain, untuk kalau solat di bilik. Biasa kita ke masjid tak bawa kain. Just pakai stokin. Bawa juga 1 helai telekung warna hitam, untuk mudah masuk Raudhah (kena pakai serba hitam), boleh menyelit bersama orang Arab. Tak perlu tunggu turn orang Asia yang biasanya paling last.

Telekung Hitam
2. Stokin tawaf x 2
Beli yang murah pun ok, dalam belas-belas je harganya. Tapi sangat membantu. Bila kita tawaf diikuti dengan saie, sangat banyak jalan. Nad pernah tak pakai stokin tawaf ni, pakai stokin biasa. Boleh je, tapi dah terasa di tumit tu. Mujur balik, makan Ostematrix tu dah ok dah. Tak lah melarat.

Stokin Tawaf
3. Jubah x 4 / Blouse labuh
Kalau tak cukup, boleh beli kat sana. Hehe.

4. Seluar
Pakai dalam jubah / dengan baju labuh / dan buat tidur. Sana tak berpeluh sangat. Hehe.

5. Tudung & anak tudung - untuk ziarah kalau taknak pakai kain sembahyang. Nad pakai khimar, beli kat Hijab Galeria. Boleh bawa solat terus. Banyak juga tudung ready-solat.

6. Stokin panjang tebal - untuk pakai solat. Nad pakai brand Larrie, 2 pasang RM 11 macam tu. Tak kulit kaki bila solat.

Stokin tebal Larrie. Tak nampak kulit.

7. Hand socks

Cover aurat lengan.

Handsocks. Sewaktu umrah, Nad selalu pakai yang hitam tu.

8. Sejadah
Kena selalu bawa ke masjid sebab maybe kena solat kat atas marmar. Cari yang tak berapa besar dan tak berapa tebal, yang mudah lipat masuk beg.

9. Purdah
Pakai masa nak masuk Raudha juga. Blend in dengan orang Arab. Kalau musim panas, membantu masa berdebu.

10. Long john x 3 - kalau pergi waktu musim sejuk. Bulan lepas Nad pergi masih sejuk especially pagi, kena pakai long john.

11. Pakaian dalam
Of course

12. Pakaian di bilik
T-shirt / kain batik

13. Kasut / selipar extra
Backup kalau apa-apa jadi pada kasut sedia ada.

14. Al-Quran

15. Botol spray wuduk
Boleh berwuduk di dalam flight atau sewaktu menunggu nak masuk Raudhah. Lama menunggu turn. Ada kemungkinan terbatal wuduk masa ni, dan jauh dari toilet. Nak pakai masa gi toilet dalam flight pun boleh. Haha.

Spray Wuduq


16. Power bank & phone cable

17. Towel kecil - kalau ambil wuduk guna botol spray wuduk, buat lapik supaya air tak menitik ke lantai. Multipurpose juga.

18. Tumbler
Untuk isi air Zam-zam kalau pergi masjid. Boleh minum ketika dalam masjid, dan isi untuk bawa balik. Jangan bawa yang besar sangat tau. Pengawal tak beri kebenaran.

19. Sunglass
Silau di sana. Pakai bila perlu.

20. Hanger
Untuk jemur baju. Dobi mahal. Basuh je sendiri. Barulah terkenang zaman duduk hostel. Hehe.

21. Universal adapter - optional, sebab macam hotel Nad duduk haritu dia punya plug point sama macam Malaysia. Nad tak pasti hotel lain. Mungkin sama. Tapi tak rugi bawa 😊

22. Phone charger
Iya jangan lupa.

23. Ubat-ubatan
Jika on medication, atau jika kurang sihat di sana.

24. Supplements
Paling wajib Nad akan makan Ostematrix (Kalsium) untuk lenguh-lenguh, sakit pinggang, sakit kaki. Sangat penting waktu travel. Selain tu Vitamin C to make sure badan kita kuat imun. Sana cuaca sejuk / panas, ramai orang. Ramai mudah jatuh sakit. Alhamdulillah Nad sihat sepanjang di sana dan selepas balik ke Malaysia. Kena sihat sebab Nak full blast ibadah sana kan. Bukan selalu dapat peluang.

25. Barang penjagaan diri
Skincare, toileteries, jangan dilupa. Sana kering. Nad bawa Herbal Blend untuk sapu di kulit badan. Dan untuk area muka, Nad sapu Moisturizer SPF 50 / Night Cream Youth Skincare untuk elak / kurangkan kering.

Rasanya itulah semuanya. Kalau kawan-kawan ada nak tambah, silakan di bahagian komen ya. 
Moga sama-sama dapat pahala.



Continue Reading

Insentif Trip Shaklee 2020 ke Switzerland dan Korea.





Haiiii bertuah sungguh nak bergambo dengan 3 ketui soleh solehah ni 😂 Macam-macam pesen ada.

Ok just nak cakap next cycle, Shaklee akan belanja FREE Trip pergi Switzerland 🇨🇭

Trip Shaklee best, dapat bawa pasangan, anak-anak, mak ayah, mentua juga 💕

Moh ler kita berusaha terussss!

Berminat nak tahu Shaklee bawa ke mana tahun depan dengan lebih detail?

Jum lihat 2 teaser ini

Trip ke Korea Selatan


Trip ke Swiss




Continue Reading

March 14, 2019

Cara Tradisional Nak Hilangkan "Mata Panda"

Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca blog kami.

Pagi ini, Amir nak kongsikan beberapa cara tradisional nak hilangkan "mata panda". 
Apa tu "mata panda"? Ini hanya gelaran kepada orang yang mempunyai mata sembap atau lingkaran hitam di sekeliling mata.

Contoh Lingkaran Hitam di Sekeliling Mata

6 Cara Tradisional Nak Hilangkan "Mata Panda"

1. Kentang Mentah
Langkah pertama ialah sejukkan terlebih dahulu kentang mentah dan potong separuh. Letak kepingan kentang yang sejuk tadi di atas mata selama 15-20 minit.


2. Timun
Cara ini biasa orang buat. Potong timun yang sejuk kepada 2 keping. Kemudian letak pada mata selama 25 minit.


3. Beg Teh
Basahkan 2 beg teh di dalam air sejuk dan biarkan seketika. Kemudian, letakkannya di atas mata selama 25-30 minit.


4. Sudu Keluli
Sejukkan sudu keluli tahan karat di dalam air berais dan letakkan sudu di atas setiap mata. 
Tukar sudu sambil biarkan satu lagi sudu sejuk dalam air ais. Teruskan gilir-gilirkan sudu sehingga anda melihat mata menjadi bertambah baik.


5. Putih Telur
Pukul beberapa putih telur dan letakkan di sekitar mata anda dan biarkan selama 20 minit.


6. Avokado
Letakkan kepingan avokado masak di bawah setiap mata dan biarkan selama 5-10 minit.


Ada yang terasa macam susah jer nak buat cara tradisional diatas?
Amir kongsikan produk terbaru yang terbukti berkesan selama 7 hari digunakan.

Youth Restoring Eye Treatment ini telah diuji secara klinikal dan para pengguna yang telah mencubanya berpuas hati dengan hasilnya.

Testimoni Restoring Eye Treatment



Info lanjut mengenai Youth Restoring Eye Treatment
Maklumat ringkas mengenai Youth Restoring Eye Treatment

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Nad di no 012-2295680



Continue Reading

March 13, 2019

Kisah Otot Siapa Lagi Keras

Sepanjang Ummi Abi pergi Umrah, #TripleZ tinggal di rumah Mak Ayah #EncikGajah.

Ada satu malam tu, Busu Ty (makcik kesayangan depa) report kisah #seram sebelum tidur.

Bilik dah #gelap dah masa tu. Tengah cakap pasal #objekkeras.

Ziyani: Ontot Ziyani keras tau
Ziyad: Eh yeke. Bontot tak keras laa
Ziyani: Ontot Ani lain. Ontot Ani keras
Ziyad: Ok, meh Ziyad nak try

Ziyad pun lagakan kepala dia dgn bontot Ziyani.

Ziyad: Eh tak keras pun
Ziyani: Ani akai pampers sebab tu tak keras
Ziyad: Eh Ani Ani sini sini. (Dengan nada berbisik) Sebenarnya kepala lagi keras tau!

Tiba-tiba, dummmm! Kepala Ziyad terlanggar kepala Ziyani.

Dua dua nangis.

Busu Ty: Haa sekarang, bontot dengan kepala mana lagi keras?

Dua dua diam.

Ziyad & Ziyani: Kepalaaaaaaaaaaaaaa 😭😭😭 (sambung nangis)

🤣🤣🤣

Agak-agak siapa yang makan #OmegaGuard setiap hari dalam drama seram di atas? 😏
Continue Reading

March 12, 2019

An Nur Ziyani


Dalam kereta tadi, Abang Zahin dan Ziyad gaduh kat seat belakang.

“Zahin! Ziyad! Minta maaf!”

Dua-dua bujang kaku, taknak minta maaf.

“Cepat! Buat tangan macam ni”, hulur tangan untuk salam).

Zahin dah hulur tangan nak minta maaf, Ziyad pula masih kaku.

“Ziyad! Salam! Cakap minta maaf!”

Ziyad pun minta maaf akhirnya.

“Ok, peluk!”

Macam tak percaya je bila Ummi tengok anak dara Ummi cakap semua ni. Bukan keluar dari mulut Ummi.

Ummi pandang-pandang je Abi. Sambil muka tahan nak gelak pun ada.

Dahlah dia berdiri depan Ummi kat co-driver mengadap belakang. Ummi ghase macam duk depan cermin je. Dia buat sebijik macam Ummi buat. Walaupun ada jugak yang dia improvise 😂

Muka dia konfiden, serius je suruh abang-abang dia berdamai. Nampak je kecik, tapi tegas!

Ada yang berani nak jadi menantu? 🤣


Continue Reading

Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah

Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah
Testimoni Vita-Lea : Selera Anak Bertambah

Pagi ini, Amir nak kongsikan 1 kisah testimoni Vita-Lea dari customer kami.

Si ibu ini mempunyai seorang anak berusia 17 tahun. Ada masalah berat badan. 
Apabila anak ini mencuba Vita-lea selama beberapa hari, 
beliau sudah ada selera makan dan berat badan dah naik sedikit.

Alhamdulillah.

Dibawah ini juga Amir kongsikan testimoni bagaimana Vita-Lea bersama supplement lain membantu menambahkan berat badan.



Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk Vita-Lea, 
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad yer.




Continue Reading

March 08, 2019

10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah
10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

Banyak perkara yang Nad baru belajar apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci bulan lalu.

10 Perkara Yang Nad Pelajari Tentang Masjid Nabawi di Madinah / Masjidilharam di Mekah

1. Setiap kali selepas solat fardhu, biasanya memang akan ada solat jenazah (setiap masa ada orang meninggal di sana). Ambil peluang ini untuk raih pahala sebesar Bukit Uhud.

2. Solat Subuh di sana tiada Doa Qunut.

3. Air Zamzam FREE flow. Ada pilihan air yang sejuk atau suhu bilik.

4. Di Mekah, ada Air Zamzam yang mobile. Ada orang galas tongnya dan tuangkan air untuk kita. Mereka berjalan-jalan di sekitar Kaabah.

5. Kawasan masjid sentiasa dibersihkan. Pekerjanya sangat ramai. Ketika tawaf dalam keadaan orang bersesak-sesak, mereka ada cara tersendiri untuk membersihkan lantai dengan efektif. Kagum melihat mereka.

6. Pintu masuk wanita dan lelaki berbeza di Masjid Nabawi. Sebaliknya pula di Masjidilharam. Semua pintu lelaki dan wanita boleh masuk.

7. Anak-anak dibenarkan masuk ke masjid dengan riang tanpa dimarahi oleh sesiapa. Bila lagi nak perkenalkan masjid pada pelapis kita kan?

8. Di Masjidilharam ada kemudahan escalator. Lif juga disediakan untuk pengguna kerusi roda kerana ia bertingkat-tingkat.

9. Perlu membuka beg dan tunjukkan kepada pengawal untuk diperiksa di pintu masuk masjid. Kalau tidak, nanti dia panggil “Hajjah! Hajjah!” 😂

10. Di Safwah Tower, terdapat Level M (Mosque) untuk ruangan solat yang dikira sebagai perkarangan Masjidilharam. Boleh solat berjemaah di situ jika kurang sihat / tak larat / tak sempat ke Masjidilharam (jika kita tinggal di hotel di situ).


Continue Reading

March 02, 2019

Promosi Shaklee Mac 2019

Promosi Shaklee Mac 2019
Promosi Shaklee Mac 2019
Beruntung sangat bulan ini sebab Shaklee adakan promosi Sempena Hari Wanita pada 8 Mac nanti.
Shaklee lancarkan promosi Youth Treatment Set bersama 3 produk yang menjadi pilihan wanita.

Youth Beauty Treatment Set 

🎈1. Set A
Youth Restoring Eye Treatment + Youth Activating Serum
Harga RM 656.25. Anda dapat E-Voucher RM50 (Redeem untuk next belian dengan min RM100).

🎈2. Set B
Youth Restoring Eye Treatment + Radiance C+E
Harga RM 656.25. Anda dapat E-Voucher RM50 (Redeem untuk next belian dengan min RM100).

Apabila anda dapat E-Voucher ini, anda boleh guna untuk next belian produk Shaklee dengan minima belian RM100 dalam satu resit. Best kan? sebab masa ini, anda boleh jimat 50% dari nilai belian RM100 tadi.

TAPI, E-Voucher ini hanya boleh diguna kepada ahli Shaklee sahaja. Jadi, Amir galakkan sangat kalau anda register sahaja sebagai ahli Shaklee dengan bayaran RM65 sahaja.


Berminat untuk tahu info lanjut tentang keistimewaan YOUTH. 
Amir kongsikan dalam entri Youth Shaklee.




Next adalah Promosi Produk Supplement Shaklee.
Ada 3 jenis promosi untuk bulan ini iaitu Vita-Lea, GLA Complex dan Ostematrix.


1. Beli 4 Botol Vita-Lea (Multivitamin)
Harga set ini ialah RM 375
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).

Nak tahu lebih lanjut mengenai Multi-Vitamin yang berusia lebih 100 tahun?


2. Beli 4 Botol GLA Complex
Harga set ini ialah RM 365
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).


3. Beli 5 Botol Ostematrix
Harga set ini ialah RM 306.25
Anda dapat E-Voucher RM30 (Redeem untuk belian seterusnya dengan min RM100).


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nad di 012-2295680




Continue Reading

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.