Kaedah Terbaik untuk Mendapatkan Vitamin C secukupnya

Kaedah Terbaik untuk Mendapatkan Vitamin C secukupnya
Kaedah Terbaik untuk Mendapatkan Vitamin C secukupnya


Apakah kaedah terbaik untuk mendapatkan Vitamin C secukupnya?

🍊 Ada 5 cara yang boleh anda ikuti ;

1. Makan buah-buahan dan sayuran mentah jika boleh. Apabila kita masak sayuran, ia memberi kesan kepada vitamin larut air, seperti vitamin C.


2. Simpan semangkuk buah-buahan yang kaya vitamin C di dalam rumah. Mulakan sarapan pagi dengan mengambil buah oren, anggur, mangga atau kiwi.

3. Sewaktu makan tengah hari, masukkan menu ringan seperti brokoli mentah atau direbus dan lada capsicum kerana kedua-duanya mengandungi Vitamin C yang tinggi.

4. Cuba makan lebih banyak sayur-sayuran yang ditapai. Sayur apa pula tu?

Tahukah anda, rakyat Korea mempunyai hidangan kimchi (resipi tradisional mereka yang diperbuat daripada kubis yang ditapai). 1 hidangan kimchi ini bersamaan kira-kira hampir separuh daripada nilai keperluan Vitamin C kita. Satu lagi makanan yang dinamakan Sauerkraut juga merupakan kubis yang ditapai, hampir serupa dengan Kimchi.

Baca : Vitamin C melindungi dari Virus Covid19

5. Kalau kawan-kawan rasa 4 langkah diatas agak sukar, apakat cuba ambil supplement Vitamin C dari sumber asli dan terbukti selamat diambil. Nak tahu apa pilihan Amir?

🍊 Semestinya Vitamin C sustained release yang diperbuat dari buah Jagung, sesuai untuk orang yang ada perut sensitif. Malah, Vitamin C ini juga mengandungi sistem release berperingkat, 100mg setiap jam selama 5 jam bagi memberi masa badan kita untuk absorb sepenuhnya.

🍊 Harga 1 tablet murah sahaja, hanya 56 sen. Lebih murah dari harga 1 biji Oren gitu.


7 Sebab Pilih Vitamin C Shaklee

Baca : Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan?

Yang penting ialah cuba yang terbaik untuk mengambil Vitamin C ini kerana khasiatnya sangat banyak. Untuk kanak-kanak juga penting bagi meningkatkan sistem imun badan mereka.


Post a Comment

1 Comments

  1. Sy selalu pastikan buah2an sentiasa ada di dlm peti sejuk.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)