Apa Itu Covid-19? Ciri-ciri, Bentuk, Gejala, Penyebaran dan Cara Pencegahan Virus Corona |
1. Apa itu Covid19 (Virus Corona)?
Perkataan Corona diambil dari perkataan Mahkota dan diberi nama baru Covid19 (Corona Virus 2019) oleh WHO selepas wabak ini telah mencapai level Pandemik. Ia dilaporkan berasal dari Kota Wuhan, China. Malah, ada sumber mengatakan ia berpunca dari pemakanan haiwan liar di kawasan tersebut seperti kelawar dan ular.
Setakat hari ini, Covid19 telah meragut 11,417 nyawa dan menjangkiti lebih dari 256 ribu orang di seluruh negara. Kementerian Kesihatan China melaporkan virus pertama ini muncul pada 31 Dec 2019. Dikatakan virus ini hampir serupa dengan seperti virus SARS dan MERS yang mengakibatkan banyak kematian. Pihak saintis juga telah mengesahkan bahawa virus ini tersebar melalui manusia ke manusia.
2. Cara Penyebaran Covid19
Sumber dari CNET, Covid19 ini berasal dari keluarga Virus Coronaviridae. Rupanya seakan-akan cincin berduri apabila dilihat melalui bawah microskop. Biasanya virus ini ada pada haiwan ternakan hingga haiwan perliharaan. Apabila virus ini merebak ke manusia, pesakit akan mula mengalami demam, sesak pernfafsan dan radang paru-paru. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti orang tua, boleh menyebabkan penyakit mereka lebih kronik dan boleh membawa maut.
Covid19 ini biasanya merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui
a) Udara samada batuk dan bersin.
b) Kenalan atau ahli keluarga; seperti menyentuh atau berjabat tangan
c) Menyentuh objek atau permukaan dengan virus di atasnya, kemudian menyentuh mulut, hidung, atau mata anda sebelum mencuci tangan anda
d) Melalui najis (kotoran)
e) Melalui udara (Ini penemuan baru oleh saintis 2 hari lepas). Sesuatu yang menakutkan.
3. Gejala COvid19
Gejala Covid19 ini menyebabkan pesakit mengalami gejala pneumonia (sesak nafas). Kebiasaanya, pesakit pada mulanya akan mengalami demam panas yang tinggi, batuk-batuk dan ada masalah kesukaran bernafas.
4. Ubat/Vaksin?
Pada waktu ini, belum ada ubat khusus mahupun vaksin yang dapat melawan dari virus ini.
Setakat ini, pesakit disarankan supaya :-
a) Mengambil ubat tahan sakit dan batuk. Bagaimanapun, Aspirin kepada kanak-kanak tidak dibenarkan. Dan jangan berikan ubat batuk kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun.
b) Menggunakan humidifier bilik atau mandi air panas untuk membantu mengurangkan sakit tekak dan batuk.
c) Mendapatkan banyak rehat.
d) Banyakkan minum air masak.
Baca : Perokok Berisiko Tinggi terkena Covid19
5. Langkah-langkah pencegahan.
Dengan melakukkan langkah-langkah ini, ia dapat mengurangkan risiko kita mendapatkan atau menyebarkan jangkitan;
a) Basuh tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat.
b) Mengelakkan menyentuh muka, hidung, atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
c) Jauhkan diri dengan orang yang sakit.
d) Membersihkan dan menyucikan permukaan yang sering disentuh
e) Menutup batuk dan bersin dengan tisu. Kemudian buang tisu dan basuh tangan.
f) Duduk di rumah.
Baca : Makanan Terbaik untuk Tingkatkan Imun Badan
Status Covid19 di Malaysia as of 20 Mac 2020. |
Virus ini bukan hanya ada di China, ia sudah merebak ke 185 buah negara di seluruh dunia. Akibat penyebaran virus ini, China telah menutup Kota Wuhan, dan 17 bandar lain di seluruh China serta membatalkan semua pengangkutan dari luar dan dalam bandar yang terlibat.
Baca : Rawatan Menggunakan VitaminC terhadap Covid19
Di Malaysia pula, Covid19 sudah masuk fasa gelombang ke 2 dimana seluruh negara berada dalam Perintah Kawalan Berkurung bagi memastikan penyebaran Covid19 ini tidak semakin teruk. Setakat 20 Mac, 2 orang disahkan meninggal dunia dan 1030 orang disahkan positif.
Nasihat Amir, patuhi arahan Kerajaan dan berada di rumah untuk kurangkan risiko terkena jangkitan Covid19 ini.
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)