Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19

Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19
Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19
Beberapa hari lepas, WHO telah keluarkan amaran mengatakan wabak Covid19 ini sudah mecapai level Pandemik. Setakat hari jumaat ini, wabak Covid19 telah menjangkiti lebih dari 156ribu orang di 146 buah negara dan telah mengorbankan 5,612 mangsa.

Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19
Status Covid19 pada 15 Mac 2020

Pada yang tidak tahu, cara serangan Covid19 ini lebih kepada sistem pernafasan. Kepada warga emas, kanak-kanak dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah menjadi sasaran mudah untuk virus ini menyerang.

Baca : Makanan Terbaik Tingkatkan Imun Badan

Amir syorkan kepada perokok biasa mahupun vape, anda mempunyai risiko tinggi untuk serangan ini kerana bahan yang dihisap itu melemahkan sistem imun badan anda. Even ambil Vitamin C pun, ia masih tidak dapat menangkis serangan kerana sistem imun dalam badan telah pun lemah akibat tabiat merokok yang merosakkan sistem pernafasan anda dari mulut sampai ke paru-paru.

Malah, kesan rokok ini boleh merebak ke perokok pasif/sekunder iaitu orang ramai disekeliling mereka yang terdedah dengan asap rokok seperti isteri, anak, ahli keluarga dan rakan-rakan. Even tak merokok di depan mereka pun, kesan asap rokok pada baju anda itu boleh tempias kepada mereka ini.

Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19
Status terkini Covid19 di Malaysia pada 15 Mac 2020
Baca : Tanda-tanda Sistem Imun Badan Lemah

Tahukah anda?

Menurut statistik wabak COVID-19 di China, lelaki lebih ramai mati berbanding perempuan. Ini mungkin disebabkan ramai daripada lelaki tersebut merokok. Didapati juga kadar kematian bagi perokok lebih tinggi, sebanyak 14 kali ganda berbanding yang bukan perokok.

Baca : Rawatan menggunakan Vitamin C untuk Pesakit Covid19

Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19

Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19



Semoga kita semua ambil iktibar dan nasihatkan pada perokok yang kita kenali. Sekarang adalah masa terbaik untuk mereka berusaha berhenti merokok.

Kongsikan info ini sebagai tanda sayang kita kepada mereka. Insyaallah, sama-sama kita berdoa dan usaha yang terbaik.

Sumber info dari Center for Tobacco Research Control & Education

Baca: Cara Terbaik Elak Influenza

Post a Comment

0 Comments